Hukum Memegang Dan Membaca Al Quran Daripada Mushaf Atau Telefon Pintar Ketika Solat


Situasi imam membaca ayat Al-Quran daripada mushaf yang dilihat ketika solat bukan suatu pemandangan yang asing di masjid-masjid. Biasanya Al-Quran akan diletakkan di hadapan imam dengan menggunakan ‘stand’ yang tingginya separas dengan imam ketika berdiri. Ada pula yang memaparkan ayat Al-Quran pada skrin besar supaya lebih mudah dilihat.
Suasana ini biasa dapat kita lihat di masjid-masjid di musim Ramadan kerana Solat Terawih akan dilakukan setiap malam.
Apabila solat berjemaah didirikan, akan ada keperluan untuk para imam membaca surah-surah-surah tambahan dalam solat. Justeru, cara ini dibuat bagi mengelakkan imam daripada terlupa bacaan serta membantu imam mengetuai solat dengan lebih lancar.
Adakah hal ini mempunyai dasarnya?
Solat Dengan Melihat Dan Membaca Daripada Mushaf Al-Quran
Keadaan ini sebenarnya pernah dilalui oleh Saidatina Aisyah pada suatu ketika. Saat itu beliau bersolat diimami seorang hamba miliknya bernama Zakwan yang telah dimerdekakan dan Zakwan ketika itu telah membaca ayat Al-Quran dalam keadaan melihat mushaf ketika solat pada bulan Ramadan.
Imam Nawawi menyebutkan dalam Kitab Majmu’ Syarah Al-Muhazzab di bawah tajuk khusus berkenaan solat dalam keadaan membaca dan melihat Mushaf. Ringkasan keterangan beliau adalah seperti berikut.
“Seseorang yang membaca dan melihat Mushaf ketika dalam solat – maka solatnya tidak terbatal. Bahkan jika dia tidak menghafal Surah Al-Fatihah, maka dia wajib melihat Mushaf. Dia juga boleh membalik-balikkan muka surat yang dibaca dengan syarat tidak melakukan pergerakan yang besar tiga kali berturut-turut.”
Kata beliau lagi: “Dan perkara melihat Al-Quran pada mushaf tidak membatalkan solat ia adalah mazhab kami dan begitu juga mazhab Imam Malik, Imam Abi Yusuf, Imam Muhammad dan Imam Ahmad.”
Imam az-Zuhri Rahimahullah pernah ditanya mengenai lelaki yang membaca al-Quran dengan melihat mushaf di dalam solat, lalu beliau menjawab: “Mereka yang terpilih dan terbaik dari kalangan kami membaca al-Quran dengan melihat mushaf ketika dalam solat di bulan Ramadan” [Rujuk Mathalib Uli an-Nuha Syarh Ghayat al-Muntaha (1/484)]
Walau bagaimanapun, ada juga pendapat daripada mazhab lain yang mengatakan hal tersebut boleh membatalkan solat (pendapat dalam Mazhab Abu Hanifah). Manakala bagi Mazhab Imam Malik pula membezakan hukum: Makruh bagi solat fardhu dan harus bagi solat sunat.
Bagaimana Pula Jika Membaca Ayat Al-Quran Pada Mushaf Quran/Telefon Pintar Yang Dipegang Ketika Solat
Kita sedia maklum bahawa pada Ramadan kali ini, Solat Terawih dilakukan di rumah sahaja. Jadi sudah pasti ada yang menjadi imam bagi seisi keluarga. Masalah yang mungkin timbul adalah imam tidak menghafal ayat-ayat Al-Quran untuk dibaca pada setiap rakaat.
Justeru dalam keadaan ini, imam boleh membaca ayat Al-Quran daripada Mushaf Quran atau telefon pintar yang dipegang ketika solat. Hal ini dibenarkan kerana adanya keperluan iaitu bagi memudahkan dia mengetuai solat dengan lebih baik. Jika tidak ada keperluan maka hukumnya makruh.
Sama halnya bagi makmum, adalah lebih baik untuk memberi fokus mendengar bacaan imam berbanding membaca sendiri daripada mushaf atau telefon pintar.
Hal ini disandarkan kepada pendapat oleh Pihak Mufti Wilayah Persekutuan yang mengatakan bahawa harus hukumnya melihat dan membaca Al-Quran daripada mushaf atau telefon pintar dalam solat fardhu mahupun solat sunat jika ada keperluan. Jika tidak ada keperluan maka hukumnya makruh.
Walau bagaimanapun jika dilihat daripada sisi lain, inilah masa yang paling baik untuk kita mula mendalami Al-Quran serta menghafal serba sedikit surah-surah pendek yang boleh juga dibaca saat solat sendirian. Sungguhpun membaca surah selain Al-Fatihah adalah sunat namun ia dapat menjadikan solat berjemaah itu lebih baik.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Hukum Memegang Dan Membaca Al-Quran Daripada Mushaf Atau Telefon Pintar Ketika Solat appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-memegang-dan-membaca-al-quran-daripada-mushaf-atau-telefon-pintar-ketika-solat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gadis Cantik Ini Meninggal Ketika Baca Al Quran 2 Lagi Adik Beradiknya Meninggal Tengah Solat

Gadis Cantik Ini Meninggal Ketika Baca Al Quran 2 Lagi Adik Beradiknya Meninggal Tengah Solat

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 919 hits
Tanpa ada sebarang penyakit kecuali mengadu sakit kepala sehari sebelumnya kematian seorang gadis cantik Aisyah Bahar tiga hari lalu ketika sedang membaca al Quran selesai solat Subuh membuatkan kisahnya menjadi viral di Indonesia Gadis man...
Kematian Ketika Membaca Al Quran

Kematian Ketika Membaca Al Quran

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 769 hits
Ankara Kematian yang dicemburui dan amat menyentuh hati apabila menghembuskan nafas terakhir ketika membaca kalam Allah Itu pengakhiran mulia seorang huffaz dan guru al Quran terkenal di Nazilli Turki Mehmed Ali Seflek Hodja 96 yang menjadi...
Siti Elizad Kongsi Tip Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan Letak Telefon Dekat Luar Semasa Mengaji Dan Selesai Solat

Siti Elizad Kongsi Tip Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan Letak Telefon Dekat Luar Semasa Mengaji Dan Selesai Solat

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 473 hits
Siti Elizad tetapkan masa untuk membaca Al Quran sepanjang tempoh PKP ini MERAIKAN keberkatan bulan Ramadan umat Islam mengambil kesempatan dengan mempertingkatkan ibadah dan memperbanyakan amalan Bagi pelakon Siti Elizad dia dan keluarga m...
Kematian Yang Dicemburui Guru Al Quran Meninggal Dunia Ketika Sedang Mengaji

Kematian Yang Dicemburui Guru Al Quran Meninggal Dunia Ketika Sedang Mengaji

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1002 hits
Kematian yang dicemburui dan amat menyentuh hati apabila menghembuskan nafas terakhir ketika membaca kalam Allah Itu pengakhiran mulia seorang huffaz dan guru al Quran terkenal di Nazilli Turki Mehmed Ali Seflek Hodja 96 yang menjadi bualan...
Al Quran Tulisan Besar Dan Jelas Cun Untuk Solat Tarawih Dan Orang Rabun

Al Quran Tulisan Besar Dan Jelas Cun Untuk Solat Tarawih Dan Orang Rabun

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 587 hits
Tak hafal banyak surah tapi semangat nak tarawih dengan surah surah berlainan AL QURAN MUSHAF AL IMAM SAIZ JUMBO B4 pasti boleh membantu Selak je Al Quran tu kemudian letak atas rehal kat depan sejadah Macam ni baru semangat nak solat taraw...
Solat Jumaat Berhimpun Di Masjid Atau Rumah Ibadat Tidak Dibenarkan Pm

Solat Jumaat Berhimpun Di Masjid Atau Rumah Ibadat Tidak Dibenarkan Pm

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 549 hits
Walaupun kebanyakan aktiviti termasuk kedai makan di buka mulai 4 Mei ini kerajaan memutuskan solat berjamaah di masjid dan surau masih tidak dibenarkan Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah...
Kematian Ketika Membaca Kalam Allah

Kematian Ketika Membaca Kalam Allah

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 687 hits
AgensiAnkara Kematian yang dicemburui dan amat menyentuh hati apabila menghembuskan nafas terakhir ketika membaca kalam Allah Itu pengakhiran mulia seorang huffaz dan guru al Quran terkenal di Nazilli Turki Mehmed Ali Seflek Hodja 96 yang m...
Hukum Solat Pakai Sarung Tangan Seluar Tiga Suku

Hukum Solat Pakai Sarung Tangan Seluar Tiga Suku

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 410 hits
Apakah hukum solat pakai sarung tangan dan seluar tiga suku Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Saya ingin bertanya 2 soalan Pertama sekarang musi...
Hukum Aurat Terbuka Semasa Solat

Hukum Aurat Terbuka Semasa Solat

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 357 hits
Apakah hukum aurat terbuka semasa solat Adakah batal solat dan perlu solat kembali Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Ketika saya solat disebuah ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba