Hairan Mahathir Tidak Tahu Kandungan Komik Hadiah Kepada Presiden China Kata Wee


Adam Abu Bakar Presiden MCA dan ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong berkata, protokol dan prosedur operasi standard menghendaki Wisma Putra membuat semakan tentang isi kandungan komik terbabit. KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong hairan dengan kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bahawa Dr Mahathir Mohamad tidak tahu tentang kandungan komik kontroversi “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama”.

Wee berkata, berdasarkan gambar tular di media sosial, Mahathir sendiri yang menyerahkan komik berkenaan kepada Presiden China Xi Jinping bersempena Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa ke-2 di Beijing, April lepas.

“Pertamanya, ia melangkaui semua protokol dan prosedur operasi standard (SOP) dan Wisma Putra sepatutnya lakukan semakan. Seseorang harus membuat semakan isi kandungan komik itu,” kata Wee yang juga presiden MCA.

“Apa-apa sahaja yang mahu diberikan kepada ketua kerajaan, pastikan ia adalah sesuai dan jika ia berbentuk dokumen, baca keseluruhan kandungan, perkataan demi perkataan.

“Tidak bolehlah berikan sesuatu kepada ketua kerajaan, yang mewakili negara tanpa menyemaknya. Ini memalukan dan JPM pula tidak mengetahuinya,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen hari ini

Terdahulu JPM berkata, Mahathir tidak pernah terlibat dalam penerbitan buku komik kontroversi, “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” oleh bekas pemimpin DAP Hew Kuan Yau atau mengetahui isi kandungannya.

JPM berkata buku itu bukan hadiah rasmi semasa pertemuan dua hala dengan Xi dan ia dibawa “tanpa melalui prosedur dan saluran yang betul”.

Wee berkata, beliau percaya sekretariat Wisma Putra yang bertanggungjawab menguruskan lawatan perdana menteri ke China mengetahui mengenai komik kontroversi yang turut dibantah Kementerian Dalam Negeri.

“Sudah tentu Wisma Putra tahu dan mereka tahu bahawa komik itu akan diserahkan kepada presiden China. Jadi tidak ada sebab untuk mereka berkata tidak dimaklumkan.

“Pada kebiasaannya apa-apa sahaja yang akan diserahkan ketua kerajaan, haruslah melalui Wisma Putra yang menjalankan koordinasi di antara kedua-dua negara,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, bekas perdana menteri Najib Razak terus mempersoalkan kenyataan pemimpin DAP bahawa parti itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan komik berkenaan.

Dalam satu hantaran di Facebook Najib menolak dakwaan itu dengan berkata prakata komik tersebut ditulis oleh “seorang bernama Lim Guan Eng” yang menggunakan gelaran menteri kewangan dan setiausaha agung DAP.

Beliau juga menaikkan gambar prakata komik “Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama”.

“Nama komik, nama Hew Kuan Yau dan nama PM ke-7 turut disebut oleh orang bernama Guan Eng ini,” katanya hari ini.

Najib menggesa Lim Guan Eng dan bapanya, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang memberi penjelasan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/hairan-mahathir-tidak-tahu-kandungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komik Diberi Pada Presiden Xi Jinping Bukan Hadiah Rasmi Pm

Komik Diberi Pada Presiden Xi Jinping Bukan Hadiah Rasmi Pm

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 637 hits
Komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama yang disampaikan kepada presiden China Xi Jinping bukan hadiah rasmi dan diberikan tanpa mengikut prosedur kata Pejabat Perdana Menteri hari ini Di dalam komik tersebut tertera gambar Y...
Tular Isu Komik Propaganda Politik Pm Nafi Hadiahkan Komik Yang Sama Kepada Presiden China

Tular Isu Komik Propaganda Politik Pm Nafi Hadiahkan Komik Yang Sama Kepada Presiden China

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 559 hits
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa mereka akan mengambil keterangan pihak yang terbabit berkaitan dengan pengedaran komik propaganda yang didakwa diedarkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan S...
Dr Mahathir Tak Tahu Isi Komik Untuk Xi Jinping Kata Pejabat Pm

Dr Mahathir Tak Tahu Isi Komik Untuk Xi Jinping Kata Pejabat Pm

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 323 hits
Dr Mahathir tak tahu isi komik untuk Xi Jinping kata Pejabat PM Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Oct 2019
Majlis Presiden Ph Tentu Jawatan Pm Kata Dr Mahathir

Majlis Presiden Ph Tentu Jawatan Pm Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 303 hits
October 28 2019 7 58 AMDr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak dapat meletakkan tempoh yang tetap untuk berlakunya peralihan kepimpinan negara ASHGABAT Dr Mahathir Mohamad menegaskan hanya Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan menentuk...
Kata Presiden Jokowi Soal Pengembalian Kedaulatan Udara Ri Dari Singapura

Kata Presiden Jokowi Soal Pengembalian Kedaulatan Udara Ri Dari Singapura

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 202 hits
Presiden Joko Widodo mengemukakan Indonesia menerima kerangka kerja untuk negosiasi Flight Information Region yang disepakati oleh Indonesia dan Singapura Menurutnya Indonesia ingin bisa mandiri mengawasi wilayah udaranya sendiri
Komik Propaganda Dilarang Di Malaysia Kata Kementerian Dalam Negeri

Komik Propaganda Dilarang Di Malaysia Kata Kementerian Dalam Negeri

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 569 hits
Sumber gambar dari Malaysian GazetteSemalam pihak Kementerian Dalam Negeri telah mewartakan perintah larangan terhadap naskah komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama untuk semua versi terjemahan Warta perintah larangan itu me...
Kdn Haramkan Komik Propaganda China

Kdn Haramkan Komik Propaganda China

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 434 hits
Kementerian Dalam Negeri hari ini mewartakan perintah larangan terhadap komik Inisiatif Jalur Jalan Meraih Manfaat Bersama termasuk versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina penerbitan tersebut KDN dalam kenyataannya berkata penerbitan itu dike...
Kaitkan Pas Dengan Ltte Usaha Jahat Kata Timbalan Presiden

Kaitkan Pas Dengan Ltte Usaha Jahat Kata Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 290 hits
PAS mengucapkan terima kasih kepada semua termasuk pihak polis dalam usaha memerangi LTTE KUALA LUMPUR PAS berkata usaha pihak tertentu mengaitkan parti itu dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam disifatkan sebagai usaha jahat terhadap merek...
Kandungan Komik Propaganda Tersebar

Kandungan Komik Propaganda Tersebar

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 639 hits
Anda nilai sendiri adakah kandungan komik begini sesuai untuk tatapan pelajar sekolah Adakah ini agenda untuk menyuntik Islamphobia dikalangan pelajar sekolah Untuk apa diselitkan agenda negara Komunis China Bayangkan jika anak anda membaca...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Iftar Satu Ramadhan

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas