Pengundi Kecewa Pengkhianatan Azmin Zuraida



Pengkhianatan dua gergasi PKR di Ampang dan Gombak, Selangor mengecewakan pengundi di kawasan berkenaan.
Mereka yang menyokong Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin pada pilihan raya umum (PRU) lalu, kecewa dan marah dengan pembelotan mereka keluar parti hingga menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru berusia 22 bulan.
The Malaysian Insight memetik mereka yang mengakui rasa dikhianati dengan tindakan dua ahli Parlimen itu.
Mereka berkata kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang anti lompat parti untuk menghentikan pembelotan seperti itu berlaku lagi pada masa depan supaya mandat yang diberikan rakyat pada PRU dapat dilindungi.
“Saya undi Zuraida dengan harapan rasuah dapat diakhiri, tetapi sekarang dia lompat kapal dan bekerjasama dengan ahli politik rasuah itu.
“Saya mengundi selepas lima jam menunggu. Saya rasa usaha saya itu membazir kerana orang ini lompat parti,” kata pesara kerajaan, Hamdan Wahid, 65 dipetik TMI.
Hamdan berkata beliau kecewa dengan pengkhianatan Zuraida.
Beliau mencadangkan undang-undang dikuatkuasakan untuk mengelak ahli Parlimen lompat parti, menambah jika ahli Parlimen dibenarkan lompat parti sekalipun, kerusi itu sepatutnya kekal milik parti yang memenangi kawasan itu.
“Tidak perlu habiskan duit adakan pilihan raya lagi. Jika ahli Parlimen tukar parti, maka hanya orang itu yang pergi. Kerusi itu sepatutnya diberikan kepada orang lain dalam parti yang menang kerusi berkenaan.
“Kami undi parti, bukan individu,” kata Hamdan.
Seorang lagi pengundi Ampang, hanya mahu dikenali sebagai Raymond, berkata ahli politik lebih fokus pada agenda sendiri, berbanding tentang orang ramai atau negara.
Katanya, krisis politik sepanjang minggu lalu menunjukkan betapa ahli politik mementingkan diri sendiri dan menyalahgunakan kepercayaan rakyat.
“Minggu lalu, kita dapat lihat perangai sebenar ahli politik. Mereka hanya pentingkan hidup mereka dan pastikan diri sendiri selamat.
“Tidak kisahlah jika itu bermakna mereka perlu bekerja dengan musuh. Di hujungnya, rakyat yang diperbodohkan,” katanya.
Fadzil Farid turut berkongsi sentimen sama dengan mendakwa apa yang dilakukan oleh Zuraida, sesuatu yang tidak boleh diterima.
Katanya, daripada menjadi sebahagian pasukan yang membentuk kerajaan pintu belakang, Zuraida sepatutnya meletak jawatan dengan bermaruah.
“Ia tidak adil. Ia pengkhianatan. Letak jawatan dan biar rakyat memilih ahli Parlimen yang mereka hendak. Itu baru betul,” katanya.
Di sebalik itu, Fadzil percaya dengan kerajaan baharu, negara ini mempunyai prospek lebih baik untuk berkembang secara ekonomi, dan Bumiputera akan mendapat prospek lebih baik.
“Dua tahun lalu, tidak ada perkembangan besar dalam ekonomi. Mereka janji bulan dan bintang dalam manifesto tetapi tidak ada apa yang dilaksanakan dan dicapai.
“Namun, dengan kerajaan baharu ini, saya rasa ada sinar harapan. Bumiputera juga akan dapat peluang. Saya harap perdana menteri baharu ada idea bagus untuk menghidupkan semula ekonomi, katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26624

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Ali Zuraida Dipecat Dari Pkr Serta Merta

Azmin Ali Zuraida Dipecat Dari Pkr Serta Merta

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 485 hits
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dipecat dari parti itu berkuat kuasa serta merta Loading Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan perkara itu selepas mesyu...
Source Azmin Zuraida To Lead Pkr Exodus If There Are Enough Mps To Form New Govt With Bersatu And Opposition

Source Azmin Zuraida To Lead Pkr Exodus If There Are Enough Mps To Form New Govt With Bersatu And Opposition

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 572 hits
PKR deputy president Datuk Seri Azmin Ali and the party s vice president Zuraida Kamaruddin are purportedly set to lead an exodus of MPs and other leaders from the party today A source who is at the Sheraton Petaling Jaya Hotel where the ka...
Azmin Zuraida Dan Geng Keluar Pkr Dikatakan Akan Sertai Bersatu

Azmin Zuraida Dan Geng Keluar Pkr Dikatakan Akan Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 517 hits
KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presidennya Zuraida Kamaruddin menyatakan hasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Selain itu sembilan lagi Ahli Parlimen PKR dari kumpulan Mohamed ...
Azmin Zuraida Keluar Pkr Jika Cukup Bentuk Kerajaan Baru Dengan Ppbm Pembangkang

Azmin Zuraida Keluar Pkr Jika Cukup Bentuk Kerajaan Baru Dengan Ppbm Pembangkang

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 916 hits
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan naib presiden Zuraida Kamaruddin dijangka mengetuai perpindahan keluar beramai ramai ahli parlimen dan beberapa pemimpin parti hari ini Sumber yang berada di Hotel Sheraton Petaling Jay...
Pkr Pecat Azmin Zuraida

Pkr Pecat Azmin Zuraida

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 398 hits
PETALING JAYA 30 Jamadilakhir 1441H Isnin Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memecat Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dipecat sebagai anggota parti berkuat kuasa serta merta Keputusan it...
Azmin Zuraida Sacked From Pkr

Azmin Zuraida Sacked From Pkr

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 565 hits
If the turmoil surrounding the country s political arena was at boiling point yesterday the temperature is rising even more today with rumours that the Prime Minister has resigned While the New Straits Times is working to verify this it is ...
Dr Mahathir Resigned As Prime Minister Azmin And Zuraida Sacks From Pkr

Dr Mahathir Resigned As Prime Minister Azmin And Zuraida Sacks From Pkr

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 408 hits
Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad was reported to have just handed in his resignation letter to His Majesty Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah The resignation is believed to be related to the political upheaval in P...
Tun M Letak Jawatan Azmin Zuraida Dipecat

Tun M Letak Jawatan Azmin Zuraida Dipecat

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 558 hits
SAH Tun M Letak Jawatan DR MAHATHIR Mohamad telah menghantar surat perletakan jawatannya sebagai perdana menteri kepada Yang DiPertuan Agong hari ini beberapa jam selepas spekulasi hujung minggu bahawa kerajaan baru akan menggantikan Pakata...
Azmin Zuraida Syukur Kemelut Selesai

Azmin Zuraida Syukur Kemelut Selesai

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 396 hits
Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan syukur kemelut politik negara berakhir dengan pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri ke 8 Ditemui media di pekarangan kediaman Muhyiddin di sini bekas Timbalan...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh