Hadi Siapa Pun Boleh Sedekah Masa Pilihan Raya Kecuali Calon Dan Wakilnya




KUALA LUMPUR - Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata terpulang kepada mana-mana pihak untuk memberi sedekah ketika pilihan raya, tetapi calon dan wakilnya dilarang memberi wang kepada orang ramai.
Beliau menjelaskan bahawa mengikut undang-undang pilihan raya sedia ada calon atau wakilnya tidak boleh memberi wang atas apa alasan pun, kepada orang ramai ketika kempen.
“Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri, tetapi orang awam mahu beri sedekah terpulang kepada dia,” katanya mengulas tindakan UMNO Terengganu memfailkan petisyen mencabar kemenangan PAS di Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman.
Sebelum ini, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya memfailkan petisyen berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas alasan dakwaan wujud rasuah pengundi di ketiga-tiga Parlimen itu sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata demikian kepada media selepas hadir ke majlis Semarak Gelombang Rakyat bersama PN dan Kenduri Rakyat di Seri Menanti di Kuala Pilah, hari ini (21 Januari 2023).
Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PAS yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan berlaku politik wang dalam PRU-15 hingga menyebabkan kejatuhan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya kata Muhammad Sanusi, UMNO adalah parti terkenal di seluruh dunia kerana lebih banyak bermain politik wang.
“Kami ini mana ada duit nak main politik wang. Yang tersohor di serantau dunia kerana main politik wang adalah UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Parti lain tak ada tetapi UMNO dan BN ini sejak 70-an dan 80-an hinggalah sekarang. Tak payahlah palit pada orang lain,” kata Muhammad Sanusi. https://www.agendadaily.com/politik/yang-tersohor-seluruh-dunia-main-politik-wang-ialah-umno-mb-kedah/
Sementara itu, mengulas mengenai pilihan raya negeri (PRN) di Kelantan, Kedah dan Terengganu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS akan membuat keputusan sendiri bila tarikh yang sesuai untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di ketiga-tiga negeri itu.
Menurutnya perbincangan akan dibuat di peringkat parti itu terlebih dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum tarikh sesuai dapat ditetapkan.
“Kami akan berbincang antara kami sendiri, terpulang kepada kami, sama ada mereka (Pakatan Harapan) mahu ikut ataupun tidak. Selama ini banyak mereka ikut kami, kami buat kenyataan sebelum ini tidak ikut Parlimen (PRU-15) mereka ikut juga.
“Saya tidak tahu terpulang kepada mereka, kami ada keputusan kami sendiri, akan dibincang dalam mesyuarat akan datang, insya-Allah untuk menentukan PRN.
“Kami akan bincang sesama kami dahulu, itu yang penting, kami sedang mengkaji, kesan-kesan kepada pengundi, pengundi luar, mahasiswa, pengundi muda, orang cuti balik hari raya, itu semua perlu dikaji,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, satu pertemuan di antara Menteri Besar dan Ketua Menteri enam negeri yang belum mengadakan PRN dijangka akan diadakan bagi membincangkan tarikh yang sesuai untuk diadakan pilihan raya tersebut bersama-sama.
Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan berkata, beliau bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akan bertemu rakan sejawat mereka di Kelantan, Terengganu dan Kedah bagi membincangkan perkara berkenaan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2023/01/hadi-siapa-pun-boleh-sedekah-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedekah Pilihan Raya Kepada Pengundi Tetap Rasuah

Sedekah Pilihan Raya Kepada Pengundi Tetap Rasuah

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 182 hits
Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata rasuah adalah rasuah tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...
Hiburan Baru Balik Dari Umrah Netizen Tegur Pakaian Intan Najuwa Masa Pergi Boleh Tutup Semua

Hiburan Baru Balik Dari Umrah Netizen Tegur Pakaian Intan Najuwa Masa Pergi Boleh Tutup Semua

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 153 hits
Sebelum ini pelakon jelita iaitu Intan Najuwa dan keluarga telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Umrah pada 3 Januari lalu Menerusi hantaran di Insta Story pelakon berusia 26 tahun itu meluahkan rasa gementar setiap kali meng...
Zahid Selar Sikap Double Standard Hadi Jangan Suka Suka Tukar Fatwa Sedekah

Zahid Selar Sikap Double Standard Hadi Jangan Suka Suka Tukar Fatwa Sedekah

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 123 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap double standard Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mempertahan tindakan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah

Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi