Hak Penjagaan Anak Untuk Bapa Selepas Penceraian



Apakah hak penjagaan anak untuk ibu & bapa selepas penceraian?
Artikel ini akan membincangkan secara lanjut mengenai hak penjagaan anak bagi pasangan yang bercerai terutamanya bagi pihak bapa.
Artikel ini juga akan menerangkan susunan waris yang layak dalam menuntut hak penjagaan anak mengikut syarak.
Semoga bermanfaat..

Soalan 1
Baru-baru ini saya bercerai dengan isteri saya dan kami kini mengambil haluan hidup masing-masing.
Kami mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkongsian hidup selama lima tahun.
Untuk pengetahuan ustaz. anak-anak itu lebih rapat dengan saya memandangkan ibunya, iaitu bekas isteri saya kurang meluangkan masa bersama mereka demi kerjaya.
Saya difahamkan bahawa ibu lebih berhak untuk menjaga anak-anak selepas bercerai.
Bagaimana pula hak bapa? Adakah bapa tidak berhak untuk menjaganya?
Jawapan Islam amat mengambil berat soal hak penjagaan anak kerana berkait rapat dengan kebajikan dan pendidikan anak itu.
Hak penjagaan anak ini bukannya hak mutlak ibu atau bapa, bahkan juga adalah hak anak itu sendiri.
Apa yang lebih penting ini adalah amanah daripada Allah yang perlu dipenuhi secara adil dan bertanggungjawab.
Oleh yang demikian, setiap penjaga terutamanya ibu dan bapa yang dalam persaingan untuk mendapat hak penjagaan perlu berhati-hati dalam menuntut “hak mereka”.
Jika mereka “menang” sekalipun di dunia ini, belum tentu mereka akan mendapat reda dan rahmat Allah di dunia dan akhirat nanti.
Penjagaan anak-anak yang belum mumaiyiz disebut sebagai hadhanah.
Secara umumnya, ibu lebih berhak berbanding bapa dalam penjagaan anak pada peringkat ini.
Keutamaan ibu ini berasaskan kepada beberapa faktor.
Pertama, kerana ibu secara umumnya, lebih pengasih dan lebih sabar menanggung beban menjaga dan mendidik anak-anak.
Kedua, ibu lebih lembut dan mampu memberikan belaian cinta dan kasih sayang yang amat diperlukan oleh anak-anak di peringkat ini.
Dalam satu atsar yang bersumberkan daripada Yahya bin Said, beliau berkata, aku pernah mendengar Qasim bin Muhammad berkata:
Ertinya:
Dahulu Umar bin al-Khattab pernah memperisterikan seorang perempuan daripada kaum Ansar.
Lalu lahirlah anak yang bernama Ashim bin Umar. Kemudian Umar menceraikan isterinya tersebut.
Lalu, pada suatu hari Umar pergi ke Quba’. Beliau melihat anaknya sedang bermain di halaman masjid Quba’.
Maka Umar pun menarik tangan anak tersebut dan mendudukkannya di bahagian hadapan di atas tunggangannya lalu berangkat pergi.
Tiba-tiba, nenek si anak melihat cucunya bersama Umar, lantas dia ingin mendapatkannya daripada Umar.
Mereka akhirnya membawa pertikaian tersebut di hadapan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.
Umar berkata kepada Abu Bakar, “Dia ialah anakku.’ Nenek itu juga berkata, Dia ialah anakku,’Abu Bakar berkata, ‘Biarkanlah dia bersama ibunya.
‘Umar tidak membantah keputusan yang dibuat oleh Abu Bakar itu.”
(Riwayat Malik dalam al-Muwaththa’)
Tegasnya, ibu ialah orang yang paling berhak untuk penjagaan anak yang masih kecil itu.
Jika ibu hilang kelayakan hak itu berpindah kepada nenek sebelah ibu.
Hak bapa untuk menjaga anak kecil yang belum mumaiyiz diberikan jika ibunya dan neneknya hilang kelayakan untuk menjaganya.
Oleh itu, secara keseluruhannya urutan keutamaan penjagaan anak menurut hadhanah adalah seperti berikut:
Ibu Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya; Bapa; Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya; Kakak atau adik perempuan seibu sebapa; Kakak atau adik perempuan seibu; Kakak atau adik perempuan sebapa; Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa; Anak perempuan daripada kakak atau adik seibu; Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa Emak saudara sebelah ibu; Emak saudara sebelah bapa: Waris lelaki yang boleh meniadi warisnya sebagai ‘asobah atau residuary  
Soalan 2
Adakah saya boleh mempertikaikan hak penjagaan bekas isteri saya itu atas dasar kesibukannya dalam karier?
Jawapan: Kesibukan seorang ibu dalam kariemya tidak tersenarai secara khusus sebagai alasan untuk menafikan hak hadhanah seorang ibu.
Namun begitu, jika kesibukan itu terlalu ketara sehingga dia mencuaikan atau menganiaya anak itu, maka ibu mungkin hilang kelayakan untuk menjaga anak itu.
Pada dasarnya, seseorang itu ada kelayakan untuk menjaga anak jika dia seorang muslim, berakal, berakhlak mulia, tinggal di tempat yang tidak menjejaskan akhlak dan keselamatan anak dan berumur yang melayakkannya memberikan cinta dan perhatian yang diperlukan.
Hak hadhanah boleh hilang jika ibu itu berkahwin dengan lelaki lain, berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka, murtad, menghidap penyakit kronik yang berpanjangan, mencuaikan anak atau menganiayanya.
Selain itu, menurut undang-undang di Malaysia hak penjagaan seseorang ibu juga boleh dicabar jika dia sengaja menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk menghalang si bapa daripada menziarahi anak-anak.
Amru bin Syuaib meriwayatkan daripada ayahnya dan datuknya bahawa seorang perempuan pernah mengadu kepada Rasulullah dengan berkata:
Ertinya:
Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutkulah dahulu tempatnya, payudarakulah yang menjadi minumannya, bilikkulah tempatnya diasuh lalu ayahnya mengira bahawa dia boleh mengambilnya daripadaku.” Rasulullah bersabda, “Engkau lebih berhak kepada anakmu itu selama engkau tidak menikah.”
(Riwayat Abu Daud)
Hukum berkaitan kelayakan untuk menjaga anak berkait rapat dengan kemampuan penjaga itu untuk memberikan perhatian kepada pendidikan, keperluan emosi, kebajikan dan keselamatan anak-anak.
Kesibukan yang keterlaluan adalah satu fakta yang perlu dipertimbangkan bagi menilai kelayakan seseorang ibu menjaga anaknya.
Hal ini perlu dirujuk kepada pihak berkuasa atau mahkamah untuk menilai secara terperinci kesan dan akibat kesibukan itu kepada kebajikan anak-anak.
Namun demikian, sebelum penilaian dibuat oleh pihak berkuasa, adalah lebih baik jika penjaga itu sendiri menilai diri masing-masing sama ada mereka benar-benar mampu memberikan perhatian dan penjagaan kepada anak mereka.
Mereka perlu secara jujur membuat pertimbangan berasaskan iman dan ilmu, bukan menurut kehendak nafsu dan perasaan
 
Soalan 3
Bilakah umur anak itu diberikan kebebasan untuk memilih sama ada untuk bersama ibu atau bapanya?
Jawapan: kelahirannya sehingga dia mumaiyiz dinamakan hadhanah.
Sementara penjagaannya dari tempoh mumaiyiz sehingga baligh dinamakan kafalah.
Mumaiyiz maksudnya kemampuan untuk menilai dan membezakan sesuatu kebaikan dan keburukan.
Kanak-kanak yang mumaiyiz ialah kanak-kanak yang dapat menguruskan urusan asasi dalam hidup mereka seperti makan, minum, buang air besar dan bersuci tanpa perlu bantuan orang lain.
Biasanya umur mumaiyiz adalah sekitar tujuh tahun.
Para ulama mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa batas hadhanah ialah tujuh tahun bagi anak lelaki dan sembilan tahun bagi anak perempuan.
Had-had umur ini diguna pakai dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia.
Selepas tamat tempoh batas hadhanah, anak itu berhak memilih sama ada untuk tinggal bersama ibu atau bapanya.
Pada dasarnya, tanggungjawab dan hak jagaan selepas tempoh hadhanah adalah di pihak bapa.
Namun begitu, adalah lebih baik jika penentuan hak jagaan dibuat melalui persetujuan bersama dengan mengambil kira kecenderungan dan hasrat anak itu sendiri.
Jika berlaku pertikaian, perkara itu boleh dirujuk kepada mahkamah.
Dalam satu riwayat daripada Abu Maimunah, diceritakan bahawa seorang perempuan datang mengadu kepada Rasulullah dengan berkata
Ertinya:
Wahai Rasulullah, bekas suamiku ingin mengambil anakku. Anakku telah memberiku minum dari telaga Abu Inabah.
Sesungguhnya dia amat bermanfaat kepadaku.” Rasulullah bersabda, “Buatlah undian.”
Bekas suami perempuan tersebut berkata, “Siapa yang mahu menghalangku?”
Rasulullah bersabda, “Ini bapa kamu dan ini ibu kamu. Peganglah tangan sesiapa yang kamu pilih.”
Anak tersebut memegang tangan ibunya dan mengikut beliau pulang.
(Riwayat Abu Daud)
Hadis di atas menunjukkan bagaimana Rasulullah memberikan hak kepada anak untuk membuat keputusan apabila anak itu sudah mempunyai kemampuan untuk menilai.
Apa yang penting ialah sikap toleransi dan kerjasama antara ibu dan bapa dalam membuat keputusan.
Ibu bapa perlu menyisihkan nafsu untuk memenangkan diri masing-masing dalam pertikaian penjagaan anak.
Ketepikan ego dan rasa penting diri.
Fokus perlu diberikan kepada kebajikan dan masa depan anak-anak yang dahagakan kasih sayang, perhatian dan perlindungan.
Artikel ini adalah dipetik daripada buku Fikah Perkahwinan, tulisan Ustaz Muhamad Fathi Yusof. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada pasangan bercerai yang menghadapi masalah sebegini.
The post Hak Penjagaan Anak Untuk Bapa Selepas Penceraian appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/keluarga/hak-penjagaan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telatah Comel Ibu Bapa Terima Kejutan Anak Pulang Selepas Tiga Tahun

Telatah Comel Ibu Bapa Terima Kejutan Anak Pulang Selepas Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 485 hits
Paparan skrin video gelagat pasangan suami isteri berswafoto tanpa menyedari kehadiran anaknya dari belakang Ihsan Twitter Aisyah AzmilKUALA LUMPUR 7 Jan Gelagat pasangan suami isteri berswafoto tanpa menyedari kehadiran anaknya yang kali t...
Ibu Bapa Yang Ada Anak 6 Tahun Jangan Lupa Daftar Anak Darjah Satu Bermula Mac Ini

Ibu Bapa Yang Ada Anak 6 Tahun Jangan Lupa Daftar Anak Darjah Satu Bermula Mac Ini

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 480 hits
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 yang lahir pada 2015 atau yang lahir pada 1 1 2016 wajib ambil tahu Sebaran info yang dikongsi oleh ibu ini tentang pendaftaran online murid tahun satu untuk sesi 2021 2022 Ibu bapa perlu ale...
Selepas Makan Telur Naik Ruam Bengkak Hidung Berair Anak Anda Mungkin Alergi Telur

Selepas Makan Telur Naik Ruam Bengkak Hidung Berair Anak Anda Mungkin Alergi Telur

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 448 hits
Telur merupakan satu bahan dalam kebanyakan makanan dari makanan savuri ke manis dari hidangan pembuka hinggalah ke pencuci mulut Tetapi bagaimana jika anda tidak boleh makan kerana mengalami alergi telur Apa itu alergi telur Alergi atau al...
Gadis 13 Tahun Meninggal Saat Lahirkan Anak Bapa Kandung

Gadis 13 Tahun Meninggal Saat Lahirkan Anak Bapa Kandung

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 545 hits
Seorang gadis berusia tiga belas tahun dilaporkan meninggal dunia ketika melahirkan anaknya Lebih menyedihkan anak yang dilahirkan dipercayai zuriat kepada bapa kandungnya sendiri Kejadian yang berlaku di Brazil itu bermula apabila bapa kan...
Ibu Bapa Paling B0doh Netizen K0men Vide0 Baling Telur Dan R0sakkan Kek Untuk Prank Anak Ketika Birthday

Ibu Bapa Paling B0doh Netizen K0men Vide0 Baling Telur Dan R0sakkan Kek Untuk Prank Anak Ketika Birthday

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 746 hits
Budak budak mana yang tak suka sambut birthday kan Bagi yang berkemampuan ibu bapa mereka mesti akan buat party khas dan jemput ahli keluarga serta kawan kawan anak untuk raikan hari istimewa ni Ibu Bapa Paling B0doh Netizen K0men Vide0 Bal...
Ramai Tak Tahu Apa Itu Ihtilam Ini 4 Perkara Ibu Bapa Perlu Ajar Anak Anak

Ramai Tak Tahu Apa Itu Ihtilam Ini 4 Perkara Ibu Bapa Perlu Ajar Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 1166 hits
Tanda tanda seseorang itu mencapai umur baligh adalah mimpi basah atau ihtilam Apa itu ihtilam Ihtilam akan berlaku ketika seseorang itu tidur dan bangun dalam keadaan basah dipenuhi dengan air mani Bagi anak remaja yang meningkat dewasa ke...
Kau Buat Hidup Kitorang Macam Neraka Anak Keluarkan Mayat Bapa Dari Keranda Dan Tampar Bertubi Tubi

Kau Buat Hidup Kitorang Macam Neraka Anak Keluarkan Mayat Bapa Dari Keranda Dan Tampar Bertubi Tubi

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 396 hits
Seorang lelaki tua di Jiangsu China baru baru ini meninggal dunia kerana masalah kesihatan Di hari pengebumiannya anak anaknya datang untuk memberi penghormatan terakhir Difahamkan mendiang sebelum ini meninggalkan isteri dan anak anaknya h...
Anak Perempuan Bruce Lee Saman Rangkaian Restoran Kerana Guna Imej Bapa Dalam Logo Tanpa Izin

Anak Perempuan Bruce Lee Saman Rangkaian Restoran Kerana Guna Imej Bapa Dalam Logo Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 446 hits
SHANGHAI Sebuah rangkaian restoran Real Kungfu telah dikenakan saman yang difailkan oleh syarikat yang diuruskan oleh anak perempuan Bruce Lee kerana menggunakan imej lagenda seni bela diri berkenaan pada logo restoran itu tanpa izin Twitte...
Bapa Kerja Kuat Sebagai Seorang Pengutip Sampah Tiga Orang Anak Berjaya Masuk Univiersiti

Bapa Kerja Kuat Sebagai Seorang Pengutip Sampah Tiga Orang Anak Berjaya Masuk Univiersiti

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 576 hits
Hari ni Ohmedia kongsi sedikit satu kisah dimana seorang bapa telah bekerja sebagai seorang pengutip sampah dan hasilnya berjaya membawa anak anaknya masuk ke Universiti Inilah kisah Ismail Ahmad Nor Hamdan Mat dan Mohd Asri Yusoff yang san...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp