Hakim Kanan Diminta Menghadap Jawatankuasa Etika 4 Feb


V AnbalaganHakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer dipanggil untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Etika Hakim atas isu satu afidavit dan penghakiman yang diputuskannya Jun lalu.PUTRAJAYA: Jawatankuasa Etika Hakim meminta hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer hadir di hadapan mereka pada 4 Feb.
Ini berlaku beberapa hari selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan penundaan semakan kehakiman untuk menghalang jawatankuasa itu daripada mengadakan perbicaraan tertutup berkaitan satu afidavit dan penghakiman.
Pada 21 Jan, hakim Mariana Yahya juga mengizinkan permohonan jawatankuasa tersebut untuk membatalkan saman pemula Hamid, yang berkait rapat dengan keputusan yang dicari dalam permohonan semakan kehakiman tersebut.
Peguam Hamid, Wilson Joy Appukuttan, mengesahkan dengan FMT bahawa dia menerima surat pada Selasa yang meminta anak guamnya muncul di hadapan mereka pada 3 petang 4 Feb.
Wilson berkata, dia sudah mengemukakan notis rayuan berhubung kedua-dua perkara itu – penundaan semakan kehakiman dan saman pemula – minggu lalu.
“Hari ini (Rabu), kami juga memfailkan permohonan penangguhan prosiding di hadapan jawatankuasa tersebut sehingga Mahkamah Rayuan mendengar dan melupuskan permohonan penundaan untuk semakan kehakiman tersebut,” katanya, sambil menambah, permohonan tersebut akan didengar di hadapan Mariana pada 2 Feb.
Mariana sebelum ini telah membenarkan penangguhan interim untuk Hamid, yang dijadualkan hadir di hadapan jawatankuasa tersebut pada 25 Nov, sebanyak dua kali.
Dalam isu semakan kehakiman, Hamid mahu sebuah deklarasi bahawa prosiding tertutup itu tidak rasional, dan bertentangan dengan peraturan keadilan semula jadi dan perlembagaan.
Dia juga mahukan deklarasi bahawa jawatankuasa itu, yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, telah bertindak bertentangan dengan perlembagaan dalam merangka tuduhan terhadapnya, dan bahawa tuduhan tersebut harus diisytiharkan batal dan tidak sah.
Mengenai saman pemula, Hamid memohon arahan berkaitan afidavit dan penghakiman yang diputuskannya dalam sebuah kes rayuan jenayah.
Hamid, yang akan bersara tahun ini, mengajukan persoalan sama ada keputusannya Jun lalu boleh disiasat oleh jawatankuasa tersebut.
Dia juga bertanya sama ada afidavit yang disahkannya pada 2019 untuk menyokong tuntutan yang difailkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo boleh diteliti oleh jawatankuasa tersebut.
Jawatankuasa tersebut kemudian memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan itu.
Tiga tahun lalu, Hamid mendakwa terdapat campur tangan kehakiman dalam beberapa kes berprofil tinggi. Sangeet kemudian mengemukakan tuntutan terhadap ketua hakim pada awal 2019, menuduhnya gagal mempertahankan dan memelihara integriti badan kehakiman.
Pada Ogos, FMT melaporkan bahawa jawatankuasa itu telah mengeluarkan notis tunjuk sebab buat Hamid mengenai afidavit dan penghakiman tersebut.
Hamid, antara lainnya, menyatakan dalam penghakiman itu bahawa badan kehakiman diharapkan bertindak sebagai pemeriksa semak dan imbang untuk badan eksekutif dan perundangan, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/hakim-kanan-diminta-menghadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Etika Upm Siasat Staf Didakwa Maki Hamun Mencarut Kepada Pemandu Lelaki

Tiada Etika Upm Siasat Staf Didakwa Maki Hamun Mencarut Kepada Pemandu Lelaki

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 692 hits
Sejak semalam heboh di laman sosial apabila seorang pengguna Twitter memuat naik rakaman memperlihatkan seorang wanita dipercayai berstatus doktor memaki hamun pengguna jalan raya dan mendoakan agar individu terbabit dijangkiti Covid 19 Mac...
Jawatankuasa Teknikal Dipengerusikan Takiyudddin Ksn Ditubuh Pastikan Pengurusan Darurat Lancar

Jawatankuasa Teknikal Dipengerusikan Takiyudddin Ksn Ditubuh Pastikan Pengurusan Darurat Lancar

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara berjalan lancar kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Jawatankuasa berkenaan akan...
Kenyataan Media Upm Tatakelakuan Yang Tidak Mencerminkan Sahsiah Dan Etika Warga Upm

Kenyataan Media Upm Tatakelakuan Yang Tidak Mencerminkan Sahsiah Dan Etika Warga Upm

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 305 hits
Tular baru baru ini di laman sosial Twitter mengenai seorang wanita yang merupakan doktor di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia telah bertengkar dengan dua orang lelaki di jalan raya berdekatan hospital tersebut Menerusi video yang...
Etika Menjawab Panggilan Telefon

Etika Menjawab Panggilan Telefon

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 524 hits
Assalamualaikum wbt Menjawab panggilan telefon adalah salah satu perkara yang kita lakukan pada setiap hari takala kita bertugas di pejabat Jadi menjawab panggilan telefon kena ada etika yang betul kerana melalui nada suara kita cara kita b...
Perintah Kawalan Pergerakan Di Sambung Dua Minggu Lagi Bermula 5 Feb Hingga 18 Feb Ini

Perintah Kawalan Pergerakan Di Sambung Dua Minggu Lagi Bermula 5 Feb Hingga 18 Feb Ini

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 271 hits
PETALING JAYA Perintah Kawalan Pergerakan disambung kepada tempoh dua minggu lagi iaitu bermula 5 Februari ini hingga 18 Feruari 2021 di seluruh negara Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setelah perbincangan di...
Etika Semasa Menghadiri Mesyuarat Atau Latihan Secara Online

Etika Semasa Menghadiri Mesyuarat Atau Latihan Secara Online

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 751 hits
Etiket Semasa Menghadiri Mesyuarat perjumpaan latihan online 1 Tepati masa Masa untuk mula dan masa untuk tamatkan sesi online Ramai orang merasa selesa di rumah tetapi hormatilah masa orang lain 2 Penampilan kemas Jangan pakai baju tidur p...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laksa Penang Cikna Di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda