Km Sabah Hajiji Jadi Tumpuan Skandal Rasuah Yang Bakal Didedahkan



KM Sabah Hajiji jadi tumpuan skandal rasuah yang bakal didedahkanIa berlaku di sebalik cakap-cakap yang semakin rancak digembar gemburkan berkenaan skandal rasuah melibatkan ahli politik.
MalaysiaNowNovember 11, 2024 1:09 tengahari2 minit bacaanKongsiKetua Menteri Sabah Hajiji Noor bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Bekas pemimpin Bersatu Sabah itu berjaya mengekalkan jawatannya di sebalik tekanan pemimpin Umno negeri.Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, dipercayai kini menjadi tumpuan sebuah skandal rasuah membabitkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), gabungan yang dipengerusikannya yang tidak sehaluan dengan pemimpin Umno negeri, MalaysiaNow difahamkan.
Ia susulan sebuah kempen dilancarkan menerusi laman berita dan media sosial berkenaan skandal rasuah RM4 juta melibatkan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), di samping dakwaan terdapat klip video dan tangkap layar pesanan teks menunjukkan mereka membuat pengakuan menerima rasuah.
Bukti-bukti itu didakwa disimpan seorang pemberi maklumat yang enggan dinamakan, yang mendakwa dia hanya akan mendedahkan butiran lanjut dengan syarat mendapat perlindungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
MalaysiaNow telah menghubungi Hajiji dan pembantunya tetapi masih belum mendapatkan respon ketika laporan ini diterbitkan.
Sementara itu, seorang penyiasat kanan SPRM memberitahu MalaysiaNow, cara kes itu sedang digembar gemburkan menimbulkan keraguan, sambil menambah badan antirasuah itu sepatutnya melancarkan siasatan terhadap dakwaan itu tanpa perlu mengenal pasti pemberi maklumat.
"Kebimbangan pemberi maklumat itu tidak relevan, apa yang lebih penting ialah dia ada bukti dan itu sudah memadai bagi SPRM melancarkan siasatan serta merta."
Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa pemberi maklumat tersebut telah menghubungi Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan jaminan perlindungan mengenai perkara itu.
"Anak guam kami mempunyai bukti kukuh, termasuk tangkapan skrin perbualan WhatsApp dengan YB (Adun) terbabit, dokumen dan klip video HD (definisi tinggi) yang mana YB mengaku menerima rasuah," Malaysiakini memetik peguam pemberi maklumat itu dalam sepucuk surat kepada Anwar.
"Untuk makluman, anak guam kami bersedia menjadi pengadu dalam kes ini, menyerahkan bukti dan menjadi saksi SPRM,” menurut surat itu.
Sementara itu, sumber yang sama mempersoalkan keengganan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk memberikan jaminan bertulis melindungi pemberi maklumat itu daripada pendakwaan atau tindakan undang-undang sebagai pertukaran kepada maklumat itu.
- Iklan -"Azam terikat dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan tidak ada keperluan mendapatkan sebarang jaminan lanjut.
"Dalam keadaan biasa, bukti yang ada sepatutnya sudah dapat memulakan siasatan di mana SPRM boleh menahan atau menyoal ahli politik yang terbabit," tambah sumber itu.
Gabungan GRS dipengerusikan Hajiji terdiri daripada lapan parti politik, termasuk Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), di mana beliau merupakan presiden.
GRS, yang pada asalnya dianggotai Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Parti Bersatu Sabah dan beberapa Adun bebas, memenangi pilihan raya negeri 2020 yang diadakan pada kemuncak pandemik Covid-19.
Sebulan selepas pilihan raya umum 2022, di mana Pakatan Harapan dan Barisan Nasional membentuk kerajaan persekutuan, Hajiji mengumumkan keluar Bersatu Sabah, yang merupakan sebahagian daripada GRS.
Sebaliknya, beliau dan Adun partinya mengumumkan mereka masih sebahagian daripada GRS menerusi keahlian secara langsung kepada gabungan itu.
Pada Januari 2023, 13 Adun Umno Sabah menarik balik sokongan kepadanya, menyebabkan beliau hilang majoriti DUN. Hajiji kemudian mengumumkan mengambil alih PGRS, dan membawa parti itu ke dalam GRS untuk kekal berkuasa. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/km-sabah-hajiji-jadi-tumpuan-skandal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Skandal Rasuah Adun Sabah Kaitkan Hajiji Adalah Fitnah Ngo

Dakwaan Skandal Rasuah Adun Sabah Kaitkan Hajiji Adalah Fitnah Ngo

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 251 hits
Zulkarnain menunjukkan laporan yang dibuat beliau di Balai Polis Sri Petaling pada Khamis KUALA LUMPUR Tuduhan mengaitkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dengan skandal dakwaan perlakuan rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri di neger...
Sprm Sahkan 5 Yb Telah Dipanggil Dalam Kes Skandal Rasuah Adun Sabah

Sprm Sahkan 5 Yb Telah Dipanggil Dalam Kes Skandal Rasuah Adun Sabah

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 181 hits
SITI NUR ZAWANISuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan ADUN negeri itu terlibat dengan rasuah perolehan projek mineral SPRM berkata setakat ini lima orang ADUN sudah dipanggil untuk dirakam per...
Skandal Rasuah Umno Sabah Nafi Dalang Dedah Kes Adun Bincang Rasuah

Skandal Rasuah Umno Sabah Nafi Dalang Dedah Kes Adun Bincang Rasuah

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 235 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno Sabah menafikan dakwaan menjadi dalang di sebalik pendedahan skandal rasuah berkait lesen projek membabitkan beberapa Adun di negeri itu Ketua Umno Beaufort Awang Aslee Lakat berkata tindakan sesetengah pihak...
Skandal Rasuah Adun Sabah Saya Hanya Seloroh Kata Adun Tempasuk

Skandal Rasuah Adun Sabah Saya Hanya Seloroh Kata Adun Tempasuk

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 214 hits
FMT ReportersMohd Arsad Bistari berkata rakaman itu disunting dan disebar dengan niat jahat Adun Tempasuk Mohd Arsad Bistari berkata perbualannya dalam rakaman itu adalah komunikasi bersifat ringan yang dimanipulasikan PETALING JAYA Adun Te...
Adun Sabah Dituduh Rasuah Apa Setakat Ini

Adun Sabah Dituduh Rasuah Apa Setakat Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 162 hits
Malaysiakini nbsp Tuduhan rasuah melibatkan Adun Sabah muncul selepas seorang pendedah maklumat membocorkan beberapa video menunjukkan wakil rakyat didakwa membincangkan wang yang diterima bagi menyokong bidaan syarikat tertentu untuk proje...
Skandal Rasuah Pendedah Maklumat Utus Surat Terbuka Buat Agong

Skandal Rasuah Pendedah Maklumat Utus Surat Terbuka Buat Agong

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 203 hits
Malaysiakini nbsp Pendedah maklumat yang mencuri perhatian dengan dakwaan skandal rasuah Sabah merayu kepada nbsp Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menyemak bukti dimilikinya dan memutuskan sama ada dia patut diberi...
Skandal Rasuah Pemberi Maklumat Lapor Polis Dakwa Diugut Bunuh

Skandal Rasuah Pemberi Maklumat Lapor Polis Dakwa Diugut Bunuh

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 153 hits
Malaysiakini nbsp Pemberi maklumat skandal rasuah yang menarik perhatian ramai sejak beberapa hari lalu membuat laporan polis kerana mendakwa dia menerima ugutan bunuh Menurut laporan polis yang dibuat malam tadi pemberi maklumat terbabit b...
Skandal Rasuah Lagi Pendedahan Saya Ketua Menteri Kamu Ceo

Skandal Rasuah Lagi Pendedahan Saya Ketua Menteri Kamu Ceo

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 139 hits
RK AnandDalam perkembangan terbaru dakwaan skandal rasuah seorang pemberi maklumat mengeluarkan video tambahan di samping lapan video perbualan rasuah melibatkan lapan ahli politik Menurut pemberi maklumat itu video itu dikeluarkan untuk pe...
Sprm Bidas Helah Pemberi Maklumat Kes Rasuah Adun Sabah

Sprm Bidas Helah Pemberi Maklumat Kes Rasuah Adun Sabah

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 181 hits
FMT ReportersAzam Baki berkata Akta Pemberi Maklumat 2010 hanya diberi kepada mereka yang tidak melakukan salah laku dalam sesebuah kes Azam Baki berkata SPRM tidak boleh memberikan imuniti kepada individu mendakwa menjadi pemberi maklumat ...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Pimpinku Ke Jannah

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Musafir Menjelang Aidilfitri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Harvard Portraiture Project Elevating Overlooked Voices

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

The Joy Of Vaping Without Instructions Why Disposable Pods Feel Effortless

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Microsoft Lancar Demo Quake Ii Hasil Ai Tapi Akui Ada Had

Pagi Ini Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Haji Azman Bin Haji Adna