Institusi Islam Tambah Banyak Amalan Nilai Islam Tambah Kurang



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Liwat, dera dan kematian sinonim dengan tahfiz
JUNJUNG kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah kerana menitahkan apa yang menjadi mantera saya buat sekian lama.

Saya sering menyebut pertalian Melayu dengan Islam di Malaysia kerana rasanya hanya bangsa Melayu diwajibkan beragama Islam. Itu pun hanya di Malaysia.
Lantaran itu, jika orang Melayu tidak mengamalkan nilai-nilai murni agama mereka sebaliknya melakukan perkara yang memalukan pastilah nama baik Islam turut terpalit.
Sultan Nazrin Shah dilaporkan berkata, nilai moral di kalangan orang Islam di Malaysia merosot walaupun bilangan institusi Islam meningkat.
Titah Baginda, kes rasuah besar-besaran didedahkan baru-baru ini walaupun makin banyak orang Melayu menjadi orang profesional dan ahli akademik.

“Apabila negara mencapai kemerdekaan, masyarakat Melayu-Islam hanya mengenali Pendeta Za’ba. Tidak ada cendekiawan Melayu lain yang mempunyai ijazah doktor falsafah.

“Namun begitu negara tidak melihat rasuah diamalkan secara besar-besaran seperti hari ini,” titah Baginda di majlis Jubli Emas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Teras kepada perbahasan semasa mengenai maruah Melayu dan kedudukan agama Islam adalah kepemimpinan Melayu-Islam di mana kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu sangat istimewa.
Peranan Raja
Maka dalam konteks itulah saya melihat titah Sultan Nazrin Shah. Raja-raja, ulama dan cendekiawan Melayu-Islam wajib menjadi contoh kepada keunggulan nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam.
Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam di negeri masing-masing. Ulama dan cendekiawan Melayu mempunyai martabat untuk menasihati Raja-raja dan membimbing rakyat jelata.
Raja adalah pelindung agama Islam dan bangsa Melayu. Atas dasar itulah Raja-raja diberikan hak dan keistimewaan serta disediakan dengan kemudahan yang secukupnya.
Dengan itu tidak perlulah Raja-raja Melayu mencemarkan duli berniaga dan berdagang seperti raja zaman dulu.
Raja zaman dulu berniaga dan berdagang kerana tanggungjawab mereka mencari hasil untuk menguruskan negeri. Sekarang rakyat jelata yang bayar cukai untuk mengisi tabung negara.
Di bawah sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan sekarang, kita letakkan Raja-raja kita di tempat yang tinggi, mulia dan bebas daripada tendang terajang manusia biasa.
Kata lagu Negaraku:

“...Rahmat bahagiaTuhan kurniakanRaja kitaSelamat bertakhta.”
Dinyatakan dengan jelas bahawa tempat raja kita adalah di atas takhta di dalam istana dan bukan sekali-kali di dalam bilik lembaga, di suite eksekutif atau hotel lima bintang.
Kalau Raja-raja pun berniaga, sama ada secara langsung atau melalui proksi Melayu, Cina dan India, macam mana rakyat jelata hendak bersaing dengan mereka?
Dalam dunia “the Internet of things” ini, tidak ada lagi rahsia dan kebersendirian (privacy) mutlak.
Orang ramai akan tahu bila Raja-raja belanja mewah, berkahwin di luar negara, bercerai-berai dan menuntut harta, mengambil tanah negeri, berniaga pasir, mengutip derma sukan dan sebagainya.
Berbalik kepada titah Sultan Perak, saya setuju dan sokong seratus peratus.

Saya pun hairan, bagaimana semakin galak orang Islam Malaysia memperagakan keislaman mereka, semakin luntur pula nilai-nilai murni yang diajar dan dituntut oleh Islam.
Perdagangan Agama
Salah satu sebab martabat agama Islam jatuh adalah kerana kita membenarkannya dikomersilkan tanpa batas dan kawalan.
Hatta dalam mendirikan institusi dan kegiatan agama pun, hasrat tersiratnya adalah perniagaan dan keuntungan.
Lihat saja kemunculan pelbagai bentuk institusi, barangan dan perkhidmatan yang berjenamakan Islam. Tak salah, tetapi harus ada batas sempadannya.
Ambil contoh keghairahan semasa mendirikan sekolah hafal Quran yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan.
Ada ibu bapa  amat bangga menghantar anak-anak ke pondok dan tahfiz. Asalkan label Islam, tidak perlu lagi usul periksa.
Kesudahannya anak-anak mati di dalam tanah runtuh dan kebakaran, diliwat dan didera sampai mati dan dipaksa menjadi pengemis dan peminta sedekah.
Setiap kali terjadi kecelakaan, dibuatlah amaran dan janji. Tetapi kegiatan memperdagangkan agama berleluasa kerana pihak berkuasa agama negeri dan persekutuan banyaknya hanya pandai bercakap.
Tidak perlu diingatkan bahawa sebut sahaja pihak berkuasa agama atau hal-hal berkaitan agama maka ketua mutakhirnya, tidak dapat tidak adalah Raja-raja Melayu.
Jadi demi menyelamatkan agama Islam daripada terus diperalat, diperdagang, dipolitik dan dipersendakan, Raja-raja Melayu, ulama dan cendekiawan Melayu wajib berpakat dan memikul tanggungjawab menjadikan Islam di Malaysia ini sebagai rahmat.
Wallahuaklam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/11/institusi-islam-tambah-banyak-amalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Tambah Nilai Di Exit Toll Plus Mulai 5 November

Tiada Tambah Nilai Di Exit Toll Plus Mulai 5 November

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 493 hits
Ingatan mesra untuk semua pengguna lebuh raya PLUS mulai 5 November 2019 tiada lagi perkhidmatan tambah nilai untuk baki yang tidak mencukupi di semua laluan keluar tol PLUS Ia satu langkah yang dilakukan oleh pihak PLUS bagi memastikan kel...
Lorong Keluar Tol Plus Berhenti Menawarkan Tambah Nilai Touch N Go Bermula 5 November

Lorong Keluar Tol Plus Berhenti Menawarkan Tambah Nilai Touch N Go Bermula 5 November

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 566 hits
Selama ini sekiranya anda kekurangan dana di dalam kad Touch n Go anda boleh melakukan tambah nilai di lorong tol Tetapi bermula 5 November ini perkhidmatan ini akan dihentikan di lorong keluar tol PLUS seluruh negara Pengguna PLUS boleh me...
Tiada Tambah Nilai Di Semua Lorong Keluar Plaza Tol Mulai Selasa Ini

Tiada Tambah Nilai Di Semua Lorong Keluar Plaza Tol Mulai Selasa Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 453 hits
Kuala Lumpur PLUS Malaysia Berhad akan menamatkan perkhidmatan tambah nilai Touch n Go di semua lorong keluar di plaza tol Wilayah Utara dan Selatan mulai 5 Nov ini PLUS dalam kenyataan hari ini berkata langkah tersebut dilakukan bagi mengu...
Tiada Lagi Lorong Tambah Nilai Bermula Hari Ini

Tiada Lagi Lorong Tambah Nilai Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 306 hits
PLUS Malaysia Berhad akan menamatkan kemudahan tambah nilai di semua plaza tol bermula hari ini 5 November 2019 Mungkin sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai untuk menambah nilai kad Touch n Go di lorong tambah nilai PLUS Walau bagaimana...
Plus Henti Lorong Tambah Nilai Touch N Go

Plus Henti Lorong Tambah Nilai Touch N Go

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 460 hits
SEPERTI yang dimaklumkan telah menghentikan perkhidmatan tambah nilai di semua lorong keluar Plaza Tol lebuh raya yang berada di bawah seliaannya minggu lalu Pendekatan ini dikatakan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan ol...
15 Amalan Sunnah Yang Selalu Orang Islam Abaikan

15 Amalan Sunnah Yang Selalu Orang Islam Abaikan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 854 hits
15 SIMPLE SUNNAH YANG SELALU ORANG ISLAM ABAIKAN Simple Sunnah 1 1 Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan2 Tutup Kepala bila masuk tandas Simple sunnah 2 1 Kibaskan Tempat tidur2 Permulaan tidur mengiring sebelah kanan 3 Kepala mengha...
Hapus Lorong Tambah Nilai Sistem Menyusahkan Pengguna Lebuh Raya

Hapus Lorong Tambah Nilai Sistem Menyusahkan Pengguna Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 306 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Ramai pengguna lebuh raya tidak berpuas hati dengan tindakan PLUS menghentikan urusan tambah nilai kad Touch N Go di setiap plaza tol Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembayaran tol ...
Anggaran Apbd Janggal Gerindra Nilai Anies Kurang Bijak Salahkan Sistem

Anggaran Apbd Janggal Gerindra Nilai Anies Kurang Bijak Salahkan Sistem

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 232 hits
Wakil Komisi A DPRD DKI itu menilai langkah Anies yang baru akan membentuk sistem baru untuk e budgeting 2021 termasuk lamban Sebab Anies memiliki Tim Gubernur untuk Percepatan Pembangunan yang berjumlah sekitar 70 orang
Mahfud Nilai Kurang Tepat Kantor Kementerian Dipakai Urusan Partai

Mahfud Nilai Kurang Tepat Kantor Kementerian Dipakai Urusan Partai

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 190 hits
Mahfud agak ragu jika Airlangga menggunakan fasilitas negara untuk kepentingan partainya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities