Hak Undang Undang Untuk Pekerja
Hak Undang Undang Untuk Pekerja Yang Ramai Tak Tahu Dan Tak Ambil Tahu
Korang tau tak kerajaan Malaysia telah menyediakan Akta Pekerja 1955 untuk pekerja di Malaysia? Mesti ramai yang tak ambil kisah benda penting ni kan? Termasuklah admin... hehehe
Nak tahu hak anda sebagai pekerja
Jom semak sama sama
******************************************
1. Pembayaran GajiPekerja harus di bayar bulanan mereka tidak lewat daripada hari ke tujuh selepas pembayaran gaji bulan lalu. Kadar gaji minima yang di tetapkan untuk semenanjung Malaysia RM1000 sebulan manakala Sabah, Sarawak dan Labuan RM920
2. Waktu BekerjaPekerja di Malaysia tidak di galakkan untuk bekerja lebih masa melebihi 8 jam sehari, 48 jam seminggu, ataupun bekerja selama 5 jam berturut turut tanpa henti
3. Kerja Lebih masa (Over Time)Pekerja perlu di bayar tidak kurang daripada 1.5 kali ganda pada hari biasa. Dua kali ganda (2X) pada hari cuti berehat dan tiga kali ganda (3X) pada hari cuti umum
4. Cuti Rehatpekerja di Malaysia berhak mendapatkan satu hari cuti berehat dalam seminggu dan mereka perlu di bayar pampasan semula jika di arahkan untuk bekerja pada waktu tersebut
5. Cuti TahunanPekerja berhak mendapatkan cuti tahunan sebanyak 8 hari bagi yang bekerja kurang dari 2 tahun. 12 hari bagi yang bekerja kurang dari 5 tahun. Dan 16 hari bagi yang bekerja lebih dari 5 tahun
6. Cuti SakitPekerja yang bekerja kurang 2 tahun berhak mendapatkan cuti sakit (MC) 14 hari. 18 hari cuti sakit bagi yang bekerja lebih dari 2 tahun dan kurang dari 5 tahun dan 22 hari cuti sakit bagi yang bekerja melebihi 5 tahun
7. Cuti umum.Pekerja berhak di bayar jika bekerja pada cuti umum dan berhak meminta cuti ganti jika terpaksa bekerja pada hari tersebut
8. Pekerja wanita.Pekerja wanita tidak boleh melakukan kerja kerja perindustrian, pertanian, mahupun pekerjaan di bawah tanah antara pukul 10 malam sehingga 5 pagi
9. Perlindungan bersalinPekerja wanita yang mengandung berhak mendapat cuti bersalin tidak kurang daripada 60 hari (2 bulan) bergaji
10. Penamatan kerja.Tempoh notis penamatan kerja (Jika tidak di berikan sebarang kontrak oleh syarikat) adalah selama 4 minggu (sebulan) jika bekerja kurang daripada 2 tahun. 6 minggu jika bekerja melebihi 2 tahun dan kurang daripada 5 tahun. 8 minggu jika sudah bekerja melebihi 5 tahun
11. Faedah sampingan (Bonus)Pekerja layak mendapat bonus sebanyak 10 hari bekerja setiap tahun jika sudah bekerja tidak lebih dari 2 tahun. 15 hari bekerja jika sudah bekerja melebihi 2 tahun dan kurang dari 5 tahun. 20 hari bekerja jika sudah bekerja melebihi 5 tahun
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kongsikanaje.blogspot.com/2018/11/hak-undang-undang-untuk-pekerja.html