Hai Anak Jangan Derhaka Kepada Ibumu



SOALAN:
Apakah hukum jika anak-anak tidak ingin menjaga ibunya dan menunding jari kepada anak saudara untuk menjaga ibu mereka. Adakah patut mereka berbuat sedemikian? Dan apakah solusinya? Kerana sekarang anak-anak kepada nenek saya masing-masing berbalah dan tidak mahu menjaga nenek saya (ibu kandung mereka).

JAWAPAN
Pada permulaan perbincangan ini, kami mulakan dengan serangkap ayat, persis kepada kata mutiara dan aforisme orang-orang lama. Kata mereka:

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ibu dan ayah tidak ada gantian di dunia.”

Kata-kata tersebut, mungkin telah biasa atau acapkali kita baca dan dengari. Tetapi itulah pesanan yang selalu dan perlu diingatkan kepada kita semua, insan yang digelar anak. Setinggi mana darjat, pangkat dan jawatan tokoh itu, namun ingatlah, lahirnya dia daripada seorang ibu dan ayah. Sekaya mana harta dan wang seorang jutawan itu, tidak ada nilai kekayaan dan tandingan terhadap kasih ibu dan ayah. Ibu dan ayahlah yang mengasuhmu wahai anak, sehingga kamu berjaya. Ingatlah kita semua memegang gelaran sebagai anak, maka janganlah kita sombong dengan kedua ibu bapa, walau sehebat mana sosok dirimu di dunia.

Oleh itu, tidak ada ruang sebagai seorang anak dalam menidakkan kewajipan untuk menjaga dan berbuat baik terhadap ibu dan ayah. Sedarlah wahai anak-anak sekalian, kita dipertangungjawabkan keatas kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT ini.

Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Isra’: 23)

Sheikh Mustafa al-Maraghi ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT benar-benar mewasiatkan tanggungjawab terhadap kedua-dua ibu dan ayah secara serius, sehingga anak-anak yang derhaka terhadap ibu dan ayah akan meremang bulu romanya dan merasa ngeri apabila mendengarnya. Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3932).

Soalan yang diajukan melahirkan rasa sedih kami, kerana tidak sepatutnya soalan ini ditanya oleh kita duhai anak. Allah SWT menyuruh setiap yang bergelar anak untuk berbuat baik dan menjaga kedua ibu ayahnya, namun ada juga mereka yang menidakkan perintah Tuhan ini. Jika dahulu, situasi ini mungkin lakonan semata di kaca televisyen, namun begitu, dewasa ini, ternyata ia adalah realiti sebenar senario masyarakat kita.

Teringat kami dengan kata-kata Nabi SAW menghinakan anak yang tidak berbakti kepada ibu dan ayah.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ‏‏مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏‏
“Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” (Riwayat Muslim, no. 2551)

Maka rugilah wahai anak yang mengsia-siakan peluang berbakti kepada kedua ibu dan ayah. Beruntunglah mereka yang sempat bersama dan berbakti kepada kedua ibu dan ayah, merekalah yang sangat bertuah dan beruntung.

Merujuk kepada perbincangan ini, suka kami nukilkan sebuah kisah yang moga-moga dapat memberikan pengajaran buat kita semua. Kisah ini diriwayatkan oleh Jaafar ibn Sulaiman ad-Dubai yang diceritakan oleh Malik bin Dinar kepadanya, katanya:

“Ketika menunaikan haji, beliau melihat ramai jemaah yang menunaikan haji pada tahun itu. Lalu terdetik di hatinya: “Berapa ramai jemaah yang diterima amalannya untuk aku mengucapkan tahniah dan berapa ramai yang tidak diterima amalannya oleh Allah SWT untuk aku mengucapkan takziah kepadanya.”

Pada malam itu, beliau bermimpi seseorang berkata kepadanya: “Wahai Malik bin Dinar, sesungguhnya semua jemaah yang menunaikan haji dan umrah pada kali ini, demi Allah SWT, Allah SWT telah mengampunkan dan menerima amalan mereka semua kecuali seorang lelaki sahaja. Allah SWT amat murka kepadanya, tidak menerima hajinya dan melemparkannya kembali ke wajahnya.” Beliau merasa khuatir jika lelaki itu adalah dia.

Pada malam seterusnya, beliau bermimpi lagi dengan mimpi yang sama namun suara itu berkata: “Lelaki itu bukanlah kamu, lelaki itu berasal dari bandar Balkh, Khursan dan namanya Muhammad bin Harun al-Balkhi. Allah SWT amat murka sekali kepadanya. Allah SWT tidak menerima hajinya dan melemparkannya kembali ke wajahnya.”

Apabila waktu pagi, beliau keluar mencari insan itu lalu menemui orang-orang Balkh dan bertanyakan: “Kenalkah kalian dengan lelaki bernama Muhammad bin Harun?” Mereka membalas: “Bakh !!! Bakh !!!, wahai Malik bin Dinar, kamu bertanya tentang seorang lelaki paling baik dan tiada di Khurasan seorang pun yang lebih banyak beribadah dan lebih zuhud melainkan dia.” Malik bin Dinar amat takjub dengan indahnya puji-pujian mereka terhadap insan itu padahal apa yang beliau dengar di dalam mimpi adalah amat berbeza.

Lalu Malik bin Dinar menuju ke arah kawasan rumah-rumah usang dan mendapati Muhammad bin Harun al-Balkhi sedang berdiri di belakang dinding. Tangan kanannya putus dan tergantung di lehernya. Tulang selangkanya telah ditebuk dan diikat dengan rantai besi dan digari pada kakinya. Lantas beliau berkata: “Siapa kamu wahai tuan?” “Aku Malik bin Dinar.” Dia bertanya lagi: “Wahai Malik bin Dinar, mengapa kamu datang ke mari, adakah kamu mendapat suatu mimpi? Ceritakan mengenainya kepada aku.”

Jawab Malik bin Dinar: “Aku malu untuk berjumpa kamu tambahkan pula menceritakannya mimpiku ini kepada kamu.” Dia menjawab, “Usah malu.” Lalu Malik bin Dinar menceritakan apa yang dialami dalam mimpinya, lalu dia menangis begitu lama. Selepas itu dia berkata: “Wahai Malik bin Dinar, kisah mimpi ini diceritakan kepadaku sejak 40 tahun lepas, setiap tahun akan ada seorang lelaki alim seperti kamu bermimpi bahawa aku termasuk dalam penghuni neraka.”

Malik bin Dinar terus bertanyakan kepada beliau: “Adakah kamu telah lakukan suatu dosa yang besar terhadap Allah SWT?” Dia menjawab: “Ya, dosaku lebih besar daripada segala langit, bumi, gunung-ganang, Arasy dan Kursi.” Malik bin Dinar membalas: “Ceritakan mengenainya kepadaku agar aku dapat memberi peringatan kepada manusia yang tidak mengetahuinya.”

Dia mula bercerita: “Wahai Malik bin Dinar, aku dahulunya sangat suka minum arak, pada suatu hari aku meneguknya bersama-sama seorang rakan sehingga aku mabuk dan hilang akal. Aku pulang ke rumah dan aku dapati ibuku sedang menyalakan api di pendiangan (fireplace) kepunyaan kami. Melihatkan aku terhuyung-hayang akibat mabuk, ibu datang ke arahku dan menasihatkan kepadaku, kata ibu: “Wahai anakku, petang ini petang terakhir Sya’ban dan malam ini malam pertama Ramadhan, esok semua Muslim akan berpuasa tetapi kenapa kamu masih lagi mabuk? Tidakkah kamu malu kepada Allah SWT?”

Dengan perasaan marah, aku mengangkat tangan lalu menampar mukanya. Lantas ibu berkata: “Wahai anakku, kamu mahu ditimpa celaka?” Kata-kata itu membuatkan aku menjadi amat geram dan marah. Akhirnya, dengan persaaan amarah yang meluap-luap, aku mengangkat ibuku lalu aku campakkannya ke dalam pendiangan yang sedang marak membakar. Isteriku yang melihat perbuatan itu terus membawaku masuk ke satu bilik dan menutup pintunya.

Apabila menjelang tengah malam, aku mulai sedarkan diri daripada mabuk. Lalu aku memanggil isteriku, namun dia menyahut dengan nada yang amat kasar. Aku tanyakan padanya: “Kenapa engkau bersikap kasar, aku tidak pernah melihat engkau sebegini?” Isteriku menjawab: “Engkau tidak layak mendapat layanan baik daripada aku. Engkau telah membunuh ibumu sendiri dan engkau telah campak tubuhnya ke dalam pendiangan api hingga dia terbakar rentung.”

Mendengarkan kata isteriku itu, aku tidak dapat mengawal diri lalu menuju ke pendiangan dan melihat tubuh ibuku seperti sebuku roti yang hangus. Dengan kesedihan dan kekesalan yang teramat sangat, aku terus mencapai sebatang beliung, aku letakkan tangan kananku di papan pintu lalu aku tetak sehingga terputus. Aku tebuk lubang di sekitar tulang selangka dan aku masukkan rantai besi ini lalu aku ikat ke kedua kakiku dengan gari besi.

Harta aku sebanyak 8,000 dinar, aku sedekahkan semuanya sebelum senja. Aku bebaskan seramai 26 hamba perempuan dan 23 hamba lelaki yang aku miliki. Aku wakafkan harta aku yang lain di jalan Allah SWT. Aku berpuasa pada siang hari dan melakukan qiyam pada malamnya selama 40 tahun, dan aku tidak berbuka puasa melainkan dengan segenggam kacang kuda. Bahkan, aku juga menunaikan haji pada setiap tahun. Tetapi aku merasa sedih sekali, pada setiap tahun akan datang seorang lelaki alim seperti kamu yang akan menceritakan mimpinya sebagaimana kamu bermimpi bahawa aku termasuk dalam kalangan penghuni neraka.”

(Rujuk Birr al-Walidayn karangan Imam Bukhari, ms/ 122-128)

Kesimpulan melalui cerita ini, dapat kita lihat, bertapa Allah SWT murka dan menghina mereka yang berbuat dosa kepada kedua ibu dan ayah ketika masih hidup lagi. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan dan pertolongan oleh Allah SWT di dalam berbuat baik kepada kedua ibubapa kita sehinggalah mereka kembali ke pangkuan-Nya.

Sebelum mengakhiri perbincangan ini, kami kongsikan bait-bait ucapan yang pernah dinukilkan oleh Imam Az-Zahabi di dalam penulisannya.

Kata Imam Az-Zahabi: “Wahai diri yang bergelar anak, ingatlah kamu, seandainya dipilih diantara hidupmu dan kematiannya, maka ibu akan meminta supaya kamu terus hidup dengan teriakkan yang bersungguh-sungguh kepada Allah SWT, namun bertapa banyak kebaikan ibu kepadamu, tetapi engkau hanya balas dengan akhlak yang sangat teruk.”

“Wahai diri yang bergelar anak, dia yang mendoakanmu supaya memperoleh petunjuk, siang dan malam mahupun secara tersembunyi atau terang-terangan. Namun, tatkala ibu memerlukanmu di saat dia sudah tua dan tidak berdaya, engkau jadikan dia sebagai barang yang tidak berharga di sisimu.”

“Wahai diri yang bergelar anak, engkau kenyang dalam keadaan dia lapar. Engkau puas minum dalam keadaan dia kehausan. Engkau mendahulukan berbuat baik kepada isteri dan anak daripada ibumu. Engkau lupakan semua kebaikan yang pernah dia lakukan untukmu. Engkau merasa berat dan letih memeliharanya, padahal itu adalah urusan yang mudah. Engkau fikir ibumu akan hidup lama lagi padahal umurnya semakin tua. Engkau tinggalkan dia keseorangan padahal dia tidak ada orang lain untuk bergantung harap selain dirimu. Dan padahal Allah SWT telah melarangmu derhaka kepadanya walaupun berkata ‘ah’ kepadanya, tetapi lebih daripada itu engkau lakukan.”

“Wahai diri yang hina, maka tunggulah engkau, kelak engkau rasakan seksa di dunia ini sebelum engkau merasakan azab kematianmu nanti.”

(Rujuk kitab Kabair Az-Zahabi, m/s 43)

Kami akhiri perbincangan ini dengan mengajak kita semua untuk sama-sama mendoakan kerahmatan dan juga keampunan kepada kedua ibubapa kita.

رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’: 24)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hai-anak-jangan-derhaka-kepada-ibumu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Kembar Tu Memang Mak Nak Jangan Jadi Anak Derhaka Mertua Paksa Menantu Serahkan Anaknya Untuk Diberi Kepada Ipar

Yang Kembar Tu Memang Mak Nak Jangan Jadi Anak Derhaka Mertua Paksa Menantu Serahkan Anaknya Untuk Diberi Kepada Ipar

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 439 hits
Salam admin Saya nak bercerita sambil meminta pendapat Saya ibu anak dua seorang lelaki dan seorang perempuan Yang lelaki darjah 5 dan yang perempuan berusia 2 tahun Sekarang saya sedang hamil bayi kembar lelaki Hidup saya bukanlah mewah sa...
Dah Vaksin Menyusu Ibu Sepenuhnya Tapi Anak Masih Sakit Jangan Cepat Salahkan Vaksin

Dah Vaksin Menyusu Ibu Sepenuhnya Tapi Anak Masih Sakit Jangan Cepat Salahkan Vaksin

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 351 hits
Ramai ibu bapa yang mengadu anak saya dah complete semua vaksin malah dah ambil kesemua vaksin tambahan dan dia pun menyusu susu ibu sepenuhnya tapi kenapa anak saya masih jatuh sakit Bila berhadapan dengan situasi seperti ini pasti anda ra...
Bancuh Susu Anak Jangan Guna Air Panas Air Mineral Barulah Tak Hilang Khasiatnya

Bancuh Susu Anak Jangan Guna Air Panas Air Mineral Barulah Tak Hilang Khasiatnya

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 537 hits
Langkah membancuh susu yang betul penting bagi memastikan anak mendapat khasiatnya Bukan sebarangan ibu ayah boleh letak air dan susu Menurut bancuhan susu untuk anak kena ikut step sebelum diberikan pada anak Jangan guna air panas Jangan g...
Jangan Berhenti Untuk Mendoakan Anak Anak

Jangan Berhenti Untuk Mendoakan Anak Anak

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 1353 hits
Jangan Berhenti Untuk Mendoakan Anak anak Tugas ibubapa bukan hanya jaga makan minum mereka kan Doa kita adalah senjata anak anak untuk hidup lebih sempurna So sebagai ibubapa Jangan pernah berhenti untuk The post appeared first on
Jika Anak Anda Ada Gigi Berlubang Jangan Cabut Dulu Ini Sebabnya

Jika Anak Anda Ada Gigi Berlubang Jangan Cabut Dulu Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 1397 hits
Bila gigi anak anak bermasalah pasti ibu bapa kebuntuan Perlukah dicabut ataupun dibiarkan Persoalan ini selalu timbul Bagi ibu bapa yang tidak tahu apa harus dilakukan baca artikel penuh ini Doktor gigi anak saya berlubang baru 5 tahun ken...
Tepuk Di Antara Tulang Belikat Jangan Dongakkan Kepala Jika Anak Tercekik

Tepuk Di Antara Tulang Belikat Jangan Dongakkan Kepala Jika Anak Tercekik

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 558 hits
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak kanak Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik Ketika tercekik salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup a...
Jangan Sesekali Cakap Nakalnya Bila Anak Buat Perangai Kata Itu Satu Doa Mustajab

Jangan Sesekali Cakap Nakalnya Bila Anak Buat Perangai Kata Itu Satu Doa Mustajab

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 359 hits
Anak makin besar perangainya cukup menguji kesabaran ibu bapa Macam macam perasaan akan muncul apabila anak dah mula buat perangainya Nak cubit nak marah nak pukul semua ada dalam waktu itu Disebabkan ini ada ibu bapa yang tak dapat menahan...
Manjakan Anak Tak Salah Tapi Jangan Sampai Pijak Kepala Sayang Tu Biar Bertempat

Manjakan Anak Tak Salah Tapi Jangan Sampai Pijak Kepala Sayang Tu Biar Bertempat

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 566 hits
Siapa yang tak sayangkan anak tambah lagi jika anak seorang atau tunggal Kalau boleh segala galanya akan diikutkan Bukan tidak boleh manjakan anak tetapi kalau ia terlampau manja hinggakan si anak tidak kenal erti salah atau betul ia tak el...
Setiap Anak Perangai Berbeza Biar Menangis Sekarang Jangan Kita Menangis Kemudian

Setiap Anak Perangai Berbeza Biar Menangis Sekarang Jangan Kita Menangis Kemudian

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 336 hits
Cabaran membesar dan mendidik anak tak sama dengan apa yang kita fikirkan Bila dah melaluinya baru kita tahu sejauh mana kesabaran itu dalam membesarkan anak anak Bagi ibu bapa cabaran membesarkan anak tak sama dengan setiap anak Ada anak y...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias