Hadi Melayu Mudah Lupa Bersama Ph


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Harapan (PH) adalah Melayu yang mudah lupa khususnya dalam kalangan pemimpin

Katanya, banyak kenyataan golongan itu sebelum menjadi kerajaan dilupakan sejurus selepas menjadi kerajaan.

“Antara yang terawal ialah kenyataan bersemangat yang dilaungkan oleh pemimpin Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), berulang kali di hadapan para perwakilan dari seluruh negara. Laungan yang diulangi, ‘no DAP! No Anwar!’.

“Kini, pemimpin Umno pula bersekongkol dengan mereka yang dilaungkan itu dengan penuh mesra dan akrab, malah membuat kenyataan untuk bersama dalam pilihan raya negeri (PRN) sehingga membelakangi dasar dan perjuangan parti.

“Adapun kalangan PKR pula berdegar-degar dengan laungan ‘reformasi’ dan berjuang ingin menghapuskan rasuah, salah laku, kronisme, nepotisme, dan lain-lain. Rupa-rupanya, apa yang mereka lakukan itu laksana lakonan semata-mata,” katanya dalam tulisan Minda Presiden, yang disiarkan di Facebook hari ini.

Kenyataan ahli Parlimen Marang itu dilihat sebagai merujuk kerjasama antara PH dan BN dalam membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke15 (PRU15) tahun lalu.

Dia turut mendakwa bahawa banyak janji kepada rakyat sebelum pilihan raya ditaburkan sama ada secara tulisan ataupun ucapan,.

“Selepas berjaya mengambil alih kerajaan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, semua janji dan ucapan itu tenggelam dimakan masa. Melayu yang mudah lupa bersamanya terus menyambung perjuangan yang sama.

“Perbuatan buruk mereka itu berkekalan sehinggalah mereka mengambil alih kerajaan selepas PRU15 dengan sokongan Melayu yang mudah lupa juga. Keadaan yang sama masih terus berulang dengan kenyataan-kenyataan yang dinafikan kemudiannya,” kata Abdul Hadi.

Mengulas lanjut bekas duta khas mewakili perdana menteri ke Timur Tengah itu berkata timbul kenyataan bahawa mereka (PH-BN) mengajak PAS untuk sama-sama menyertai Kerajaan Perpaduan yang dipimpin mereka, tanpa menghormati bahawa Perikatan Nasional (PN) didominasi oleh Melayu Islam Bumiputera dengan 74 kerusi.

“Adapun PH didominasi oleh bukan Islam, dengan kalangan liberal PKR adalah sebanyak 30 kerusi (19 orang Melayu Islam dan Islam liberal manakala 11 orang nyata bukan Melayu dan bukan Islam), bersama DAP sebanyak 40 kerusi dengan tiga orang daripadanya adalah Melayu.

“Selepas itu, mereka menghantar broker pula untuk memujuk sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Maka, PN khususnya PAS menolak semua tawaran dan menolak segala janji yang tidak boleh dipercayai, kerana PAS ialah Melayu yang tidak lupa,” dakwa Abdul Hadi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/hadi-melayu-mudah-lupa-bersama-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Pegang 33 Bulan Teloq Dan Minyak Masak Pun Tak Boleh Selesai Orang Melayu Lupa Ka

Masa Pegang 33 Bulan Teloq Dan Minyak Masak Pun Tak Boleh Selesai Orang Melayu Lupa Ka

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 256 hits
Dia kata 70 hingga 80 peratus rakyat sokong PN Tak agak agak Kalau nak kata PN kuat sokongan dalam 60 peratus aku boleh la senyum Tapi kalau sampai 80 peratus aku gelak besar wei Pengaruh PN bukan tak ada Tapi dah tak segagah sebelum PRU15 ...
Pakatan Hadi Dr M Menerusi Proklamasi Orang Melayu Dijangka Hakis Pengaruh Muhyiddin

Pakatan Hadi Dr M Menerusi Proklamasi Orang Melayu Dijangka Hakis Pengaruh Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 165 hits
Nora MahparPETALING JAYA Penganalisis berkata jika sebelum ini Hadi Awang dan Muhyiddin Yassin dilihat gandingan utama dalam politik pro Melayu keadan itu dijangka boleh berubah apabila Hadi mendukung Proklamasi Orang Melayu yang diilhamkan...
Melayu Wajib Memimpin Memerintah Mentadbir Masyarakat Majmuk Hadi

Melayu Wajib Memimpin Memerintah Mentadbir Masyarakat Majmuk Hadi

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 204 hits
wartarakyat com myBy DAKWAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kestabilan negara itu bergantung kepada dasar pentadbiran yang dibawa dan bukannya dengan jumlah Ahli Parlimen sesebuah etnik adalah tidak tepat Menurut Presiden P...
Maksud Scam Dalam Bahasa Melayu

Maksud Scam Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 361 hits
Penggunaan perkataan scam dalam bahasa Melayu tidak betul kerana perkataan scam berasal daripada perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud komplot Dalam laporan media bahasa Melayu banyak menggunakan perkataan scam Penggunaan perkataan ...
Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Top 5 Kamera Cctv Wireless Murah Senang Pasang Untuk Rumah Flat

Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus