Had Umur Mentahnik Bayi



SOALAN:
Berapakah had umur bayi yang disunatkan untuk tahnik? Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Pertamanya, hukum tahnik adalah sunat, manakala cara untuk mentahnik bayi yang baru lahir iaitu dengan sesuatu yang manis, seeloknya buah tamar dan ditahnikkan oleh seorang yang soleh dan bertaqwa.

Berbalik kepada soalan yang ditanya, secara asasnya bayi disunatkan untuk tahnik seawal usianya dilahirkan. Hal ini berdasarkan kepada hadith daripada Anas bin Malik R.A bahawa beliau membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari kepada Rasulullah SAW selepas Abdullah R.A baru dilahirkan. Katanya:

ذَهَبْتُ بِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ الأَنْصَارِيِّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حِينَ وُلِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي عَبَاءَةٍ يَهْنَأُ بَعِيرًا لَهُ فَقَالَ ‏"‏ هَلْ مَعَكَ تَمْرٌ ‏"‏ ‏.‏ فَقُلْتُ نَعَمْ ‏.‏ فَنَاوَلْتُهُ تَمَرَاتٍ فَأَلْقَاهُنَّ فِي فِيهِ فَلاَكَهُنَّ ثُمَّ فَغَرَ فَا الصَّبِيِّ فَمَجَّهُ فِي فِيهِ فَجَعَلَ الصَّبِيُّ يَتَلَمَّظُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ حُبُّ الأَنْصَارِ التَّمْرَ ‏"‏ ‏.‏ وَسَمَّاهُ عَبْدَ اللَّهِ
“Aku membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari R.A yang baru lahir menemui Rasulullah SAW pada ketika itu, baginda memakai aba’ah (العباءة) sedang melumurkan untanya dengan minyak. Baginda bertanya: “Adakah kamu membawa tamar?” Aku menjawab: “Ada”, lalu aku menyerahkan beberapa biji kepada Baginda. Baginda pun memasukkan beberapa itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya. Kemudian, baginda membuka mulut Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. Bayi itu pun menggerak-gerakkan lidah sambil menghisap manisnya. Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Kesukaan orang Ansar ialah buah tamar. Lalu Baginda menamakannya Abdullah.” [Riwayat Muslim (2144)]

Berkaitan hal ini, Imam al-Nawawi juga menyebutkan dalam Syarah Muslim:

أنَّ تحنيك المولودِ يومَ ولادته سُنَّةٌ بالإجماع، ويحنِّكُه صالحٌ مِن رجلٍ أو امرأةٍ، ويُسْتَحَبُّ التحنيكُ بالتمر
“Bahawasanya amalan tahnik bayi pada hari kelahirannya hukumnya adalah sunat secara ijma’ dan hendaklah ditahnikkan bayi tersebut dengan seorang lelaki soleh atau perempuan yang solehah. Disunatkan digunakan tamar untuk bertahnik.” (Rujuk: Syarh al-Minhaj ‘ala Sahih Muslim, 14:123)

Selain itu, Imam al-Bukhari telah menamakan satu bab di dalam kitab sahihnya dengan nama:

باب تسمية المولود غداة يولد لمن لم يعق عنه وتحنيكه
“Bab pada menyatakan perbuatan menamakan bayi dan mentahniknya pada waktu petang kelahirannya sekalipun belum dilakukan aqiqah.” (Rujuk: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 9:399)

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam mensyarahkan tajuk ini mengatakan bahawa, perbuatan mentahnik tersebut diikat dengan ‘waktu petang’ itu bagi mengikut kepada hadith yang ada di dalam bab tersebut. Ini kerana, jika seseorang bayi dilahirkan pada waktu pagi, maka ditahnikkan dan diberi namanya pada waktu petang. Ini menunjukkan bahawa tahnik disunatkan pada hari selepas bayi itu dilahirkan.

Begitu juga, dalam satu hadith yang diriwayatkan dalam bab ini, iaitu daripada Abu Musa al-Asy’ari R.A, bahawa beliau berkata:

ولد لي غلام فأتيت به النبي صلى الله عليه وسلم فسماه إبراهيم فحنكه بتمرة ودعا له بالبركة
“Telah lahir bagiku seorang anak lelaki, maka aku datang kepada Rasulullah SAW dan Baginda SAW menamakannya Ibrahim dan mentahniknya dengan sebiji tamar serta mendoakannya dengan keberkatan.” [Riwayat al-Bukhari (5467)]

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam syarahan hadith ini menyebutkan bahawa ia menunjukkan bahawa Abu Musa R.A bersegera untuk membawa bayi yang dilahirkan kepada Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW mentahnikkannya selepas diberikan nama. Ini bermakna Rasulullah SAW mempercepat perkara demikian seperti menamakan bayi (dan tahnik) pada hari pertama ia dilahirkan dan tidak perlu menunggu sehingga ke hari ketujuh. (Rujuk: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 9:502)

Berdasarkan nas di atas, jelaslah bahawa perbuatan mentahnik bayi seelok-eloknya pada hari yang sama bayi tersebut dilahirkan. Jika bayi dilahirkan pada waktu pagi, maka seeloknya pada petang tersebut ditahnikkan dan diberikan nama tanpa perlu menunggu hari ketujuh. Ia perlu disegerakan jika tiada apa-apa sebab yang menghalangnya. Namun jika ada halangan dan kekangan untuk melakukan demikian, seperti bayi perlu dijaga dan mendapatkan rawatan di hospital, maka tidak mengapa untuk melewatkannya dalam tempoh masa tujuh hari atau lebih, selepas bayi sudah kembali sihat.

Kesimpulan

Kami menyatakan bahawa sunat ditahnikkan bayi sesudah bayi dilahirkan dan seelok-eloknya pada hari yang sama bayi itu dilahirkan. Hal ini berdasarkan kepada hadith-hadith yang diriwayatkan menunjukkan bahawa para sahabat bersegera untuk mentahnikkan bayi kepada Rasulullah SAW setelah mana bayi tersebut lahir tanpa menunggu hari ketujuh.

Namun jika sekiranya terdapat halangan dan kekangan, maka tidak mengapa untuk melewatkannya sedikit. Jika lebih daripada tempoh tersebut, tidak disunatkan lagi tahnik kerana sudah berlalu waktunya serta faedah dan manfaat darinya iaitu bagi melatih bayi yang baru lahir untuk makan atau minum. Adapun jika masih dilakukan juga, tidak mengapa, moga-moga mendapat kebaikan dan keberkatan seperti mana yang dihajatkan, insyaAllah.

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/had-umur-mentahnik-bayi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Ikut Tes Cpns 2019 Ada Peserta Bawa Bayi Umur 2 Pekan Ke Lokasi

Demi Ikut Tes Cpns 2019 Ada Peserta Bawa Bayi Umur 2 Pekan Ke Lokasi

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 209 hits
Kepala Badan Kepegawaian Negara Bima Haria Wibisana menceritakan kisah lucu dan unik selama penyelenggaraan Seleksi Kompetensi Dasar Calon Pegawai Negeri Sipil 2019 Salah satunya seorang peserta wanita yang baru melahirkan 2 pekan lalu namu...
Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 640 hits
Bersunat atau berkhatan adalah kemestian yang perlu dilakukan kepada anak anak bagi orang Muslim Ada yang memilih untuk mengkhatankan anak anak ketika usia yang masih kecil dan ada juga yang sunatkan anak anak bila mereka dah mula bersekola...
Rakaman Bayi Dalam Stroller Melambung Tinggi Akibat Dirempuh Pemandu Mabuk

Rakaman Bayi Dalam Stroller Melambung Tinggi Akibat Dirempuh Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 307 hits
Kemalangan boleh berlaku di mana mana sahaja walaupun pengguna jalan raya sudah mengikut peraturan jalan raya dengan betul Punca kemalangan seperti kecuaian pemandu boleh menyebabkan mangsa tercedera malah boleh meragut nyawa Satu kemalanga...
Kepala Bayi Terluka Terkena Alat Medis Saat Proses Persalinan Di Rsud

Kepala Bayi Terluka Terkena Alat Medis Saat Proses Persalinan Di Rsud

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 199 hits
Persalinan bayi di RSUD Sungai Dareh Kabupaten Dharmasraya Sumatera Barat tidak berlangsung lancar Kepala sang bayi terluka hingga harus dijahit usai terkena alat medis dalam proses persalinan
Elakkan Kematian Kot Doktor Muda Ini Kongsi Posisi Tidur Bayi Yang Betul Take Note

Elakkan Kematian Kot Doktor Muda Ini Kongsi Posisi Tidur Bayi Yang Betul Take Note

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 525 hits
Take note ya para ibu bapa small Cover image via Twitter HausofHilton small Anda pernah dengar tak mengenai sudden infant death syndrome atau SIDS a href https images says com uploads story source source image 761883 8a24 jpg rel segment 30...
Bayi 3 Bulan Dicampak Dari Stroller Selepas Kena Rempuh Dengan Pemandu Mabuk

Bayi 3 Bulan Dicampak Dari Stroller Selepas Kena Rempuh Dengan Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 309 hits
Semakin hari semakin banyak kes kemalangan yang berlaku di atas jalan raya disebabkan kecuaian pemandu kan Rasa rasanya bukan dekat Malaysia je terjadi seperti ini malah dekat negara lain pun ada tau Orang tu yang mabuk kita yang jadi mangs...
Mayat Bayi Dalam Tas Ditemukan Petugas Kebersihan Taman Di Tangsel

Mayat Bayi Dalam Tas Ditemukan Petugas Kebersihan Taman Di Tangsel

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 153 hits
Jasad bayi yang diperkirakan baru lahir tersebut dibawa ke RSU Tangerang guna pemeriksaan lebih lanjut
Tinggalkan Isteri Bayi 8 Bulan Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

Tinggalkan Isteri Bayi 8 Bulan Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 884 hits
Pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi ini Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali iaitu adik kepada Abam Isteri Abam hubungi saya dan beritahu abang s...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025