Hafarizam Di Lepas Tanpa Di Bebaskan Kes Pengubahan Wang Haram Rm15 Juta


KUALA LUMPUR  -- Penasihat undang-undang UMNO  Datuk Mohd Hafarizam Harun, dilepas tanpa dibebaskan atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff memberitahu mahkamah pihak pendakwaan memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan dan akan memfailkan pertuduhan baharu terhadap Mohd Hafarizam di Mahkamah Sesyen.
“Selepas mendengar permohonan lisan oleh pihak pendakwaan untuk menarik balik semua pertuduhan terhadap tertuduh dalam kes ini, mahkamah dengan ini memerintahkan tertuduh dilepas tanpa dibebaskan atas dua pertuduhan yang dijalankan di mahkamah ini.
“Ini bagi membolehkan pendakwaan  memfailkan pertuduhan baharu terhadap tertuduh di Mahkamah Sesyen seperti yang dinyatakan oleh pihak pendakwaan. Permohonan bagi saya menarik diri (daripada mendengar kes ini) direkodkan sebagai ditarik balik oleh pihak pembelaan,” kata hakim.
Terdahulu, Ishak memaklumkan kepada mahkamah bahawa pertuduhan pertama adalah cacat kerana ia melibatkan dua transaksi pada April dan November 2014.
“Kami harus pisahkan dua transaksi itu kepada pertuduhan baharu. Jadi, kami memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan bagi kedua-dua pertuduhan dan dia akan didakwa dengan segera di mahkamah rendah hari ini dengan pertuduhan yang berbeza,” tambah beliau.
Mohd Hafarizam yang diwakili peguam Datuk Hasnal Rezua Merican berkata pihak pembelaan akan menarik kembali permohonan mereka supaya hakim menarik diri yang telah dibuat lebih awal, kerana ia telah menjadi akademik.
Hari ini sepatutnya merupakan hari pertama perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Mohd Nazlan.
Pada 21 Feb tahun lepas, Mohd Hafarizam, 48, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, yang didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didepositkan ke dalam akaun bank milik firma guamannya.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melibatkan diri secara langsung dalam dua transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM11,500,000.00 melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib dimasukkan ke dalam akaun firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) di CIMB Bank Berhad.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan PWTC, Suite 1, Level 5, Menara Dato’ Onn, Jalan Tun Ismail, di sini antara 16 April 2014 dan 4 Nov 2014.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Hafarizam didakwa melakukan kesalahan sama  berjumlah RM3.5 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib, yang dimasukkan ke dalam akaun firma guaman sama di CIMB Bank Berhad di tempat sama pada 12 Feb 2015.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau kesalahan itu, atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/hafarizam-di-lepas-tanpa-di-bebaskan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Najib Bersalah 7 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram

Panas Najib Bersalah 7 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 199 hits
Perkara yang dinantikan pembangkang pada masa kini telah tiba Walaupun telah lama kes SRC ditunda untuk pandakwaan dan hari ini najib tidak lagi boleh lari Tahniah kerajaan PN kerana telus dalam pentadbiran dan tiada campurtangan politik da...
Kes Jangkitan Covid 19 Di As Hampir Lima Juta

Kes Jangkitan Covid 19 Di As Hampir Lima Juta

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 320 hits
Paris Kes jangkitan Covid 19 di Amerika Syarikat hampir mencecah lima juta dengan 162 425 kematian Selepas AS yang merekodkan 4 99 juta kes Brazil menjadi negara kedua terjejas teruk dengan 3 01 juta kes dan 100 477 kematian India pula bera...
Najib Selesai Bayar Rm1 Juta Duit Ikat Jamin Anak Anak Jadi Penjamin Kes Src

Najib Selesai Bayar Rm1 Juta Duit Ikat Jamin Anak Anak Jadi Penjamin Kes Src

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 243 hits
Selepas dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dengan perlu membayar denda sebanyak RM210 juta bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM1 Juta Bayar duit ikat jaminTengahari tadi beliau te...
Rm42 Juta Saya Bersaksi Kepada Allah Tidak Tahu Jumlah Wang Itu

Rm42 Juta Saya Bersaksi Kepada Allah Tidak Tahu Jumlah Wang Itu

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 219 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib petang tadi mengemukakan rayuan bagi diringankan hukuman Sebagai orang Islam wallahi wabillahi watallahi saya tidak meminta saya tidak merancang atau saya ditawarkan RM42 juta itu Saya ber...
Alya Iman Nafi Kikis Wang Berjumlah Rm2 3 Juta Daripada Bekas Kekasih

Alya Iman Nafi Kikis Wang Berjumlah Rm2 3 Juta Daripada Bekas Kekasih

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 605 hits
Dilabel sebagai perosak rumah tangga seorang usahawan hingga menjadi kecaman netizen Alya Iman sekali lagi muncul dengan dakwaan model dan pelakon baharu itu mengikis wang berjumlah RM2 3 juta daripada bekas teman lelaki Meskipun begitu lel...
Pahang Rugi Hasil Cukai Rm30 Juta Akibat Penanaman Durian Haram

Pahang Rugi Hasil Cukai Rm30 Juta Akibat Penanaman Durian Haram

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 232 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM30 juta hasil cukai tanah dalam isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram melibatkan kawasan seluas 4 400 hektar di Raub Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Da...
Pulau Pinang Catat 1 238 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm37 3 Juta Hingga Jun Tahun Ini

Pulau Pinang Catat 1 238 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm37 3 Juta Hingga Jun Tahun Ini

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 220 hits
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang Mohd Rosni Mohd Lazim berkata peningkatan kes jenayah komersial di negeri itu sangat membimbangkan dengan 1 238 orang menjadi mangsa membabitkan 643 lelaki dan 595 wanita GEORGE TOWN Seb...
Kes Covid 19 Sudah Mencecah 5 Juta Ribuan Penunggang Motosikal Di Amerika Sambut Pesta

Kes Covid 19 Sudah Mencecah 5 Juta Ribuan Penunggang Motosikal Di Amerika Sambut Pesta

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 259 hits
Kes Covid 19 di Amerika Syarikat kini telah mencecah 5 1 juta dan sebanyak 165 ribu kematian dicatatkan Walaubagaimanapun kesan wabak tersebut langsung tidak memberi kesedaran kepada ribuan penunggang motosikal yang hadir ke bandar Sturgis ...
Patut Dakwa Kes Membunuh Bukan Perhimpunan Haram Kata Zahid

Patut Dakwa Kes Membunuh Bukan Perhimpunan Haram Kata Zahid

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 292 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi mempersoalkan kenapa pihak berkuasa hanya mengesyorkan pertuduhan menyertai perhimpunan awam dalam kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Sewajibnya pendakwaan yang patut dikenakan kepada mereka yang...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Ultimate Guide To Ghibli Park

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya

Menikahi Ibu Kandung Humor Kampung By Dr Hm Rakib S H M Ag Pekanbaru