Hajiji Bubar Dun Sabah Lebih Awal


 


HAJIJI BUBAR DUN SABAH LEBIH AWAL?


18 November 2024


Dakwaan rasuah melibatkan beberapa Adun di Sabah nampaknya terus menjadi isu hangat, malah semakin hari semakin menghangat.


Selain beberapa Adun, nama Ketua Menteri Hajiji Noor juga turut dikaitkan sama dengan perlakuan rasuah itu.


Di samping rakaman audio yang didedahkan oleh seorang pemberi maklumat sudah bertebaran di media sosial, SPRM sendiri sudah memulakan langkah melakukan siasatan.


Sehingga ini dilaporkan seramai lima Adun Sabah sudah diambil keterangan oleh SPRM.


Beberapa pemimpin UMNO kemudiannya tampil mendesak agar siasatan menyeluruh dilakukan SPRM dalam isu berkenaan.


Maksud menyeluruh itu tentulah, selain Adun-Adun yang harus disiasat, pemberi maklumat yang sebelum ini memohon perlindungan sebagai saksi serta Hajiji sendiri mestilah juga disiasat sama.


Jika tidak disiasat semua mereka itu, tidaklah menyeluruh namanya.


Berdepan perkembangan ini, Hajiji menggesa parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar meningkatkan usaha melawan fitnah yang didakwanya dibuat untuk menjatuhkan kerajaan negeri Sabah.


“Apa yang saya maksudkan ialah taktik kotor pembangkang serta konco-konco mereka yang bersekongkol ingin menjatuhkan kerajaan GRS-PH Plus melalui sebaran fitnah, pelbagai tuduhan dan pembohongan terhadap kerajaan negeri dan kepimpinan parti.


“Inilah cabaran semasa yang wajib kita perangi habis-habisan, kerana ia boleh meracuni pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan dan kepimpinan parti, lebih-lebih lagi dalam era teknologi serba canggih sekarang di mana media sosial dan AI telah menguasai kehidupan seharian rakyat,” katanya.


Hajiji menegaskan demikian susukan kenyataan bekas CEO Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon yang mendakwa beliau memiliki bukti bahawa  Ketua Menteri Sabah itu “menyalahgunakan kuasa” dan masuk campur dalam proses permohonan lesen penerokaan mineral di negeri itu.


Apa yang nyata, mungkin secara kebetulan PRN Sabah bakal diadakan tidak lama lagi dengan tempoh akhirnya sebelum Oktober tahun depan, isu rasuah ini tentunya akan terus menghangatkan suasana politik negeri itu.


Pokoknya politik Sabah tidak akan aman sehingga tarikh PRN diadakan.


Apa lagi Hajiji sendiri sedar isu rasuah ini ditafsirkannya hanya bertujuan untuk menggugat kerajaan negeri pimpinannya menjelang PRN akan datang.


Dengan itu,Hajiji  pastinya sekarang ini paling tertekan dengan isu rasuah yang timbul secara tiba-tiba ini.


Dalam apa keadaan sekali pun,  beliau tiada pilihan lain selain harus mempertahankan kerajaan negeri pimpinannya dalam PRN akan datang.


Tetapi, jika isu rasuah ini berterusan menjadi percakapan dan hari demi hari makin banyak perkara mengejutkan berlaku, mampukah beliau bertahan?


Lalu, sebagai jalan pintas untuk mengekalkan kuasa dan mengelakkan keadaan bertambah buruk, apakah mungkin Hajiji akan membubarkan Dun Sabah lebih awal?


Apakah PRN Sabah bakal diadakan sebelum berakhirnya tahun 2024 ini atau barangkali seawal Januari 2025? – ShahbudinHusin 18November2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/11/hajiji-bubar-dun-sabah-lebih-awal/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/hajiji-bubar-dun-sabah-lebih-awal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak Anak Ke Tadika Lebih Awal

Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak Anak Ke Tadika Lebih Awal

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 234 hits
Kenapa ibu bapa patut hantar anak Anak ke tadika lebih awal Pendidikan awal kanak kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian kemahiran sosial dan kognitif anak anak Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak Anak ke Tadika Lebih Awal Ole...
Km Sabah Hajiji Jadi Tumpuan Skandal Rasuah Yang Bakal Didedahkan

Km Sabah Hajiji Jadi Tumpuan Skandal Rasuah Yang Bakal Didedahkan

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 205 hits
November 11 2024 1 09 tengahari2 minit bacaanKongsiKetua Menteri Sabah Hajiji Noor bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim Bekas pemimpin Bersatu Sabah itu berjaya mengekalkan jawatannya di sebalik tekanan pemimpin Umno negeri Ketua Menteri S...
Dakwaan Skandal Rasuah Adun Sabah Kaitkan Hajiji Adalah Fitnah Ngo

Dakwaan Skandal Rasuah Adun Sabah Kaitkan Hajiji Adalah Fitnah Ngo

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 256 hits
Zulkarnain menunjukkan laporan yang dibuat beliau di Balai Polis Sri Petaling pada Khamis KUALA LUMPUR Tuduhan mengaitkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dengan skandal dakwaan perlakuan rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri di neger...
Nvidia Dilapor Hentikan Pengeluaran Gpu Rtx 40 Akan Lancar Rtx 50 Lebih Awal

Nvidia Dilapor Hentikan Pengeluaran Gpu Rtx 40 Akan Lancar Rtx 50 Lebih Awal

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 266 hits
Nvidia dilaporkan telah menghentikan pengeluaran hampir semua GPU dalam siri RTX 40 kecuali RTX 4050 dan 4060 yang kekal dalam pengeluaran sementara Langkah ini menunjukkan persediaan Nvidia untuk memperkenalkan siri RTX 50 dalam tempoh ter...
Terima Lebih 20 Skrip Drama Kenapa Byun Wooseok Masih Belum Pilih Naskhah Baru Selepas Lovely Runner

Terima Lebih 20 Skrip Drama Kenapa Byun Wooseok Masih Belum Pilih Naskhah Baru Selepas Lovely Runner

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 264 hits
Bila agakanya Byun Woo seok akan kembali dengan drama baru Artikel Berkaitan Selepas mencipta fenomena sebagai Ryu Sun jae dalam drama Lovely Runner pelakon lelaki itu dikatakan telah menerima lebih 20 skrip siri daripada saluran TV dan pla...
Komponen Mac Mini M4 Kini Lebih Mudah Ditukar Ganti Ifixit

Komponen Mac Mini M4 Kini Lebih Mudah Ditukar Ganti Ifixit

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 172 hits
Apple telah pun melancarkan generasi terbaru komputer meja terkecil dan paling mampu milik mereka Mac mini M4 Hadir dalam reka bentuk yang lebih kecil dari model sebelumnya tapi hasil bedah ke dalam komputer kecil ini oleh iFixit mendedahka...
Rupanya Wanita Dominan Bantu Rumah Tangga Lebih Stabil

Rupanya Wanita Dominan Bantu Rumah Tangga Lebih Stabil

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 185 hits
Selalu kita dengar istilah Queen Control tapi tahu tak wanita dominan bukan sama dengan stereotype istilah itu Wanita dominant bukan jenis insecure yang sekat kebebasan suami Sebaliknya mereka ni ada vision besar dan penuh keyakinan diri Re...
Bersalin Anak Lelaki Lebih Sakit Berbanding Anak Perempuan Mitos Atau Realiti

Bersalin Anak Lelaki Lebih Sakit Berbanding Anak Perempuan Mitos Atau Realiti

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 211 hits
Bersalin anak lelaki lebih sakit berbanding anak perempuan mitos atau realiti Kehamilan dan proses bersalin merupakan pengalaman yang unik bagi setiap ibu Setiap kelahiran membawa cabaran dan kesakitan tersendiri sama ada untuk anak lelaki ...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Abaikan Jika Tak Minat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta