Hadiah Buku Resepi Makan Malam Romantis Dari Blogger Suria Amanda
Sejak sebulan lebih Fiza agak aktif blogwalking semula memandangkan tak sesibuk dulu. Tapi akan kembali sibuk dalam seminggu dua lagi. Biasalah ada kerja design hujung tahun untuk persiapan tahun baru. Masa dah sibuk ni kurang sikitlah masa nak berblogwalking. Kena perah otak untuk kerja design pula. Tapi tak sibuk sangat lah pun sebab tak ambil banyak sangat tempahan. Kesian dekat diri sendiri bila otak dan badan penat, nanti dia jadi macam kecelaruan sikit
Okay, berbalik kepada tajuk utamanya. Rezeki dengan berblogwalking ni berpeluanglah jadi top komentator blog Suria Amanda untuk bulan October yang lepas. Seperti yang dijanjikan, hari ni selamat sampai hadiahnya iaitu buku resepi makan makan romantis oleh Chef Fazalina dari Blogger Suria Amanda. Resepi yang ada dalam buku ni adalah resepi barat yang diolah cara melayu
Dah ambil gambar semua terlupa nak ambil gambar dalam buku ni. Okay takpe, Fiza kongsikan sikit apa yang ada dalam buku ni. Mostly resepi barat yang mudah contohnya seperti spaghetti, lamb chop dan banyak juga resespi minuman yang sedap-sedap. Sesuailah dengan tema makan malam romantis tu. Agak agak nak romantis sikit makan malam tu, boleh lah cuba resepi dalam buku ni.
Apapun terima kasih atas pemberian hadiah buku resepi yang sangat menarik ni. Semoga terus dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aaminn...Doakan Fiza dilimpahkan dengan rezeki yang lebih. So boleh juga Fiza sambung tradisi macam dulu bagi hadiah pada komentator yang rajin tinggalkan komen. Sedang plan juga. InshaAllah ada rezeki lebih Fiza akan teruskan. Jika tak, mungkin boleh hadiahkan design untuk header blog ke kan sementara tak sibuk. Okay tak?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2019/11/hadiah-buku-resepi-makan-malam-romantis.html