Haiwan Yang Harus Dibunuh Dalam Islam



SOALAN:
Adakah benar terdapat nas yang membenarkan untuk dibunuh haiwan-haiwan tertentu di dalam agama Islam?

JAWAPAN:
Pertama sekali, Islam adalah agama ehsan yang tidak dengan sewenang-wenangnya membenarkan penganutnya membunuh makhluk lain dengan sesuka hati. Membunuh haiwan dengan sengaja tanpa sebarang sebab adalah tidak dibenarkan di dalam Islam. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdillah ibn Amr R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ إِنْسَانٍ قَتَلَ عُصْفُورًا فَمَا فَوْقَهَا بِغَيْرِ حَقِّهَا ، إِلاَّ سَأَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهَا ، قِيلَ يَا رَسُولَ اللهِ ، وَمَا حَقُّهَا ؟ قَالَ : يَذْبَحُهَا فَيَأْكُلُهَا ، وَلاَ يَقْطَعُ رَأْسَهَا يَرْمِي بِهَا
“Tidaklah seseorang manusia membunuh seekor burung atau yang lebih daripada itu tanpa hak, kecuali Allah akan menyoalnya berkenaan burung itu.” Lalu Baginda ditanya: “Apakah haknya wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Hendaklah dia menyembelihnya lalu memakannya, dan jangan memotong kepalanya lalu dibuangnya.” [Riwayat al-Nasaie (4349) dan Ahmad (11/110)]

Kedua, dalam menjawab persoalan di atas, sememangnya terdapat nas yang membenarkan umat Islam untuk membunuh haiwan-haiwan tertentu. Ini kerana sesetengahnya mengancam nyawa manusia, melakukan kerosakan dan sebagainya.

Di dalam nas, ia disebut dengan istilah haiwan fasik iaitu haiwan perosak yang boleh membawa mudarat dan bahaya kepada manusia. Ini sepertimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW bersabda:

خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِي الْحَرَمِ الْفَأْرَةُ وَالْعَقْرَبُ وَالْحُدَيَّا وَالْغُرَابُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ
“Lima haiwan fasik dan boleh dibunuh di tanah haram iaitu; tikus, kala jengking, burung helang, burung gagak, dan anjing gila atau ganas.” [Riwayat al-Bukhari (3314) dan Muslim (1198)]

Lafaz “فَوَاسِق” berasal daripada bahasa Arab, iaitu (فَسِق) dan merupakan kata jamak “فُوَيْسِق” iaitu “si kecil yang suka membuat kerosakan (kejahatan)”. Ia memberi makna sama, iaitu haiwan perosak, liar, buas, jahat, pengganggu, penceroboh dan berbahaya kepada manusia. (Lihat Lisan al-Arab, 10/310)

Perkataan “fasik” pada haiwan adalah dengan maksud dicabut kehormatan pada sebahagian haiwan disebabkan sifatnya yang membawa kemudaratan, kehinaan dan kemusnahan kepada manusia. (Lihat Fath al-Bari, 4/45 dan Tuhfah al-Ahwazi, 3/375)

Lima jenis haiwan yang disebut sebagaimana yang diriwayatkan tidak bermaksud ia hanya khusus kepada lima jenis haiwan itu sahaja. Ia hanya merupakan salah satu bentuk i’tibar (contoh) dalam menyatakan jenis haiwan fasik dan tidak menjadi dasar ketetapan dalam hujah dan hukum hanya bagi kelima-lima tersebut sahaja. Nabi SAW turut menyebutkan ular dan cicak dalam riwayat lain. (Lihat Fath al-Bari, 4/44)

Imam Ibn Daqiq al-Id menyebut: “Ini jelas menurut isyarat nas yang membolehkan membunuh kelompok haiwan tertentu, kerana sifatnya yang fasik, yakni melampaui batas.” (Lihat Fath al-Bari, 10/208)

Imam al-Nawawi menyebut bahawa haiwan-haiwan tertentu digelar fasik disebabkan keluarnya hanya mengganggu dan membuat kerosakan di jalan yang biasa dilalui oleh haiwan tunggangan. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 14/97)

Haiwan-haiwan fasik yang disebut itu kesemuanya memiliki sifat zalim yang mengancam kesejahteraan hidup. Di dalam yang hadis lain, turut disebut dengan bilangan yang berbeza. Akan tetapi kesemuanya adalah bagi menunjukkan persepakatan ulama’ tentang ‘illah sifat haiwan tersebut iaitu menyakiti (‘aqur), tidak bermanfaat dan suka melakukan kerosakan pada manusia. (Lihat Syarh Sunan al-Nasa’ie al-Musamma Zakhirah al-Uqba fi Syarh al-Mujtaba, 24/390. Lihat juga al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 8/184)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas, sememangnya terdapat haiwan yang dibenarkan untuk dibunuh di dalam Islam. Namun, kebenaran tersebut adalah di atas ‘illah tertentu seperti sifatnya yang suka melakukan kerosakan, boleh mendatangkan bahaya serta mengancam nyawa manusia. Disebabkan itu, ia dibenarkan untuk dibunuh. Ini juga boleh dikiaskan kepada haiwan lain yang boleh memberi bahaya kepada manusia seperti tebuan, lipan, labah-labah beracun, ular, buaya dan seumpamanya.

Semoga Allah SWT memberikan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam mengamalkan setiap titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/haiwan-yang-harus-dibunuh-dalam-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prinsip Perjuangan Politik Yang Harus Dipegang Umat Islam

Prinsip Perjuangan Politik Yang Harus Dipegang Umat Islam

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 263 hits
PERJUANGAN politik adalah suatu perjuangan yang penuh liku Sehinggakan kadangkala apabila kita berada dalam keadaan lemah kita mungkin rela atau kita beranggapan bahawa yang terbaik adalah dengan kita meleburkan sedikit sebahagian daripada ...
Pulau Pinang Perketat Undang Undang Syariah Kawal Sebar Agama Lain Kepada Orang Islam

Pulau Pinang Perketat Undang Undang Syariah Kawal Sebar Agama Lain Kepada Orang Islam

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 369 hits
Undang undang syariah di Pulau Pinang akan ditambah baik bagi menangani penyebaran agama lain kepada orang Islam dengan lebih berkesan Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata memang sedia terdapat undang undang negeri...
Housewife Charged With Six Counts Of Insulting Islam On Fb

Housewife Charged With Six Counts Of Insulting Islam On Fb

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 327 hits
SEPANG A housewife was charged in separate Sessions Courts here with six counts of uploading offensive postings on Islam Fadilah Hamid 42 however pleaded not guilty to all the charges on Friday She was alleged to have committed the offences...
Doa Untuk Cepat Ngantuk Dan Tidur Cara Islam

Doa Untuk Cepat Ngantuk Dan Tidur Cara Islam

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 578 hits
Doa Untuk Cepat Ngantuk Dan Tidur Cara Islam ini merupakan doa susah tidur malam dalam Islam mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW Diriwayatkan oleh At Tabraniy dan Ibn al Sunni dari Hajjaj bin Imran As Sadusiy dari Amru bin Al Husain dari Muha...
Selamat Menonggeng Wahai Umat Islam Fadhilah Abdulhamid

Selamat Menonggeng Wahai Umat Islam Fadhilah Abdulhamid

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 728 hits
Namanya memberi maksud yang baik tetapi disebalik nama itu tersembunyi sifat bencikan Islam Pada mulanya aku fikir individu itu adalah seorang non muslim yang menyamar sebagai muslim tapi apa yang mengejutkan ialah apabila individu yang dit...
Institusi Islam Tambah Banyak Amalan Nilai Islam Tambah Kurang

Institusi Islam Tambah Banyak Amalan Nilai Islam Tambah Kurang

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 473 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Liwat dera dan kematian ...
Kisah Gadis Pbt Tentera Darat Peluk Islam Sentuh Hati Netizen

Kisah Gadis Pbt Tentera Darat Peluk Islam Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 322 hits
Alhamdulillah di sebalik ramai umat Islam yang mungkin tersalah landasan ada ramai juga yang mula menerima Islam sebagai petunjuk yang sebenar Ohmedia tertarik dengan berita tentang kehadiran saudara baru yang terbuka hatinya untuk memeluk ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization