Hadi Pilih Pilih Hujah Agama Bela Mastura




Tindakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menggunakan hujah agama secara terpilih untuk mempertahankan tindakan ahli partinya sangat tidak bertanggungjawab, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Tegasnya, perilaku sebegitu akan mencalitkan wajah hodoh kepada citra Islam yang indah.
“Prinsip berpolitik dalam Islam cukup jelas. Tegakkan makruf, tolak kemungkaran, berlaku adil dan elak berbuat zalim, bina sifat mahmudah (terpuji) jauhi sifat mazmumah (keji). Hadi cukup arif bab ini.
“Namun, kenyataan Hadi jelas percubaan terdesak mempertahankan mungkar, mendokong sifat mazmumah dan membela kezaliman dengan mengerah ahli-ahlinya menderma untuk melepaskan Dr Siti Mastura Muhammad yang terang-terang melakukan fitnah,” katanya kepada Malaysiakini.
Saifuddin mengulas kenyataan Hadi mempertahankan usaha kutipan derma PAS membantu Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura untuk membayar RM825,000 dalam bentuk ganti rugi kepada pemimpin DAP.
Semalam, Abdul Hadi berkata Islam mengajarkan umatnya untuk mengambil tanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan oleh anggota sesuatu kumpulan.
“Begitulah PAS mengambil tanggungjawab atas ketelanjuran ahlinya yang membuat apa-apa tindakan yang salah, sehingga dihukum dengan bayaran atau denda,” katanya.
“Percayalah bahawa sumbangan kita bersama Islam dalam semua perkara adalah jihad,” kata Hadi.
Ini selepas Siti Mastura (gambar atas) kalah dalam kes saman fitnah kerana menuduh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mempunyai kaitan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (CPM) Chin Peng manakala Teresa Kok pula mempunyai kaitan dengan keluarga Lim.
Menurut satu pekeliling dalaman PAS, pemimpin Jawatankuasa Pusat PAS, ketua negeri, kawasan dan cawangan diwajibkan menderma sekurang-kurangnya RM500 setiap seorang.
PAS negeri serta sayap di peringkat pusat, negeri dan kawasan pula setiap satu diminta mengumpulkan derma sekurang-kurangnya RM20,000.
Mastura telah diberikan penangguhan sementara pelaksanaan pembayaran ganti rugi sementara menunggu perbicaraan mahkamah pada akhir Januari untuk mendapatkan penangguhan penuh terhadap hukuman tersebut.
Seolah Islam sokong fitnah
Dalam pada itu, Saifuddin berkata menderma untuk membela pemfitnah dengan hujah agama membawa tanggapan tidak baik seolah-olah agama Islam mendokong amalan fitnah.
“Perbuatan seperti inilah yang ditolak oleh Islam kerana dianggap asobiyah yakni mempertahankan puak sendiri walau jelas melakukan kesalahan.
“Saya mengajak umat Islam di negara ini menilai dengan matang menggunakan neraca agama bukannya menilai berpandukan hujah orang yang dikatakan alim agama lebih-lebih lagi memakai baju politikus,” katanya.
Hari ini, Abdul Hadi menegaskan PAS terpaksa menghadapi beberapa tindakan yang menyusahkan parti itu sejak selepas merdeka sehingga sekarang.
“Seperti tekanan politik, ekonomi, pentadbiran dan media.
“Setiap penyumbang kepada PAS dianggap salah atau dipermainkan, sehingga terhadap ahli PAS yang miskin yang menyumbang sedikit duit juga dipermainkan dengan kenyataan lisan, tulisan, atau sindiran karikatur,” katanya kesal.


Source link
The post Hadi pilih-pilih hujah agama bela Mastura appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/hadi-pilih-pilih-hujah-agama-bela-mastura/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saifuddin Hadi Selectively Using Islam To Defend Siti Mastura

Saifuddin Hadi Selectively Using Islam To Defend Siti Mastura

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 140 hits
Home Minister Saifuddin Nasution Ismail has criticised PAS president Abdul Hadi Awang for selectively using religious arguments to defend the actions of his party members Saifuddin said such moves are irresponsible and tarnish the beauty of...
Kenapa Perlu Jual Agama

Kenapa Perlu Jual Agama

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 154 hits
Desa HMNk cari makan cari lah Buat kerja Banting tulang Berusaha Tak perlu lah jual agama Tak perlu jadikan agama sebagai pelaris Nak jalan kaki kutip derma berjalan lah Berapa ribu kilometer pun org tak kisah Kenapa perlu kaitkan jalan kak...
Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 324 hits
Pernah berkata tidak mahu menunjuk nunjuk pelakon sensasi Ruhainies sertai majlis agama UAI atau Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa selebriti wanita yang lain Menerusi beberapa hantaran di Instagram Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainie...
Video Urus Jenazah Bayi Menteri Agama Tegur Pengendali Pengurusan Jenazah

Video Urus Jenazah Bayi Menteri Agama Tegur Pengendali Pengurusan Jenazah

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 204 hits
Video urus menteri agama tegur pengendali pengurusan jenazah Semua pihak yang terbabit dalam proses pengurusan jenazah diingatkan supaya tidak sewenang wenangnya menyiarkan video sensitif termasuk urusan memandikan jenazah menerusi media so...
Pas Ni Agama Penting Ker Atau Politik Lebih Penting

Pas Ni Agama Penting Ker Atau Politik Lebih Penting

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 173 hits
Desa HMJelas hukum dalam agama fitnah itu dosa besar dan diharamkan dalam agama Jelas jugak mahkamah jatuh hukum tukang fitnah didenda kena bayar RM 750 000 kepada yangg difitnah Kalau tak bayar kerusi parlimen Kepala Batas akan dikosongkan...
Van Jenazah Abam Botak Buta Agama Bantu Perjalanan Akhir Golongan Daif

Van Jenazah Abam Botak Buta Agama Bantu Perjalanan Akhir Golongan Daif

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 133 hits
Pasukan van jenazah Abam Botak membantu menyediakan perkhidmatan jenazah secara percuma walaupun berlainan agama yang turut menyertakan cara membantunya meneruskan kerja amal itu FMT
Duta Tuhan Tu Agama Dia La

Duta Tuhan Tu Agama Dia La

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 98 hits
Apa nak pelik bila kata dia Dia Kristian Itu fahaman agama dialah Kita tak payah nak Bila orang Kristian kata dia duta tuhan walaun sengaja bikin Tapi Malah Syiah juga hina walaun biarkan Malahan boleh pula ajak semua muslim Sepatutnya kita...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green