Had Laju 30 Km J Dan 50km J Akan Dilaksana Di Kl



KUALA LUMPUR: Keputusan untuk melaksanakan had laju 30 dan 50 km/j di kawasan terpilih di ibu negara akan diumumkan dalam masa terdekat dengan mengambil kira pandangan semua pihak, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim.
Beliau berkata, ketika ini kementeriannya sedang mengambil kira pelbagai pandangan daripada pihak berkepentingan agar matlamat menjadikan jalan di ibu negara kawasan selamat tercapai.
“Kita akan umum dalam masa terdekat (had laju maksimum di dalam bandar). Bila kajian dibuat, ada kebaikan dan keburukan jadi perkara ini kita akan umum dalam masa terdekat… sebab apa yang kita buat ada orang setuju, ada yang tidak setuju.
“(Jadi) kita melihat kepada kesesuaian dan penerimaan semua pihak, yang penting matlamat kita adalah untuk capai matlamat tersebut (bandar selamat),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, di sini.
Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Suret Singh pada 8 Jan melalui Twitternya memaklumkan bahawa institut itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bekerjasama bagi melaksanakan had laju 30km/j di zon terpilih di ibu negara dan 50km/j bagi zon lain.
Pada Mei 2021, MIROS mencadangkan had laju 30 km/j di kawasan perumahan, bandar dan kampung sebagai sebahagian daripada perancangan keselamatan jalan raya kebangsaan untuk 2021 hingga 2030.
Cadangan had laju itu juga adalah sebahagian daripada kempen ‘Street for Life’ di bawah program Minggu Keselamatan Jalan Raya Global PBB ke-6 (UNGRSW) yang menyasarkan pemerkasaan komuniti di Asia Tenggara untuk melaksanakan had 30 km/j di kawasan yang menyaksikan pejalan kaki bercampur dengan trafik.
Ketika ditanya perkembangan bayaran bonus kepada pemain Kuala Lumpur City (KL City) FC selepas dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia pada Nov lalu, Shahidan berkata, ia akan dilunaskan dalam tempoh terdekat.
“Ya, kita sudah janji sebelum ini cuma tidak disampaikan lagi…kita akan bagi bonus selepas ini. Kita akan pastikan bonus diberikan kepada pemain (KL City),” katanya.
Sehari sebelum aksi final Piala Malaysia pada 30 Nov tahun lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Khalid Abd Samad memberi jaminan bahawa pemain KL City akan menerima bonus khas sekiranya berjaya menjulang piala berprestij itu apabila bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).
KL City berjaya membuat kejutan dengan membenam JDT 2-0 sekali gus menamatkan kemarau 32 tahun selepas kali terakhir muncul juara Piala Malaysia pada 1989 lapor FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/02/had-laju-30-kmj-dan-50kmj-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Pelaksanaan Had Laju 30 Km J Dan 50km J Di Ibu Negara Diumum Nanti

Keputusan Pelaksanaan Had Laju 30 Km J Dan 50km J Di Ibu Negara Diumum Nanti

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 394 hits
Keputusan pelaksanaan had laju 30 km j dan 50km j di ibu negara diumum nanti Keputusan untuk melaksanakan had laju 30 dan 50 km j di kawasan terpilih di ibu negara akan diumumkan dalam masa terdekat dengan mengambil kira pandangan semua pih...
Ops Selamat 17 Tahun Baru Cina Polis Dilengkapi Peralatan Canggih Perangkap Had Laju Dari Dalam Kereta

Ops Selamat 17 Tahun Baru Cina Polis Dilengkapi Peralatan Canggih Perangkap Had Laju Dari Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 311 hits
January 27 2022 Ops Selamat 17 PDRM yang diumumkan bakal berlangsung bersempena perayaan Tahun Baru Cina 2022 akan membawakan beberapa pembaharuan Buat anda yang ingin pulang beraya anda perlu ambil tahu tentang hal ini Anda mungkin takkan ...
Kursus Gerak Laju Di Langkawi Adalah Kelas Teknikal Pemasaran Digital Alaf 2022

Kursus Gerak Laju Di Langkawi Adalah Kelas Teknikal Pemasaran Digital Alaf 2022

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 456 hits
Peribahasa Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Maksudnya Sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha Kita berperibahasa kali ini jangan ingat masa sekolah jer kena belajar peribahasa ni banyak yang tersirat dan tersu...
Ada Kluster Dalam Umno Kita Hormat Tetapi Kesabaran Pas Tetap Ada Had Khairil Nizam

Ada Kluster Dalam Umno Kita Hormat Tetapi Kesabaran Pas Tetap Ada Had Khairil Nizam

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 259 hits
PENGHORMATAN Pas kepada UMNO adalah kepada kluster yang mahukan penyatuan ummah kata Ketua Penerangan Pas Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin Beliau berkata di antara yang tergolong dalam kluster ini adalah mereka yang berada dalam kerajaa...
Umno S Embrace Of Non Malays Had Better Not Be An Election Ploy

Umno S Embrace Of Non Malays Had Better Not Be An Election Ploy

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 348 hits
Malaysia is languishing in mediocrity in so many areas mainly because of a lack of competent and smart leadership in several levels which has resulted in weak institutions Any sane Malaysian will welcome moves to let the right people lead t...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd