Hadith Penyakit Bersama Penawar



Soalan:
Benarkah terdapat hadith bahawa Allah SWT tidak menurunkan penyakit melainkan turun bersamanya penawar?

Jawapan:
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT tidak akan terlepas daripada terkena ujian. Ada di antara mereka yang diuji dengan kesakitan, kesusahan hidup, kematian dan sebagainya berdasarkan kepada tahap mereka. Antara tujuan utama Allah SWT menimpakan ujian kepada hamba-Nya adalah untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang baik amalannya. Firman Allah SWT:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلً
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” [Al-Mulk: 2]

Merujuk kepada soalan di atas, memang terdapat hadith yang menyatakan bahawa Allah SWT akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan. Antara hadith tersebut adalah:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
“Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا
“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.” [Riwayat Ahmad (12596), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]

Melihat kepada keseluruhan lafaz-lafaz hadith yang menceritakan berkaitan hal ini, diketahui bahawa yang dimaksudkan dengan diturunkan di dalam hadith ini ialah diturunkan ilmu berkaitan penyakit tersebut melalui Jibril kepada Nabi SAW atau ia difahami dengan diturunkan kemampuan. Hadith-hadith ini juga menunjukkan keterikatan dalam perubatan ini hanya dengan perkara yang halal sahaja. Maka dengan itu, tidak dibenarkan bagi seseorang itu untuk berubat dengan perkara-perkara yang haram sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani. [Lihat: Fath al-Bari, 10/135]

Di samping itu juga, di antara dalil tidak dibenarkan untuk kita berubat dengan perkara yang haram atau kotor adalah:

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلَا تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ
“Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram.” [Riwayat Abu Daud (3874), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]

Manakala di dalam sebuah hadith yang lain pula, dari Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الدَّوَاءِ الْخَبِيثِ
“Nabi melarang daripada berubat dengan ubat yang kotor.” [Riwayat Ahmad (8048), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah hasan]

Kedua hadith di atas secara jelas melarang daripada menggunakan benda-benda yang najis dan haram bagi tujuan perubatan. Walau bagaimanapun di dalam kitab al-Majmu’ dinyatakan bahawa larangan tersebut (berubat dengan yang haram dan najis) ialah jika tidak ada keperluan untuk menggunakan ubat-ubatan yang haram dan najis kerana masih terdapat ubat yang suci. [Lihat: al-Majmu’, 9/58]

Penutup

Kesimpulannya, memang terdapat hadith yang sahih menyatakan bahawa setiap penyakit yang diturunkan oleh Allah SWT, pasti akan diturunkan penawar bersama dengannya. Di samping itu, kita dituntut untuk berubat dengan perkara-perkara atau benda-benda yang halal melainkan ada keperluan dalam hal tersebut. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kesihatan yang baik agar dengan itu kita dapat menunaikan ketaatan kepada Allah SWT dengan sempurna. Amin.

Wallahua’alam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/hadith-penyakit-bersama-penawar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemerintah Masih Pastikan Daging Sapi Asal Argentina Bebas Penyakit

Pemerintah Masih Pastikan Daging Sapi Asal Argentina Bebas Penyakit

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 192 hits
Duta Besar Indonesia untuk Argentina Niniek Kun Naryatie mengatakan pemerintah saat ini masih harus memastikan bahwa daging impor tersebut bebas penyakit
Perkampungan Kuala Koh Kembali Ceria Selepas Isu Penyakit Terjawab

Perkampungan Kuala Koh Kembali Ceria Selepas Isu Penyakit Terjawab

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 267 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mengenal Vitiligo Salah Satu Penyakit Kulit Tertua Di Dunia

Mengenal Vitiligo Salah Satu Penyakit Kulit Tertua Di Dunia

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 283 hits
Sebagai sebuah penyakit kulit vitiligo ternyata tak hanya muncul pada beberapa waktu terakhir saja Menurut catatan sejarah penyakit ini sudah berusia ribuan tahun dan disebut sebagai penyakit kulit tertua selain lepra
Data Dinkes Jatim Jumlah Penderita Penyakit Hepatitis A Di Pacitan Capai 957 Orang

Data Dinkes Jatim Jumlah Penderita Penyakit Hepatitis A Di Pacitan Capai 957 Orang

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 152 hits
Jumlah penderita penyakit hepatitis A di Kabupaten Pacitan terus meningkat Data Dinas kesehatan Jawa Timur menunjukkan jumlah penderita penyakit menular tersebut hampir menyentuh angka seribu orang Tepatnya 957 orang penderita
Penyakit Ain Dan Rawatannya

Penyakit Ain Dan Rawatannya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 362 hits
PENYAKIT AIN DAN RAWATANNYASoalanAssalamualaikum SS Dato Seri Mufti Saya ingin bertanya tentang penyakit ain Adakah ia boleh terkena pada manusia Bagaimana cara nak merawat dan apa kaedah perlindungan daripada terkena penyakit ini Mohon pen...
14 Individu Disyaki Hidap Penyakit Chikungunya Di Alor Setar

14 Individu Disyaki Hidap Penyakit Chikungunya Di Alor Setar

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 368 hits
ALOR SETAR Seramai 14 individu yang tinggal di deretan rumah kedai berhampiran City Plaza di sini disyaki mengidap penyakit chikungunya selepas mempunyai tanda tanda demam sakit sendi yang teruk dan ruam Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Ke...
Betul Ke Nila Penawar Kepada Beguk Baca Penjelasan Doktor Ini

Betul Ke Nila Penawar Kepada Beguk Baca Penjelasan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 659 hits
Umum sedia mengetahui bahawa masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan adat petua pantang larang dan kepercayaan yang di amalkan secara turun temurun Khususnya dari aspek kehidupan seharian segala kepercayaan ini dimanifestasikan melalui te...
Eksklusif Cara Mencegah Penyakit Demam Campak

Eksklusif Cara Mencegah Penyakit Demam Campak

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 231 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Ratusan Santri Di Jakarta Selatan Ikuti Penyuluhan Pengobatan Penyakit Kulit

Ratusan Santri Di Jakarta Selatan Ikuti Penyuluhan Pengobatan Penyakit Kulit

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 218 hits
183 santri di Pondok Pesantren Darul Ishlah Warung Buncit Jakarta Selatan mengikuti penyuluhan kesehatan untuk penanganan penyakit kulit Persoalan ini menjadi hal yang biasa di pesantren Namun jika tidak diberantas akan mengganggu para sant...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu