Hak Seorang Ibu Dijunjung Oleh Semua Agama


 

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan habeas corpus oleh Loh Siew Hong bagi mendesak pihak Jabatan Kebajikan Negeri Perlis serta institusi keagamaan Perlis terlibat memulangkan tiga orang anaknya setelah mereka ditukarkan agama oleh bekas suami beliau tanpa pengetahuannya.
Namun apa yang mencetuskan kegusaran ramai pihak adalah mengapa Loh, seorang ibu tunggal, terpaksa ke mahkamah menuntut agar anak-anaknya dikembalikan oleh Jabatan Kebajikan sedangkan pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terdahulu telah pun memberikan hak penjagaan penuh kepada beliau. Dalam hal ini, dilihat seolah-olah pihak terbabit serta institusi keagamaan Perlis sama ada enggan atau tidak berasa tertakluk dengan perintah badan kehakiman negara.
Jika disingkap sedikit kisah ibu tunggal ini, jelas betapa jalan cerita beliau seakan-akan sama dengan kes-kes sebelum ini yang membabitkan pertukaran agama anak-anak bawah umur oleh bapa tanpa pengetahuan ibu.
Kes-kes seperti Jacqueline Pascarl-Gillespie pada 1992, Shamala Shanathan pada 2003, Subashini pada 2006, S Deepa pada 2012, Indira Gandhi pada 2009 hanyalah segelintir kes yang mendapat perhatian ramai. Umum mengetahui bahawa dalam kes ibu tunggal bernama Indira Gandhi, Mahkamah Tinggi juga memerintahkan agar anak-anaknya yang dilarikan oleh si bapa dikembalikan kepada ibu mereka.
Dengan bersandarkan alasan tidak berjaya mengesan keberadaan si bapa serta anak perempuan bongsu Indira Gandhi, setakat hari ini, ibu ini belum dapat menatap wajah anaknya walhal sudah menjangkau 13 tahun sejak kejadian anak-anaknya ditukarkan agama mereka oleh si bapa.
Akan tetapi, dalam kes membabitkan anak-anak Loh, beliau sendiri yang berjaya menjejak keberadaan ketiga-tiga anaknya tanpa sebarang bantuan daripada mana-mana pihak. Jika dibandingkan dengan kes-kes ibu yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak, Loh terlalu jauh bezanya. Beliau ibu yang telah melakukan segala-galanya yang termampu untuk mencari anak-anak yang dilarikan daripadanya.
Sejurus selepas beliau keluar daripada pusat perlindungan -wanita teraniaya susulan kecederaan yang dialami daripada bekas suaminya, Loh dengan pantas memohon mendapatkan hak penjagaan sementara anak-anaknya, serentak dengan permohonan cerai daripada bekas suaminya.
Perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan pada 2020 tidak melemahkan semangatnya. Dalam tempoh sejak kehilangan anak-anak beliau, sudah 9 laporan polis yang dibuat oleh Loh untuk menjejaki keberadaan anak-anaknya. Pada Mac 2021, beliau berjaya memperoleh hak penjagaan penuh ke atas anak-anaknya lantaran bekas suami dimasukkan ke penjara bersabit jenayah dadah.
Dengan hanya berbekalkan punca pencarian sebagai tukang masak, ibu tunggal ini ke hulu ke hilir berusaha sedapat mungkin untuk mencari ketiga-tiga anaknya. Luluh hatinya, hiba jiwanya, tak tergambar dek mata. Namun semangat ibu yang pengasih ini tidak pernah luntur untuk menatap semula wajah mereka walau sudah 3 tahun dipisahkan.
Undang-undang negara jelas dalam hal ini. Mahkamah Persekutuan pada 2018 memutuskan bahawa tindakan menukarkan agama kanak-kanak di bawah umur adalah tidak sah tanpa kehadiran kedua-dua ibu atau bapa, sekali gus terbatal serta-merta.
Justeru, sikap Mufti Perlis serta pejabat agama Perlis yang menidakkan keputusan Mahkamah Persekutuan ini cukup menjengkelkan. Bahkan, sejak terdedahnya peristiwa yang menimpa Loh Siew Hong, belum pernah sekali pun pihak Mufti Perlis atau pihak terbabit mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka atas kecuaian mereka sehingga menganiaya seorang ibu yang tidak berdosa.
Lebih mengecewakan, Mufti Perlis juga mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa anak-anak Loh tidak mahu kembali kepada ibu mereka. Apakah beliau tidak memikirkan kesan kata-kata tersebut ke atas si ibu yang sudah bertahun mencari anak-anaknya?
Luluh remuk hati seorang ibu diperlakukan sebegitu rupa sehingga terlantun kata-kata daripada Loh bahawa beliau sanggup meninggalkan agama asalnya jika itulah satu-satunya cara untuk mendapatkan anak-anaknya kembali. Tidak zalimkah memperlakukan beliau sedemikian rupa?
Tidak sewajarnya seorang ibu yang sihat akal fikirannya, pengasih dan bertanggungjawab dilayan sebegitu rupa oleh mana-mana pihak. Hak seorang ibu dijunjung oleh semua agama. Setiap peradaban dunia sarat dengan kisah-kisah ibu yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan anak-anak mereka. Sebarang penganiayaan terhadap seorang ibu oleh pihak atasan dilihat suatu perbuatan yang melanggar adab susila mana-mana masyarakat sekali pun.
Cukup-cukuplah perkara seumpama ini timbul lagi. Sudah-sudahlah perlakuan seperti ini berulang lagi. Hormatilah keputusan mahkamah negara. Saya berpegang utuh kepada Rukun Negara yang saya hafal sejak sekolah rendah, yang terpahat di jiwa sanubari saya. Keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Undang-Undang. - FMT
Chan Quin Er adalah Ahli Jawatankuasa Pusat MCA.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/hak-seorang-ibu-dijunjung-oleh-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Anak Kecil Sanggup Tendang Ibu Kandungnya Tgh Sidai Baju Ramai Naik Ger4m Bila Tahu Punca Dia Jadi Begitu

Seorang Anak Kecil Sanggup Tendang Ibu Kandungnya Tgh Sidai Baju Ramai Naik Ger4m Bila Tahu Punca Dia Jadi Begitu

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 282 hits
Bagi kanak kanak bermain permainanan video adalah aktiviti biasa yang dilakukan untuk mengisi masa lapang dan mengurangkan stres
Hiburan Tiga Kali Diserbu Jabatan Agama Kononnya Berkhalwat Ibu Tunggal Tabah Hadap Jiran Puaka

Hiburan Tiga Kali Diserbu Jabatan Agama Kononnya Berkhalwat Ibu Tunggal Tabah Hadap Jiran Puaka

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 181 hits
Stigma mengenai status janda ataupun ibu tunggal sering dipandang rendah sememangnya tidak berubah sejak dahulu lagi Begitulah yang dialami oleh seorang wanita bernama kerana dia mendakwa dirinya sering dihina dan dituduh bersekedudukan den...
Hiburan Gigih Angkat Tiga Tong Gas Seorang Diri Ketabahan Ibu Tunggal Ini Raih Pujian Netizen

Hiburan Gigih Angkat Tiga Tong Gas Seorang Diri Ketabahan Ibu Tunggal Ini Raih Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 188 hits
Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia Begitulah perumpamaan yang sering dikaitkan dengan pengorbanan seorang ibu yang tabah membesarkan anak anak tanpa kehadiran suami di sisi Baru baru ini tular di media sosial TikTok apabil...
Perkongsian Perjalanan Seorang Ibu Mengandung Yang Dijangkiti Covid19 Stage 5

Perkongsian Perjalanan Seorang Ibu Mengandung Yang Dijangkiti Covid19 Stage 5

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 200 hits
PERKONGSIAN PERJALANAN SEORANG IBU MENGANDUNG YANG DIJANGKITI COVID19 STAGE 5Saya tidak menulis tentang kisah keluarga kami sejak isteri dan anak keluar ICU NICU Hospital Sg Buloh serentak Saya sendiri seakan tidak dapat menyusun kata dan r...
Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 246 hits
Benar kita tidak cukup ilmu mengenai kehamilan yang kita lalui Namun bila mana setiap pemeriksaan bulanan atau apa jua rutin kehamilan yang diminta doktor jangan sekali kita abaikan Setiap temujanji amatlah penting lebih lebih lagi bagi ibu...
Bunuh Anak Kandung Masih Balita Seorang Ibu Di Kalteng Dibawa Ke Rs Jiwa

Bunuh Anak Kandung Masih Balita Seorang Ibu Di Kalteng Dibawa Ke Rs Jiwa

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 213 hits
Pelaku saat dirawat kadang kadang senyum sendiri dan cuek dengan sekitarnya Jadi dengan pertimbangan ini dia dirujuk ke rumah sakit jiwa
Google Disaman 2 1 Billion Euro Oleh Pricerunner Sweden

Google Disaman 2 1 Billion Euro Oleh Pricerunner Sweden

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 284 hits
Google Disaman 2 1 Billion Euro Oleh PriceRunner Sweden Semuanya kerana Google memperlihatkan perbandingan harga yang di anggap tidak adil oleh PriceRunner di search engine result page di ruang internet negara Sweden yang akhirnya menarik p...
Yang Ditakuti Oleh Para Ulama Tentang Daabah

Yang Ditakuti Oleh Para Ulama Tentang Daabah

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 210 hits
Daabah binatang yang tak sentuh orang langsung Yang paling saya takut Daabah ini dia datang kat satu orang dia letak cop muslim atau kafir Dua saja Fasik atas pagar munafik Tak payah lah Muslim kafir Dua aja Daabah ini binatang berkaki Daab...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik