Hael Husaini Dikecam Badan Semakin Berisi






Sejak kebelakangan ini, pasti ramai yang menyedari beberapa persembahan penyanyi popular, Hael Husaini,seperti kurang memuaskan dan mengundang pelbagai kritikan terhadap kemampuan nyanyiannya.

Paling terbaharu sewaktu dia melakukan persembahan malam Anugerah MeleTOP Era pada bulan lalu apabila nyanyiannya bersama Misha Omar kedengaran sedikit sumbang dan mengecewakan.

Ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama peminat baru-baru ini, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi mengakui insiden berkenaan dan memberitahu dia sebenarnya sudah dua bulan menderita sakit.

“Memang prestasi kerja saya sejak kebelakangan ini kurang memuaskan kerana ekoran masalah kesihatan yang agak serius.

“Saya malas hendak memberi alasan itu kerana kadangkala orang di luar sana tidak akan faham bahawa artis juga manusia biasa yang boleh jatuh sakit,” jelasnya lagi.

Rahsia

Apabila ditanya tentang penyakit yang menyerangnya, lelaki berusia 31 tahun itu hanya tersenyum dan menggeleng kepala sebagai isyarat tidak mahu memperincikan perkara tersebut atas alasan tersendiri.

Namun begitu, kesan pengambilan ubat yang mengandungi steroid ternyata memberi impak jelas terhadap perubahan fizikal pelantun lagu Jampi itu apabila dia mengalami penambahan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) iaitu daripada 53kg menjadi 63kg dalam tempoh hampir tiga minggu rawatan.

Lebih teruk lagi anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan itu turut menerima kecaman netizen di ruangan komen Instagram yang mengutuk pertambahan berat badannya dan dikatakan semakin berisi.

“Kalau ada 300 komen, 100 komen itu semua tentang body shaming. Mereka mengatakan saya semakin gemuk, pipi sudah bulat dan macam-macam lagi tetapi saya hanya berdiam.

“Tidak mengapalah, mereka mungkin tidak tahu saya sedang sakit dan ubat yang saya ambil mengandungi steroid untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan membuatkan badan saya naik,” tuturnya lagi.

Memandangkan keadaan kesihatannya kini semakin pulih, Hael juga tidak melihat keperluan untuk dirinya berehat panjang dan mahu terus bekerja seperti biasa kerana enggan menyusahkan orang lain dengan masalahnya.

“Jadual saya memang padat jadi walaupun sakit, selagi saya boleh bertahan, saya akan cuba selesaikan dahulu tanggungjawab yang sudah diamanahkan,” tegasnya lagi.

Lagu raya

Sementara itu, dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu baik, Hael sempat juga menyiapkan sebuah lagu raya bertajuk Bersyukur Seadanya yang dijangka dilancarkan pada 24 Mei ini.

Mengambil langkah berani mencipta lagu raya hasil kerjasama dengan Ezra Kong, Hael tidak menafikan merasa berdebar menanti reaksi peminat kerana sedar lagu raya era baharu sukar diterima masyarakat.

“Saya beranikan diri mencipta lagu Bersyukur Seadanya kerana saya berasa tidak lengkap profil seni seorang penyanyi itu jika tidak memiliki sekurang-kurangnya sebuah lagu raya.

“Buat masa sekarang, saya mahu lihat dahulu penerimaan peminat. Jika baik, mungkin saya akan pertimbangkan menghasilkan lagu raya setiap dua tahun, siapa tahu,” guraunya lagi.

Tambahnya lagi, klip video Bersyukur Seadanya juga tidak seperti lagu-lagu raya tradisional lain yang menampakkan suasana kampung atau sesi bermaafan sebaliknya hanya dirakam dalam studio kosong dengan prop yang sangat minimal.

“Saya mahu buat kelainan seiring dengan peredaran zaman tetapi pada masa sama tidak terlalu keterlaluan. Apa yang penting muzik video itu boleh menghiburkan semua orang,” jelasnya menutup bicara.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/hael-husaini-dikecam-badan-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hael Husaini Bersyukur Seadanya Chord

Hael Husaini Bersyukur Seadanya Chord

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 880 hits
Am Dm E AmAmwahai semua insanDmtakbir berkumandang akhir ramdhanEm Gsiap sedia pulang Dm Amke desa menyambut rayaAmwahai semua insanAm Dmberjabat tangan bersama semuaEm Gpinta ampun maaf pada Dm Em G mmereka jernihkan sengketaG Chati gembir...
Semakin Cepat Berjalan Bisa Buat Semakin Panjang Usia Seseorang

Semakin Cepat Berjalan Bisa Buat Semakin Panjang Usia Seseorang

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 179 hits
Sebuah penelitian menyebut bahwa orang yang berjalan lebih cepat memiliki usia lebih panjang dibanding mereka yang berjalan lambat Hasil temuan ini tentu menarik karena menemukan hubungan antara kecepatan berjalan dengan usia
Dap Semakin Berani Cabar Hak Orang Melayu

Dap Semakin Berani Cabar Hak Orang Melayu

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 488 hits
Dr Asma RazalliKUALA LUMPUR Parti Bumiputera Perkasa Malaysia dapat menghidu niat DAP tanpa segan silu menyatakan hak istimewa Bumiputera dan orang Melayu tidak lagi relevan Parti chauvinis itu semakin berani mencabar orang Melayu sejak gab...
Kebiasaan Balas Dendam Saat Buka Puasa Malah Bisa Buat Tubuh Semakin Gemuk

Kebiasaan Balas Dendam Saat Buka Puasa Malah Bisa Buat Tubuh Semakin Gemuk

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 270 hits
Triyani Kresnawan Dietisien Instalasi Gizi Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo mengatakan bahwa saat buka puasa seringkali kita dihidangkan dengan banyak makanan yang membuat seseorang lapar mata Ini membuat orang rentan makan berlebihan
Ekonomi As Secara Berterusan Perlahan Permintaan Untuk Yen Semakin Meningkat Kanada Berdagang Dalam Julat

Ekonomi As Secara Berterusan Perlahan Permintaan Untuk Yen Semakin Meningkat Kanada Berdagang Dalam Julat

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 308 hits
Perang perdagangan antara Amerika Syarikat China masih menjadi pemacu utama di pasaran kewangan Ketiadaan sebarang langkah baru di kedua dua pihak membolehkan pasaran pulih sedikit semalam S P 500 menambah sebanyak 0 58 Niaga hadapan emas k...
Semakin Terlihat Mewah Dengan Toyota Hybrid Indonesia

Semakin Terlihat Mewah Dengan Toyota Hybrid Indonesia

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 317 hits
Ketika terjadi emisi pembuangan gas dan bahan bakar yang terus naik akan semakin meningkatnya resiko pemanasan global Jika ada mobil yang mampu menjawab masalah ini pastinya menjadi idaman banyak kalangan Nah Toyota Hybrid Indonesia menjawa...
16 2 Peratus Responden Di Kl Beritahu Keadaan Kewangan Mereka Semakin Merosot

16 2 Peratus Responden Di Kl Beritahu Keadaan Kewangan Mereka Semakin Merosot

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 315 hits
Pemandangan sebahagian bandar raya Kuala Lumpur di bulan Ramadan KUALA LUMPUR Satu kaji selidik yang dijalankan UCSI Poll Research Centre mengenai indeks sentimen pengguna baru baru ini mendapati 16 2 peratus responden memberitahu bahawa as...
Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story

Benedict Tandang Mansang Rerigang Pulai Lelingai Chord

20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

3h2m Park Avenue Sungai Petani

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Unifi Dah Boleh Guna

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Tips Bawa Power Bank Dalam Flight Untuk Korang Yang Nak Travel N

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu