Hadiahkan Mak Telefon Pintar Redmi Terbaru


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sebelum ni aku ada beli telefon pintar jenama realme iaitu realme 5i untuk aku gunakan sendiri, dan telefon pintar yang sebelumnya aku beri pada ayah aku. Lepas tu, aku bercadang nak hadiahkan pula telefon pintar baru untuk mak aku

Telefon yang digunakan oleh mak aku sebelum ini ada banyak masalah. Pertamanya adalah bateri telefon yang sudah mengembung. Telefon ZTE ni jenis lama, dimana kita boleh buka dibahagian belakangnya. Ya, nak masukkan sim card pun perlu buka bahagian belakang

Bila bateri ada masalah, jadi telefon ni tak mampu nak berfungsi dengan betul, bila nak tengok mesej sekejap-sekejap pun, terus tertutup. Melainkan jika disambungkan pada charger plug atau pada powerbank

Awal bulan 4 yang lalu, aku ada share artikel tentang Mi Fan Festival di Shopee di mana harga-harga telefon pintar yang dijual ketika festival sangat murah dengan hampir 80% daripada harga sebenar

Jadi, tepat pada 7 April 2020, aku membeli telefon pintar Redmi, iaitu jenis Redmi 8A, mempunyai fungsi-fungsi asas yang aku rasa mak aku perlukan untuk urusan harian dan sebagainya. Harga asalnya adalah RM 459.00 manakala harga aku beli adalah pada harga RM 299.00. Sangat murah dan berpatutan


Beli di Shopee, boleh percaya ke? Macam aku ulas sebelum ni dalam artikel Beli Telefon Pintar realme 5i di Shopee , beli apa-apa barang di Shopee aku sangat yakin, yang penting anda kena bijak memilih kedai online tersebut, sama ada preffered shop atau trusted, baca review mereka yang pernah beli dan sebagainya.
Macam yang aku beli ni, disebabkan ia adalah Mi Fan Festival dianjurkan oleh kedai rasmi global Redmi, jadi aku percaya sebab ia adalah kedai rasmi. Tapi kena fahamlah kedai rasmi ini bukan di Malaysia tapi di luar negara.
Bila barang-barang dari luar negara ni, aku tak jangka nak sampai seawal seminggu atau dua minggu, tambah-tambah pula sekarang ni musim COVID-19, jadi aku jangkakan akan sampai lewat.

Kalau tengok pada gambar diatas, boleh lihat berapa lama telefon pintar ni berada di luar negara, daripada 10.4.2020 sehinggalah 22.4.2020. Lebih daripada seminggu, lepas tu nak sampai ke rumah pula mengambil beberapa hari, maklumlah rumah ibubapa aku terletak dibahagian dalam sikit, jauh daripada bandar


Kepada yang berminat nak beli untuk hadiahkan pada keluarga atau sesiapa sahaja, inilah harga buat masa sekarang. Masih ada potongan harga yang banyak jugak. Tapi mungkin ada yang nak spesifikasi lebih bagus dan sebagainya, boleh tengok produk atau telefon lain di kedai yang sama


SPESIFIKASI REDMI 8A 
BODYDimensions : 156.5 x 75.4 x 9.4mm Weight : 188 gBuild : Glass Front (Gorilla Glass 5), Plastic back, plastic frameSIM : Dual SIM (Nano-SIM,dual stand-by)
DISPLAYType : IPS LCD capacitive touchscreen, 16M coloursSize : 6.22 inches, 96.6 cm2Resolution : 720 x 1520 pixels, 19.9 ratio
PLATFORMOS: Android 9.0 (Pie); MIUI 11Chipset : Qualcomm SDM439 Snapdragon 439 (12 nm)CPU : Octa-coreGPU : Adreno 505
MEMORYCard Slot : microSDInternal : 32GB 2 GB RAM
MAIN CAMERASingle : 12MP, f/1.8, (wide)Features : LED flash, HDR, panoramaVideo : 1080p @ 30fps
SELFIE CAMERASingle : 8 MP, f/2.0Features : HDRVideo : 1080p @30fps
BATTERYNon-removable Li-Po 5000 mAH batteryCharging : Fast Charging

Alhamdulillah, 25.4.2020 telefon pintar Redmi 8A selamat mendarat di rumah dengan baik. Walaubagaimanapun tiada sebarang tempered glass atau casing yang disediakn sekali sebagai free gifts. Haha. Nampak gayanya aku kena beli casing dan tempered glass asing di Shopee

Walaupun hadiah ni tak seberapa untuk mak aku, tapi aku harap dengan adanya telefon baru ni, dapatlah mak aku gunakan untuk mencari resipi, melihat berita-berita terbaru, membawang bersama rakan-rakan di group Whatsapp dan sebagainya

Artikel Berkaitan :  [ Beli Telefon Pintar realme 5i di Shopee ][ Tukar LCD Smartphone Huawei Nova Lite ]
Sekian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2020/04/hadiahkan-mak-telefon-pintar-redmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stayathome Pun Boleh Kekal Berhubung Dengan Telefon Pintar Terbaru Huawei Siri P40 Pakar Fotografi Anda

Stayathome Pun Boleh Kekal Berhubung Dengan Telefon Pintar Terbaru Huawei Siri P40 Pakar Fotografi Anda

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 324 hits
Sedar atau tidak sudah lebih sebulan kita sebagai rakyat Malaysia bersatu hati untuk StayAtHome namun jangan sesekali anda sangka yang duduk rumah The post appeared first on
Samsung Mungkin Menggunakan Skrin Oled Keluaran Boe Pada Telefon Pintar Keluaran Mereka

Samsung Mungkin Menggunakan Skrin Oled Keluaran Boe Pada Telefon Pintar Keluaran Mereka

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 232 hits
Samsung Display mendominasi pasaran skrin OLED untuk telefon pintar dengan pegangan pasaran sekitar 80 pada penghujung 2019 Panel mereka sejak dari awal digunakan pada kesemua peranti Samsung berskrin OLED Tetapi menurut laporan dari Displa...
Adik Beradik Kongsi Satu Telefon Pintar Belajar Dalam Talian

Adik Beradik Kongsi Satu Telefon Pintar Belajar Dalam Talian

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 397 hits
Adik beradik kongsi satu telefon pintar belajar dalam talian nbsp Dikemas kini 9 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Apr 202
Hanya Serendah Rm48 Sebulan Anda Boleh Miliki Telefon Pintar Siri Huawei P40 Di Rangkaian Telco Anda

Hanya Serendah Rm48 Sebulan Anda Boleh Miliki Telefon Pintar Siri Huawei P40 Di Rangkaian Telco Anda

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 363 hits
Zaman sekarang untuk miliki telefon pintar idaman semestinya menghabiskan ribuan ringgit dan memerlukan masa yang panjang untuk mengumpul duit Lagi menyedihkan apabila The post appeared first on
Lama Menghadap Komputer Telefon Pintar Boleh Percepat Tua Merosak Kulit Muka

Lama Menghadap Komputer Telefon Pintar Boleh Percepat Tua Merosak Kulit Muka

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 325 hits
Lama menghadap komputer telefon pintar boleh percepat tua merosak kulit mukaCOVID 19 menyebabkan jalan lengang kerana perintah berkurung di rumah walaupun selamat dari panahan cahaya matahari pendedahan kepada cahaya skrin computer and tele...
Idc Pengeluaran Telefon Pintar Menyusut 11 7 Pada Suku Pertama 2020 Akibat Covid 19

Idc Pengeluaran Telefon Pintar Menyusut 11 7 Pada Suku Pertama 2020 Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 344 hits
Seperti yang telah dijangka pengeluaran telefon pintar global mengalami penyusutan disebabkan oleh wabak koronavirus sejak Februari Menurut laporan terkini IDC pengeluaran peranti pada suku pertama 2020 menyusut 11 7 berbanding suku yang sa...
Hukum Memegang Dan Membaca Al Quran Daripada Mushaf Atau Telefon Pintar Ketika Solat

Hukum Memegang Dan Membaca Al Quran Daripada Mushaf Atau Telefon Pintar Ketika Solat

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 795 hits
Situasi imam membaca ayat Al Quran daripada mushaf yang dilihat ketika solat bukan suatu pemandangan yang asing di masjid masjid Biasanya Al Quran akan diletakkan di hadapan imam dengan menggunakan stand yang tingginya separas dengan imam k...
Samsung Dijangka Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Rekaan Kamera Swafoto Pop Naik

Samsung Dijangka Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Rekaan Kamera Swafoto Pop Naik

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 349 hits
Samsung sebelum ini telah hadir dengan Galaxy A80 yang menawarkan bahagian kerangka belakang yang pop naik sepenuhnya Selain daripadanya kini Samsung dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dengan rekaan k...
Lg Velvet Telefon Pintar Akan Datang Lg Tiada Lagi Penjenamaan Abjad Angka

Lg Velvet Telefon Pintar Akan Datang Lg Tiada Lagi Penjenamaan Abjad Angka

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 171 hits
LG sebelum ini telah Berkongsi lanjut mengenainya LG hari ini secara rasminya berkongsi nama untuk telefon pintar akan datang mereka iaitu LG Velvet LG turut mengatakan ini adalah peranti pertama dibawah strategi penjenamaan baru untuk tele...
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

How To Choose A Patent Lawyer In New York For Your Invention

Ai Text Humanizer Bridging The Gap Between Ai And Human Writing

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Khaled Loyal Umno Voter Base Is Shrinking

Perkampungan Sunnah Ke 9 Kangar Perlis