Hadith Pengkhianatan Hawa



SOALAN:
Apakah status hadith ini? Rasulullah SAW bersabda:

لَوْلاَ حَوَّاءُ لَمْ تَخُنَّ أُنْثَى زَوْجَهَا
“Kalaulah bukan kerana Hawa, maka para wanita tidak akan mengkhianati suaminya.”

JAWAPAN:
Berdasarkan soalan di atas, hadith tersebut merupakan hadith yang sahih kerana ia diriwayatkan oleh syaikhain iaitu Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam sahih mereka:

1. Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَلَوْلاَ حَوَّاءُ لَمْ تَخُنَّ أُنْثَى زَوْجَهَا
“Kalaulah bukan kerana Hawa, maka para wanita tidak akan mengkhianati suaminya.” [Riwayat al-Bukhari (3330)]

2. Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَوْلَا حَوَّاءُ، لَمْ تَخُنْ أُنْثَى زَوْجَهَا الدَّهْرَ
“Kalaulah bukan kerana Hawa, maka para wanita tidak akan sesekali mengkhianati suaminya.” [Riwayat Muslim (1470)]

Imam Badr al-Din al-‘Aini menyatakan di dalam kitabnya berkaitan pengkhianatan Hawa itu adalah apabila beliau memujuk Adam AS untuk memakan buah di salah satu pohon (di dalam Syurga). [Lihat: Umdah al-Qari, 15/211]

Adapun al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan maksud pengkhianatan di dalam hadith ini ialah dia (Hawa) telah menerima pujukan Iblis lalu dia memujuk Adam AS pula. Oleh sebab itu, Hawa merupakan ibu kepada sekalian wanita dan paling serupa dengan Hawa dari segi melahirkan anak, maka hampir tidak seorang wanita pun yang terselamat dari menderhakai kepada suaminya sama ada dengan ucapan atau perbuatan. Tambahan pula, bukanlah maksud khianat di sini (bahawa Hawa) telah melakukan satu dosa yang besar, jauh sekali tidak. Akan tetapi, ia adalah apabila Hawa menurut nafsu untuk memakan daripada pohon tersebut dan memujuk pula Adam AS itu yang dikira telah mengkhianatinya (Adam AS). [Lihat: Fath al-Bari, 6/368]

Di samping itu juga, di dalam al-Quran ada disebutkan kisah ini. Firman Allah SWT:

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
“Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup daripada (pandangan) mereka, sambil ia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi Malaikat atau menjadi daripada orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).” (Al-A’raf: 20)

Dalam memahami isu ini, hadith tersebut bukanlah menunjukkan bahawa Hawa itu seorang isteri yang tidak baik kerana telah mengkhianati Adam AS, bahkan maksud pengkhianatan di sini adalah disebabkan Hawa tidak menjalankan tanggungjawabnya dalam menasihati Adam AS agar tidak mendekati atau memakan daripada pohon tersebut. Hal ini telah disebutkan oleh:

Imam Ibn al-Jauzi (597H) berkata di dalam kitabnya:

وَأما خِيَانَة حَوَّاء زَوجهَا فَإِنَّهَا كَانَت فِي تَرْكِ النَّصِيحَة فِي أَمْرِ الشَّجَرَة لَا فِي غير ذَلِك
“Adapun pengkhianatan Hawa kepada suaminya adalah disebabkan dia (Hawa) telah meninggalkan nasihat berkaitan pohon tersebut dan tidak perkara yang lain.” [Lihat: Kasyf al-Musykil, 3/504]

Begitu juga, Imam Ibn al-Athir (606H) berkata di dalam kitabnya:

خِيَانَة حَوَّاء آدَم: هي تركُ النَّصِيحَة له فِي أَمْرِ الشَّجَرَة لَا فِي غير ذَلِك
“Pengkhianatan Hawa kepada Adam adalah disebabkan dia (Hawa) telah meninggalkan nasihat kepadanya (Adam AS) yang melibatkan pohon tersebut dan tidak pada perkara yang lain.” [Lihat: Jami’ al-Usul, 10/325]

Tambahan pula, hadith ini boleh difahami juga dengan hadith berkaitan penciptaan Hawa daripada tulang rusuk Adam AS yang bengkok. Imam al-Nawawi berkata ketika mensyarahkan hadith berkaitan penciptaan Hawa adalah dianjurkan (bagi kaum lelaki atau suami) agar berkelakuan baik dan lembut dengan wanita serta sabar di atas sikapnya yang bengkok dan juga kelemahan akalnya. Selain itu, dikeji mentalaknya tanpa sebab dan dalam keadaan dia (suami) tidak ingin membetulkannya (isteri). [Lihat: al-Minhaj, 10:57]

Di samping itu juga, perkara ini juga boleh dijawab dengan firman Allah SWT yang membuktikan bahawa Syaitan bukan sahaja memujuk Hawa tetapi juga Adam AS. Untuk kesalahan itu bukanlah berpunca daripada Hawa semata-mata tetapi juga daripada Adam AS.

Firman Allah SWT:

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَ
“Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya dengan berkata: Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kamu akan hidup selama-lamanya dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?” (Taha: 20)

Penutup

Kesimpulannya, hadith di atas adalah sahih dan hadith di atas bukanlah menyatakan bahawa Hawa telah mengkhianati Adam AS tetapi ia adalah disebabkan Hawa tidak menasihati Adam AS dalam perkara tersebut apabila digoda oleh Syaitan. Di samping itu juga, ini menunjukkan kepentingan peranan suami atau isteri dalam menjalani kehidupan.

Semoga dengan pencerahan yang ringkas ini dapat memberi manfaat dan memberi kita kefahaman di dalam agama serta menganugerahkan kepada kita isteri-isteri yang solehah dan keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hadith-pengkhianatan-hawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Satu Pengkhianatan Terhadap Pakatan Harapan

Anwar Satu Pengkhianatan Terhadap Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 232 hits
SEGAMBUT Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terkejut dengan perkembangan yang berlaku dalam negara dan percubaan pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Harapan Menurutnya menerusi maklumat diterima beliau men
Pengkhianatan Bersatu Segelintir Ahli Pkr

Pengkhianatan Bersatu Segelintir Ahli Pkr

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 243 hits
Ilah Hafiz Aziz dan Luqman Arif Abdul Karimbhnews bh com myANWAR Ibrahim FOTO ReutersPRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat percubaan pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Harapan Kata beliau percubaan itu membabitkan ...
Adakah Anda Kerap Servis Pendingin Hawa Kereta Mungkin Anda Perlu Tahu Hal Ini

Adakah Anda Kerap Servis Pendingin Hawa Kereta Mungkin Anda Perlu Tahu Hal Ini

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 338 hits
Adakah benar jika kita meletakkan kelajuan penyaman udara pada tahap minimum akan merosakkannya berbanding menggunakan secara maksimum ada juga yang faham jika letak pada tahap minimum habuk dari luar banyak masuk ke dalam kenderaan Andaian...
Doakan Baby Hawa Bayi Yatt Hamzah Berusia 50 Hari Terlepas Jatuh Ke Lantai

Doakan Baby Hawa Bayi Yatt Hamzah Berusia 50 Hari Terlepas Jatuh Ke Lantai

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 295 hits
Pelakon Yatt Hamzah berdepan detik cemas selepas bayinya yang baru berusia 50 hari terlepas jatuh ke lantai selepas terlepas daripada dukungan kakaknya Yatt berkata Suci Hawa Zulaikha yang juga anak keempat itu dalam keadaan stabil selepas ...
Bukit Cinta Adam Dan Hawa

Bukit Cinta Adam Dan Hawa

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 389 hits
Bukit Cinta Adam HawaAslamualaikum salam sejahtera Gambar gambar yang anda nampak di ruang catatan blog ini ialah suasana di Bukit Jabbal Rahmah di mana gambar ini diambil menggunakan camera phone Samsung Etuza Melihat suasana di gambar ter...
Satu Pengkhianatan Kerana Sudah Janji Anwar Ibrahim

Satu Pengkhianatan Kerana Sudah Janji Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 313 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan berlakunya pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang mungkin menyebabkan berlakunya perubahan kerajaan dalam masa terdekat Menerusi tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebook Parti Ke...
Anwar Sahkan Berlaku Pengkhianatan Akan Menghadap Agong

Anwar Sahkan Berlaku Pengkhianatan Akan Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 207 hits
Presiden PKR yang memeningkan penyokongnya sebelum ini melalui ketaat setiaanya kepada janji penyerahan kuasa dalam Pakatan Harapan semalam mengesahkan telah dikhianati oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan kawan kawan dalam Bersatu Beli...
Pengundi Kecewa Pengkhianatan Azmin Zuraida

Pengundi Kecewa Pengkhianatan Azmin Zuraida

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 167 hits
Pengkhianatan dua gergasi PKR di Ampang dan Gombak Selangor mengecewakan pengundi di kawasan berkenaan Mereka yang menyokong Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin pada pilihan raya umum lalu kecewa dan marah dengan pembelotan mereka kelu...
Maksud Hadith Kelebihan Orang Parsi

Maksud Hadith Kelebihan Orang Parsi

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 211 hits
SOALAN Apakah status hadith ini Daripada Abu Hurairah R A berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda Sekiranya ilmu berada di bintang al Thurayya maka akan dicapai oleh manusia daripada anak anak orang Parsi JAWAPAN Berdasarkan soalan di atas ...
E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Kidzania Goodday Charge Smoothie Gym Kanak Kanak Pertama Di Malaysia



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Punca Otot Kejang

Aktiviti Majlis Forum Dan Pelancaran Buku Halatuju Nasionalis Ppim 18 05 2024

Status Hartanah Hakmilik Sementera Kekal Freehold Leasehold

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pantangnya Dicampur Belacan