Manjakan Anak Tak Salah Tapi Jangan Sampai Pijak Kepala Sayang Tu Biar Bertempat
Siapa yang tak sayangkan anak tambah lagi jika anak seorang atau tunggal. Kalau boleh segala-galanya akan diikutkan. Bukan tidak boleh manjakan anak tetapi kalau ia terlampau manja hinggakan si anak tidak kenal erti salah atau betul ia tak elok untuk perkembangannya.
Ini akan membuatkan dia seakan besar kepala dan terkadang bersikap bossy apabila bersama kawan-kawan, sepupu seusia malah dengan ibu bapa sendiri. Namun andai ini berlaku ibu bapa jangan putus asa. Masih belum terlambat untuk membantunya mengubah sikapnya itu. Berikut antara tip yang berguna untuk anda.
Adakan satu peraturan baru di mana satu keluarga perlu mengikutinya. Contoh bangun pagi harus siap sendiri tempat tidur, selepas makan bawa pinggan ke sinki dan sebagainya. Setiap orang di dalam rumah perlu di ajar berdisiplin.
Paling penting ia perlu bermula dengan ibu bapa. Contoh yang terbaik untuk anak ikuti adalah daripada ibu bapanya. Ibu bapa perlu menunjukkan perbuatan yang tidak perlu diterangkan atau memintanya mengikuti perbuatan yang ibu bapa lakukan.
Sentiasa perlu bersabar dan masa untuk membentuknya semula. Jangan terlalu memaksa hinggakan anak jadi memberontak dan seterusnya memberi kesan yang lebih buruk. Pujuk perlahan-perlahan agar dia mengikut kembali peraturan yang di tetapkan.
Lazimnya perbuatan yang spontan dan tidak dipaksa untuk dipelajari dan diikuti, maka itulah yang paling mudah dipelajari. Contohnya, apabila mama dan papa meminta tolong antara satu sama lain maka mulakanlah dengan ayat yang lembut “Papa, mama nak minta tolong sikit…” atau “Boleh tak tolong …” Sedangkan, biasanya kita akan kata “Papa ni ha bukak!” atau “ Buat tu dulu!”. Kita memberi arahan dan bukannya meminta tolong.
Sentiasa ucapkan terima kasih apabila perbuatan tolong menolong telah berlaku seperti “Terima kasih ayah”, “Terima kasih abang” atau “Terima kasih mama”. Tujuan kita berbuat demikian untuk mendidik anak. Malah, dalam masa yang sama hubungan keluarga akan lebih erat dengan kata-kata yang lembut seperti itu. Anak mudah mengikut tingkah laku kita. Bahkan sebahagian besar perlakuan anak adalah mirip cara kita melayan dan membesarkannya.
The post Manjakan Anak Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Pijak Kepala. Sayang Tu Biar Bertempat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/manjakan-anak-tak-salah-tapi-jangan-sampai-pijak-kepala-sayang-tu-biar-bertempat/