Hadiah Buat Ibu Dan Kakak Tersayang


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sedih Tedi baca warkah kali ini, tentang seorang budak yang mungkin tidak mengerti apa-apa, dan seorang makcik yang mungkin mendapat pengajaran daripada pengalamannya bersama budak lelaki itu.
Daripada kisah ini Tedi dapat hayati konsep rezeki, di mana Allah akan berikan rezeki atau bantuan kepada seseorang melalui apa sahaja cara atau melalui siapa sahaja sama ada kita sedar atau tidak.
Lebih bahagia jika kita yang dipilih Allah untuk menjadi medium sampaikan rezeki kepada orang lain.
Jadi jangan kedekut kerana apa sahaja yang kita kongsi itu ternyata lebih terasa manisnya.
Bertemu seorang budak lelaki di pasarayaAku sedang berjalan berhampiran sebuah pasaraya, apabila ku lihat seorang juruwang memulangkan sejumlah wang kepada seorang budak lelaki. Umurnya ku kira di sekitar 7 atau 8 tahun.
Juruwang itu berkata,
“Maafkan akak, tapi adik tak punyai cukup duit untuk membeli patung ini.”Budak itu memandang kepada seorang wanita tua di sebelahnya dan berkata:
Nenek, adakah duit saya tidak mencukupi?Wanita tua itu menjawab,
Cu, kamu tahu kan yang kamu tidak cukup wang untuk membelinya?Wanita tua itu kemudian meminta budak lelaki itu tunggu di situ sementara dia pergi mencari patung mainan yang lebih murah.
Budak lelaki itu masih berdiri di situ, sambil memegang patung mainan yang dikehendakinya. Aku mendapatkannya dan bertanya kepada siapa ingin dibelikan patung tersebut.
Dia memberitahuku bahawa patung itu adalah hadiah paling diingini oleh kakaknya. Aku mencadangkan kepadanya kenapa tidak saja dia menunggu wangnya cukup sebelum membelikan hadiah tersebut?
Tidak boleh. Kakakku sudah pergi ke tempat yang jauh dan tiada siapa dapat menghantar hadiah tersebut. Bapaku berkata bahawa ibu pun akan mengikuti kakak tidak lama lagi, jadi saya mahu membelinya sebelum ibu pergiJawapan itu menyentak jantungku dan hampir membuatkanku menangis.
Saya merayu ibu agar jangan pergi, tapi ayah kata ibu perlu pergi untuk menemani kakak.Budak itu memandang ke mataku dan menyambung,
Saya meminta ayah agar memberitahu ibu jangan pergi dahulu sehingga saya pulang dari kedai. 
Aku diam. Ku capai beg duitku.Apa kata kita kira duit yang kamu ada, mana tahu kalau-kalau ia mencukupi?“Okay. Saya harap jumlahnya cukup”, sahut budak itu sambil tersenyum sedikit. Matanya sedikit bersinar, mungkin dia masih berharap duitnya mencukupi.
Aku mula menghitung wang yang dimiliki budak itu. Tanpa budak itu sedari, aku selitkan sedikit wang cukup untuk dia membeli patung tersebut berserta sedikit baki.
Duitmu cukup saja nak. Malahan ada berbaki lagi jika kamu perlukan sesuatu.Budak itu tiba-tiba merintih, “Terima kasih Tuhan kerna cukupkan wang yang saya ada ini”.
Dia memandangku dan berkata, “Malam tadi saya berdoa agar Dia cukupkan wangku ini. Dia Maha Mendengar!”
Saya juga nak belikan bunga ros putih buat ibu, tapi saya tak sanggup memohon lebih lagi kepada-Nya, tapi ternyata Dia Maha Mengetahui. Duit ini cukup untuk saya belikan bunga ros putih yang ibu suka itu.Aku hanya senyum dan meminta diri untuk beredar kerana aku tak sanggup mendengar kata-kata anak kecil itu lagi.
Aku asyik memikirkan tentang budak lelaki itu sepanjang memandu pulang, hingga aku teringat akan satu keratan berita dalam akhbar berkenaan sebuah kereta yang dirempuh oleh sebuah trak yang dipandu pemandu mabuk.
Mangsa kemalangan itu, seorang wanita, masih dalam keadaan kritikal di hospital, manakala anak perempuannya terus mati di tempat kejadian. Ibu muda itu bergantung kepada mesin sokongan hidup dan keluarganya perlu memutuskan sama ada mahu matikan mesin itu atau tidak, kerana ibu muda itu takkan pulih dari keadaan koma. Adakah dia ibu kepada budak lelaki itu?
Dua hari selepas bertemu budak lelaki itu, aku mengetahui daripada akhbar bahawa ibu muda itu telah mati. Aku mengambil keputusan untuk pergi menziarah.
Di sana ku lihat budak lelaki itu berteleku di sisi jenazah ibunya sambil memegang bunga ros putih, patung, dan gambar bersama ibunya.
Aku beredar dengan air mata yang bergenangan.
Ternyata kasih anak lelaki itu kepada ibu dan kakaknya amat teguh, dan dalam sekelip mata seorang pemandu mabuk telah merampasnya.
 
KomentarSejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang diakibatkan oleh mereka yang mabuk. Pelik, adakah mabuk menjadikan mereka kebal? Tidak salah melanggar orang kerana mereka mabuk?
Tedi dikejutkan pula oleh para "pejuang" bergelar Patriot. Mengutuk tindakan DBKL melarang jualan alkohol. Kata mereka "rasuah lebih bahaya berbanding arak"!
Najis apakah mereka ini? Menolak larangan sesuatu kemungkaran atas alasan ada kemungkaran lebih hebat sedang berleluasa. Inilah masalahnya apabila agenda politik lebih diutamakan.
Ada pula yang mengutuk larangan jualan arak, katanya melanggar perlembagaan yang membenarkan kebebasan hak asasi manusia atau juga hak penganut agama lain selain Islam.
Tedi berasa janggal.. Ada mana-mana agama yang benarkan pengikutnya minum arak? Agama apakah itu? Cuba maklumkan Tedi kerana Tedi tidak pernah dengar perkara sebegitu.
Hak asasi? Adakah minum arak itu dikira hak asasi?
Tedi berasa janggal... apabila orang yang selalu mencabar perlembagaan, tiba-tiba sahaja merujuk kepada perlembagaan apabila arak dilarang jualannya.
 
~ 20160510 ~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2016/05/hadiah-buat-ibu-dan-adik-tersayang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jute Bag Cantik Hadiah Dari Kakak Psc Gt5p

Jute Bag Cantik Hadiah Dari Kakak Psc Gt5p

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 501 hits
Jute Bag Cantik Hadiah Dari Kakak PSC GT5P Alhamdulillah Syukur Ya Allah semalam KakYa dapat magic tau KakYa dapat hadiah jute bag cantik ni dari kakak syurga PSC GT5P yang KakYa sayangi Terima kasih kakak syurga yang memberi Semoga kakak s...
Dah Lama Idam Nak Bela Oyen Ibu Menangis Dapat Hadiah Kucing Dari Anak2

Dah Lama Idam Nak Bela Oyen Ibu Menangis Dapat Hadiah Kucing Dari Anak2

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 278 hits
Membahagiakan orang tua sememangnya suatu impian buat anak anak Walaupun tidak mampu membalas segala jasa dan bakti mereka dalam membesarkan kita namun memberi mereka kegembiraan pastinya memadai untuk menyenangkan hati mereka Menerusi satu...
Wangian Mewah Beyond Scentz Menawarkan Harga Berpatutan Sesuai Dijadikan Hadiah Buat Insan Tersayang

Wangian Mewah Beyond Scentz Menawarkan Harga Berpatutan Sesuai Dijadikan Hadiah Buat Insan Tersayang

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 305 hits
Wangian Mewah Beyond Scentz Menawarkan Harga Berpatutan Sesuai Dijadikan Hadiah Buat Insan Tersayang Assalammualaikum semua Apa khabar Ruby nak kongsikan dengan anda bagaimana kita boleh beri hadiah istimewa kepada insan tersayang dengan ha...
53 Tahun Syiling Tersimpan Dalam Hidungnya Lelaki Ini Baru Teringat Waktu Kecil Takut Bagitahu Ibu

53 Tahun Syiling Tersimpan Dalam Hidungnya Lelaki Ini Baru Teringat Waktu Kecil Takut Bagitahu Ibu

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 204 hits
loading Seorang lelaki warga Rusia terkejut apabila menemui sekeping syiling lama dari hidungnya
Hukum Suami Isteri Lebih Pentingkan Ibu Bapa Dan Keluarga

Hukum Suami Isteri Lebih Pentingkan Ibu Bapa Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 1156 hits
Apakah hukum jika suami lebih mementingkan ibu bapanya dan bagaimana dengan isteri yang lebih mengutamakan keluarganya daripada suami sedangkan suami adalah ketua keluarga Bersyukurlah pada Allah sekiranya kita bukan berada di persimpangan ...
Tak Perlu Jadi Ibu Terbaik Setiap Masa Ada Waktu Menyinga Baran Itu Normal Mama

Tak Perlu Jadi Ibu Terbaik Setiap Masa Ada Waktu Menyinga Baran Itu Normal Mama

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 269 hits
Kita mahu jadi sempurna setiap masa tetapi kita bukanlah sempurna Setiap manusia pasti ada kekurangannya dan normallah ada waktunya kita merasa down dalam menguruskan keluarga setiap hari Menyinga dan ada waktunya baran dengan anak anak ada...
Hak Hadhanah Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Hak Hadhanah Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 397 hits
Baru baru ini tular kisah bekas suami usahawan kosmetik Hasmiza Othman membuat tuntutan hadhanah di Mahkamah Bekas suami DS Vida yang diwakili peguamnya memfailkan
Bomba Usung Ibu Berpantang Redah Banjir

Bomba Usung Ibu Berpantang Redah Banjir

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 255 hits
KUALA NERUS Seorang ibu muda yang sedang berpantang diselamatkan anggota bomba menggunakan pengusung apabila kediaman keluarganya di Kampung Padang Kemunting di sini dinaiki air Siti Nur Hazrin Najwa Halim 20 yang melahirkan bayi sulungnya ...
Hiburan Rapat Dengan Mentua Mawar Rashid Akui Anggap Macam Ibu Sendiri

Hiburan Rapat Dengan Mentua Mawar Rashid Akui Anggap Macam Ibu Sendiri

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 221 hits
Biarpun mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga di usia yang muda namun pelakon popular tanah air Mawar Rashid akui dirinya mempunyai cara tersendiri untuk bergaul dengan ibu mentua Kata Mawar beliau melayan mentuanya sama seperti...
Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

There Is An Awakening

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

App Inarah

Pj Mayor Denies Being Rude To Residents Group

Masih Beraya



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


1 500 Berarak Ke Dataran Merdeka Tuntut Hak Pekerja

More Than Pools Patios Eric Curtis Landscape Architecture Designs For Life

Dua Lelaki Didakwa Tebang Pokok Robin Hood

Anwar Announces Over 13 Pay Hike For Govt Servants Largest In History

Kkb By Election Remarks May Cost Pn Support Of Voters

1 Mei 2024 Selamat Hari Pekerja