Hadith Tentang Tulang Sulbi


HADITH TENTANG TULANG SULBI (IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-145)

 
Soalan: Apakah sahih hadith berkaitan kesemua badan anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berdasarkan soalan di atas, sudi bagi kami untuk memetik beberapa ayat al-Qur’an berkaitan penciptaan manusia. Antaranya:
Firman Allah SWT: لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik ciptaan (rupa)”. [al-Tin:4] 
Melihat pada ayat ini, kita ketahui bahawa Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan serta Allah SWT menjadikan manusia ini sebagai salah satu tanda-Nya yang agung. Selain itu juga, ia juga menunjukkan akan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT dalam mencipta sesuatu yang Dia kehendaki. Di dalam ayat yang lain:
Firman Allah SWT:فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ مِمَّ خُلِقَ
Maksudnya: “(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan”. [al-Thoriq:5]
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT memerintahkan kita agar sentiasa berfikir dan melihat ciptaan-ciptaan-Nya dan ini adalah yang difahami oleh para mufassir.
Hadith-Hadith Berkaitan Tulang Sulbi
Di sini kami datangkan beberapa buah hadith sahih berkaitan persoalan di atas:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:لَيْسَ مِنَ الإِنْسَانِ شَيْءٌ إِلَّا يَبْلَى، إِلَّا عَظْمًا وَاحِدًا وَهُوَ عَجْبُ الذَّنَبِ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الخَلْقُ يَوْمَ القِيَامَةِ
Maksudnya: “Tidak ada pada manusia itu melainkan kesemuanya akan hancur melainkan satu tulang yang dinamakan ‘Ajb al-Zanab dan daripadanya itu akan dibangkitkan manusia pada hari Kiamat”. [Riwayat al-Bukhari (4935)] 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: كُلُّ ابْنِ آدَمَ يَأْكُلُهُ التُّرَابُ، إِلَّا عَجْبَ الذَّنَبِ مِنْهُ، خُلِقَ وَفِيهِ يُرَكَّبُ
Maksudnya: “Setiap anak Adam akan dimakan oleh tanah kecuali ‘Ajb al-Zanab daripadanya diciptakan serta padanya juga akan dibangkitkan”. [Riwayat Muslim (2955)]
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِنَّ فِي الْإِنْسَانِ عَظْمًا لَا تَأْكُلُهُ الْأَرْضُ أَبَدًا، فِيهِ يُرَكَّبُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالُوا أَيُّ عَظْمٍ هُوَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ: عَجْبُ الذَّنَبِ
Maksudnya: “Sesungguhnya pada manusia itu terdapat satu tulang yang tidak akan dimakan oleh bumi selama-lamanya. Dengannya akan dibangkitkan manusia pada hari Kiamat. Mereka bertanya: Tulang apakah itu wahai Rasulullah SAW? Nabi SAW bersabda: ‘Ajb al-Zanab”. [Riwayat Muslim (2955)]
Definisi ‘Ajb al-Zanab (عَجْبُ الذَّنَبِ)
Menurut lisan al-Arab, ‘Ajb al-Zanab bermaksud: 
الْعَظْمِ الَّذِي فِي أَسفل الصُّلْب عِنْدَ العَجُز
Maksudnya: “Tulang yang berada di hujung sulbi pada tulang tongkeng ”.  [Lihat: Lisan al-Arab, 582/1]
Imam al-Nawawi mengatakan ‘Ajb al-Zanab adalah tulang yang halus terletak di hujung sulbi serta ia juga merupakan hujung tongkeng dan dikatakan juga bahawa ia adalah tulang ekor. Tulang ini merupakan ciptaan Allah SWT yang pertama bagi manusia dan ia akan kekal sehingga dikembalikan ciptaan manusia (pada hari Akhirat).  [Lihat: al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 92/18]
Fiqh al-Hadith
Daripada hadith ini, kita dapat merumuskan beberapa perkara:
Pertama: Proses ciptaan manusia bermula daripada ‘Ajb al-Zanab.Kedua: ‘Ajb al-Zanab tidak akan musnah dan tidak akan di makan oleh bumi.Ketiga: Daripada ‘Ajb al-Zanab akan dibangkitkan manusia pada hari Akhirat kelak.Penutup
Kesimpulannya, hadith berkaitan sejenis tulang yang tidak akan hancur adalah sahih kerana ketiga riwayat tersebut datang dari dua buah kitab yang menjadi ijma’ umat Islam akan kesahihannya dan kita wajib beriman dengan perkara tersebut. Akhirnya, semoga Allah SWT membangkitkan kita di hari Akhirat kelak dalam kalangan orang yang soleh dan beriman. Amin.
Wallahua’lam
Sumber : Muftiwp.gov.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2020/10/hadith-tentang-tulang-sulbi-irsyad-al.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keajaiban Penciptaan Tulang Ekor Tulang Sulbi Manusia

Keajaiban Penciptaan Tulang Ekor Tulang Sulbi Manusia

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 1413 hits
Keajaiban Penciptaan Tulang Ekor Tulang Sulbi Manusia Pagi Jumaat yang barakah bangun pagi untuk buat masak bihun goreng udang pagi ni sebagai sarapan pagi Seperti biasa MF kalau memasak dan buat kerja dapur suka ada halwa telinga Biasa buk...
Fakta Tentang Covid Yang Jarang Diceritakan

Fakta Tentang Covid Yang Jarang Diceritakan

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 257 hits
1 89 3 kes positif pernah mengunjungi pusat beli belah dan 94 9 pernah mengunjungi kedai makan Siasatan menunjukkan tiada penularan wabak 2 Ini bermakna bukan semua tempat yang dikunjungi oleh kes positif akan menyebarkan penyakit tersebut ...
Majoriti Netizen Negara Arab Tentang Perjanjian Normalisasi

Majoriti Netizen Negara Arab Tentang Perjanjian Normalisasi

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 276 hits
TEL AVIV 24 Safar 1442H Isnin Sebilangan besar hantaran media sosial di negara Arab mengenai perjanjian normalisasi antara negara haram Israel Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain adalah negatif kata laporan yang diterbitkan Kementerian Hal Ehw...
Gara Gara Berbasikal Bagio Patah Tulang Bahu

Gara Gara Berbasikal Bagio Patah Tulang Bahu

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 355 hits
Saya sebenarnya mengalami titik buta Ketika nak keluar dari kawasan lorong perumahan dan tiba di simpang tiga Desa Pandan saya tak perasan kehadiran kereta dan kami berlanggar Sukar untuk kata sama ada kami sama sama laju tapi impaknya saya...
Generasi Milenial Diharapkan Jadi Tulang Punggung Inklusi Keuangan

Generasi Milenial Diharapkan Jadi Tulang Punggung Inklusi Keuangan

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 205 hits
Management Consultant at Boston Consulting Group Evita Martha Dewi mendorong generasi milenial atau pemuda di Tanah Air terlibat aktif melakukan investasi guna meningkatkan inklusi keuangan Apalagi generasi milenial sendiri sangat mendomina...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam