Hakim Rujuk Krisis Perak Untuk Kekalkan Shafie Apdal


Bernama


KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kekal sebagai ketua menteri Sabah apabila Mahkamah Tinggi memutuskan pelantikan beliau mengikut perlembagaan.

Hakim Datuk Yew Jen Kie berkata berdasarkan keputusan kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menentang Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, apabila kabinet Sabah termasuk ketua menteri dilihat melepaskan jawatan masing-masing, ia membuka jalan bagi Yang di-Pertua Tun Juhar Mahiruddin melantik Shafie bagi menggantikan Tan Sri Musa Aman mengikut Perkara 6(3) perlembagaan Sabah.

Hakim merujuk kepada krisis perlembagaan yang berlaku di Perak pada 2009 apabila Barisan Nasional (BN) menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berikutan peralihan sokongan Adun, mengakibatkan menteri besar ketika itu hilang penguasaan terhadap kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri.

“Sama jugalah, jawapan bagi isu itu, sama ada pelantikan defendan kedua (Shafie) tidak mengikut perlembagaan, tidak sah dan terbatal, adalah tidak,” kata Yew ketika menyampaikan ringkasan penghakiman.

Beliau memutuskan Musa hilang penguasaan terhadap majoriti di DUN apabila 6 Adun BN berpaling tadah, menyebabkan jumlah kerusi gabungan itu berkurangan daripada 29 kepada 23 daripada 60 kerusi.

Yew berkata Juhar yakin Musa tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti di DUN berdasarkan perisytiharan berkanun 6 Adun berkenaan.

“Pada 11 Mei 2018, defendan pertama (Juhar) menerima 6 perisytiharan berkanun yang disahkan 6 Adun daripada BN Sabah, bagi mengisytiharkan sokongan mereka kepada defendan kedua (Shafie) untuk dilantik sebagai ketua menteri,” katanya.

Hakim seterusnya berkata, semasa Musa menghadap Juhar, Juhar meminta Musa mengemukakan peletakan jawatan kerana tidak lagi mempunyai penguasaan terhadap kepercayaan majoriti Adun, tetapi plaintif enggan berbuat demikian.

“Maka, berdasarkan kefahaman beliau bahawa plaintif enggan mengemukakan peletakan jawatan kabinet negeri mengikut Perkara 7(1) perlembagaan Sabah, maka plaintif dan kabinet negeri dianggap sudah melepaskan jawatan masing-masing dan defendan seterusnya melantik defendan kedua (sebagai ketua menteri) mengikut Perkara 6(3), dibaca bersama-sama Perkara 10(2)(a) perlembagaan Sabah,” kata beliau.

Ketika menjelaskan perkataan “majoriti” dalam Perkara 6(7) perlembagaan Sabah, Yew berkata kefahaman plaintif tentang perkara itu dan hujahnya bahawa BN adalah sebuah parti politik tidak dapat dipertahankan kerana BN adalah gabungan politik yang dianggotai banyak parti politik.

Katanya, BN bukan sebuah parti politik walaupun ia sebuah entiti berdaftar dan calon parti yang bertanding pada pilihan raya umum ke-14 menggunakan simbol BN.

“Tiada bezanya dengan gabungan diterajui defendan kedua, walaupun ia tidak didaftarkan dan calon daripada parti itu bertanding dengan menggunakan simbol parti masing-masing,” kata beliau.

Hakim menambah hujah plaintif tentang perkataan “majoriti” dalam “Perkara” itu perlu diberi makna biasa, yang bermaksud “majoriti relatif” “paling banyak” dan bukan “majoriti mutlak”, juga tidak boleh dipertahankan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/hakim-rujuk-krisis-perak-untuk-kekalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perak Terengganu Kekalkan Rekod Tanpa Kalah

Perak Terengganu Kekalkan Rekod Tanpa Kalah

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 227 hits
JUARA bertahan Perak dan Terengganu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Divisyen Satu Hoki Piala Tun Abdul Razak setelah mengatasi lawan masing masing di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini hari ini Perak yang diperkuatkan den...
Musa Or Shafie Apdal High Court To Decide This Afternoon

Musa Or Shafie Apdal High Court To Decide This Afternoon

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 330 hits
The Kota Kinabalu High Court will today make a ruling on who is the rightful Chief Minister of Sabah Mohd Shafie Apdal or Musa Aman Kuching based High Court judge Yew Jen Kie is scheduled to make the decision at 3pm in an originating summon...
Netizen Geram Bila Tengok Exco Perak Buat Piala Malaysia Macam Harta Sendiri

Netizen Geram Bila Tengok Exco Perak Buat Piala Malaysia Macam Harta Sendiri

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 688 hits
Netizen Geram Bila Tengok Exco Perak Buat Piala Malaysia Macam Harta SendiriNetizen Geram Bila Tengok Exco Perak Buat Piala Malaysia Macam Harta Sendiri
Bekas Pengadil Ini Dedahkan Sebab Sebab Kenapa Perak Harus Ditarik Balik Kejuaraan Piala Malaysia

Bekas Pengadil Ini Dedahkan Sebab Sebab Kenapa Perak Harus Ditarik Balik Kejuaraan Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 567 hits
Bekas Pengadil Ini Dedahkan Sebab Sebab Kenapa Perak Harus Ditarik Balik Kejuaraan Piala MalaysiaBekas Pengadil Ini Dedahkan Sebab Sebab Kenapa Perak Harus Ditarik Balik Kejuaraan Piala Malaysia
Pas Perak Minta Bantuan Ahli Kumpul Rm135 000

Pas Perak Minta Bantuan Ahli Kumpul Rm135 000

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 378 hits
Dana itu diperlukan bagi membayar hutang yang ditanggung parti selepas petisyen PRU ke 13 mereka ditolak mahkamah
Juara Piala Malaysia Perak Tak Sah

Juara Piala Malaysia Perak Tak Sah

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 437 hits
Juara Piala Malaysia Perak tak sah KUALA LUMPUR Adakah kejayaan Perak menjulang Piala Malaysia Sabtu lalu sah atau dibantu mutu pengadilan yang lemah Itu yang mencetuskan persoalan selepas penjaga gol Perak Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy...
Perak Menang Bola Zizan Razak Beri Pickup Line Pada Mira

Perak Menang Bola Zizan Razak Beri Pickup Line Pada Mira

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1174 hits
Sabtu lalu menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Terengganu dan Perak Menariknya Zizan Razak sempat membuat pickup line buat teman tapi mesranya Mira Filzah yang merupakan orang Perak Now I tau kenapa I dilahirkan di Terengga...
I Mengalah Perak Menang Untuk Buat You Tersenyum

I Mengalah Perak Menang Untuk Buat You Tersenyum

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 287 hits
Sabtu lalu menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Terengganu dan Perak Menariknya Zizan Razak sempat membuat pickup line buat teman tapi mesranya The post appeared first on
Azmin S Big Victory In Selangor Round 3 Neutralises Rafizi S Perak Win

Azmin S Big Victory In Selangor Round 3 Neutralises Rafizi S Perak Win

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 303 hits
PKR POLLS PKR deputy president incumbent Azmin Ali has retaken the lead after a landslide victory in the third and final round of voting in Selangor According to unofficial results Azmin garnered a total of 4 138 votes to rival Rafizi Ramli...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Crisis Management 101

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun

Mad Science A Harley Sportster Grand Prix Racer By A Nuclear Chemist

Sa Tak Pernah Buat Muka