Hajat Balik Kampung Untuk Sambut Aidilfitri Sudah Boleh Dilupakan



umat Islam di negara ini dijangka tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung ketika jangkitan Covid-19 melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih sebulan.
Peningkatan jangkitan Co­vid-19 di seluruh negara yang me­lonjak kepada 2,148 kes semalam dan kegagalan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika mengunjungi pasar Ramadan meningkatkan kebimbangan kerajaan bahawa negara berdepan gelombang keempat pandemik itu.
Tiga gelombang Covid-19 telah meragut lebih 1,300 nyawa dan menyebabkan negara diletakkan di bawah dua kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyebabkan kebanyakan industri kerugian berbilion ringgit dan lebih 760,000 kehilangan pekerjaan.
Kebimbangan peningkatan Covid-19 serta gelombang keempat mendorong Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mencadangkan supaya perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan pada sambutan terbesar umat Islam di Malaysia bulan depan.
“Kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 28 April ini.
“Kes harian kini terus mening­kat dan belum stabil, maka pergerakan rentas negeri perlu ditangguhkan,” kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan buku Malaysia Health Sector Response to Covid-19: Perspectives From The Field di Putrajaya semalam.
Dr. Adham berkata, kementerian masih menunggu keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit sama ada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin boleh merentas negeri.
MRM tawar khidmat guaman percuma, pekerjaan kepada pengawal peribadi dibelasah

Katanya, banyak pihak turut bimbang dengan pelanggaran SOP di bazar Ramadan ketika mereka berpusu-pusu membeli juadah.
Susulan itu, menurut beliau, pihaknya menurunkan kuasa kepada semua penguat kuasa tempatan (PBT) gred 19 dan ke atas mengeluarkan kompaun kepada pengunjung yang tidak mematuhi SOP.
“Mungkin semalam hari kedua umat Islam berpuasa dan ramai teruja ke bazar Ramadan sebab tahun lepas tiada bazar.
“Setakat ini, belum ada kes berkait dengan kluster bazar Ramadan kerana kelazimannya proses itu mengambil 14 hari untuk pengesanan mereka yang bergejala,” kata beliau.
Susulan peningkatan semula kes beberapa hari lalu, Bukit Aman turut mengeluarkan arahan permohonan rentas negeri diperketatkan bergantung kepada alasan munasabah berkuat kuasa semalam.
Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, antara permohonan rentas negeri yang dibolehkan hanya membabitkan situasi kecemasan keluarga terdekat dan pemohon perlu lampirkan dokumen seperti kematian atau pasangan berjauhan.
“Arahan telah dikeluarkan kepada ketua-ketua polis negeri di seluruh negara,” kata beliau.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak bercadang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun angka jangkitan makin meningkat bagi memastikan kemampanan ekonomi boleh digerakkan.
Di Seremban, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Co­vid-19, Khairy Jamaluddin berkata, individu yang ada tanggungan untuk bawa ibu bapa divaksin dibenarkan.
“Boleh tunjuk bukti temu janji ibu bapa mereka kepada pihak berkuasa dan kita beri kelonggaran,” kata Khairy
The post Hajat balik kampung untuk sambut Aidilfitri sudah boleh dilupakan! appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/16/hajat-balik-kampung-untuk-sambut-aidilfitri-sudah-boleh-dilupakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Ambil Tindakan Balik Kampung Sambut Ramadan

Polis Ambil Tindakan Balik Kampung Sambut Ramadan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 605 hits
Polis Diraja Malaysia meningkatkan penguatkuasaan sekatan jalan raya terutama jalan tikus di sempadan negeri negeri bagi memastikan orang ramai tidak mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Ramadan Pengarah Jabatan Pen...
Tak Boleh Balik Beraya 5 Airbnb Ini Beri Suasana Beraya Di Kampung

Tak Boleh Balik Beraya 5 Airbnb Ini Beri Suasana Beraya Di Kampung

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 395 hits
Agak agak kamu hari raya nanti boleh ke balik ke kampung seperti sebelum ini Dengan kes naik mendadak setiap hari peluang untuk merentas negeri semakin tipis Tetapi jangan risau Tak boleh balik ke kampung pun tak apa sebab kamu boleh rasai ...
Untung Nasib Berjaya Tak Ada Duit Beraya Boleh Cuci Iklan Judi Sempena Aidilfitri

Untung Nasib Berjaya Tak Ada Duit Beraya Boleh Cuci Iklan Judi Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 422 hits
388 total views 388 views today Semakin hari aktiviti berjudi dilihat semakin mudah untuk diakses Hanya dengan menggunakan telefon pintar seseorang sudah mampu berjudi dengan harapan mampu meraih wang berganda Terbaru aktiviti yang sememang...
Kena Tindakan Kalau Degil Nak Sambut Ramadan Di Kampung

Kena Tindakan Kalau Degil Nak Sambut Ramadan Di Kampung

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 185 hits
Menjelang Ramadan Polis Diraja Malaysia akan memperketatkan Sekatan Jalan Raya dan akan mengenakan tindakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut bulan mulia itu Pengarah Jabatan Pencegah...
Umum Awal Boleh Rentas Negeri Atau Tidak Untuk Balik Raya

Umum Awal Boleh Rentas Negeri Atau Tidak Untuk Balik Raya

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 282 hits
Oleh KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia diminta membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman lebih awal akan memu...
Jaga Disiplin Sop Kalau Nak Balik Beraya Di Kampung

Jaga Disiplin Sop Kalau Nak Balik Beraya Di Kampung

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 210 hits
KALAU betullah kerajaan tidak membenarkan pergerakan rentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri kali ini bermakna sudah dua tahun umat Islam di negara ini terutama mereka yang berada di perantauan tidak dapat pulang meraikannya di kampung Pada...
Video Tak Dapat Balik Kampung Gadis Sebak Jumpa Ibu Bapa Di Sempadan Negeri

Video Tak Dapat Balik Kampung Gadis Sebak Jumpa Ibu Bapa Di Sempadan Negeri

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 345 hits
Sehingga ke hari ini kebenaran merentas negeri masih tidak dibenarkan di seluruh negara kita Pastinya setiap warga Malaysia masih menanti pengumuman daripada pihak kerajaan bagi membenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung menjenguk ...
Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah Sekarang Semua Boleh Harap

Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah Sekarang Semua Boleh Harap

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 364 hits
Melentur buluh biarlah dari rebungnya Ini pepatah yang selalu digunakan untuk mengambarkan setiapa apa yang dilakukan mesti bermula dari awal Begitu juga bab mendidik dan membesarkan anak anak Seperti kisah ibu ini Puan Nik Sarahida Saadan ...
Awani Ringkas Elak Gelombang Keempat Covid 19 Bazar Boleh Diarah Tutup Bila Bila Masa

Awani Ringkas Elak Gelombang Keempat Covid 19 Bazar Boleh Diarah Tutup Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 269 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti