Habitat Sang Bedal Tarikan Baharu Di Sungai Linggi


Oleh Mohd Amin Jalil Kehadiran banyak buaya tembaga di Sungai Linggi jadi tarikan pelancong selepas dijadikan Pusat Santuari Buaya yang sedang dalam perancangan. - NSTP/Mohd Amin Jalil SUNGAI Linggi juga cukup sinonim dengan udang galah atau nama jolokan 'si sepit biru' dan pelbagai spesies ikan sungai termasuk senangin dan sembilang.
Terletak di sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka lokasi tidak asing lagi kerana, selain mempunyai nilai sejarah sejak era Kesultanan Melayu Melaka, ia juga menjadi buah mulut khususnya dalam kalangan kaki pancing.
Justeru, tidak hairan, sungai sepanjang 14 kilometer itu terus jadi tumpuan warga tempatan dan luar Negeri Sembilan untuk datang merasai sendiri pengalaman memancing.
Malah, kehadiran banyak buaya tembaga yang dikaitkan di sungai itu turut menjadi tarikan pelancong dan mereka yang ingin melihat dari dekat reptilia berkenaan.
akan tidak mengancam atau mengganggu manusia sebaliknya ia akan segera beredar sekiranya mengetahui pergerakannya diperhatikan. Situasi itu membuatkan kaki pancing terutamanya penggemar udang galah tidak melepaskan peluang memancing di sungai itu.
Pusat Santuari Buaya
Dengan keunikan dan keistimewaan yang terdapat di Sungai Linggi itu mendorong kerajaan Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk mewujudkan Pusat Santuari Buaya bagi tujuan pembiakan dan pemeliharaan reptilia berkenaan.

Pelancong boleh menikmati keindahan flora dan fauna di sepanjang Sungai Linggi. - NSTP/Mohd Amin JalilLokasi itu dipilih kerana kawasan terbabit adalah habitat 'sang bedal' selepas kelibatnya sering dilihat penduduk serta kaki pancing.
Pemilihan itu bertujuan bagi memberi impak positif kepada sektor pelancongan di negeri itu khususnya di daerah Port Dickson.
Optimis dengan dengan perancangan itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan untuk mewujudkan Pusat Santuari Buaya sudah capai tahun lalu dan pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson sudah mengenal pasti lokasi sesuai bagi menjayakan rancangan itu.
Kawasan itu yang akan dikendalikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan.
"Kerajaan negeri melihat Sungai Linggi berpotensi dibangunkan sebagai Pusat Santuari Buaya kerana dipercayai terdapat banyak buaya tembaga di sungai berkenaan.
"Usaha ini untuk merancakkan lagi sektor pelancongan negeri dan petanda yang baik kepada penduduk khususnya di Port Dickson kerana akan menjadi suatu tarikan pelancong ke daerah berkenaan.
"Kita berharap pelancong datang ke Port Dickson dapat tinggal lebih lama, iaitu selepas mereka beriadah di kawasan pantai, boleh menyusuri Sungai Linggi menggunakan perkhidmatan bot untuk melihat buaya dari dekat.
"Pelancong boleh menikmati keindahan flora dan fauna di sepanjang sungai itu," katanya.
Berpotensi produk ekopelancongan
Pengarah PERHILITAN Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun menganggap rancangan Sungai Linggi berpotensi menjadi antara produk ekopelancongan terbaharu di Negeri Sembilan.
Beliau berkata, pihaknya sudah melantik perunding pada Disember lalu untuk menjalankan kajian dan tinjauan terperinci terhadap kedudukan buaya di sungai berkenaan.

Pelancong yang sempat menyelusuri Sungai Linggi menikmati keindahan alam sekitar sebelum pandemik COVID-19. - NSTP/Mohd Amin Jalil "Projek ini masih dalam kajian kerana kita perlu melihat daripada pelbagai aspek, seperti habitat atau jumlah buaya dan spesies di sepanjang sungai itu.
"Sungai Linggi yang bersambung dengan Sungai Timun di Rembau diyakini banyak buaya kerana air sungai itu yang bersih dan tidak tercemar, menjadikan kawasan itu habitat reptilia berkenaan.
"Namun kajian dan tinjauan menyeluruh perlu dibuat terlebih dulu sebelum pengwujudan Pusat Santuari Buaya dapat direalisasikan. Kajian itu dijangka mengambil masa antara tujuh hingga sembilan bulan," katanya.
Pihaknya akan membantu dari segi kepakaran dalam menjayakan projek berkenaan.
Lokasi sebenar Pusat Santuari Buaya yang dicadangkan itu setakat ini belum dimuktamadkan walaupun sudah dikenal pasti.
"Lokasinya akan ditentukan selepas kajian dan cadangan pihak perunding. Pengwujudan Pusat Santuari Buaya ini kelak akan memberi peluang pelancong melihat dari dekat buaya," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/habitat-sang-bedal-tarikan-baharu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Direkodkan Hari Ini 3 337 Kes Dengan 15 Kematian

Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Direkodkan Hari Ini 3 337 Kes Dengan 15 Kematian

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 333 hits
93 total views 93 views today Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 3 337 kes baharu covid 19 yang dilaporkan pada hari ini Menurut KKM kes yang dicatatkan pada hari ini adalah paling tinggi pernah direkodkan Terkini Ke...
Covid 19 Malaysia Catat 3 337 Kes Baharu 15 Kematian

Covid 19 Malaysia Catat 3 337 Kes Baharu 15 Kematian

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 294 hits
Fareez AzmanMalaysia merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 3 337 kes pada Khamis Gambar fail KUALA LUMPUR Malaysia merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 3 337 kes pada Khamis dengan 3 330 merupaka...
Pakej Perkahwinan Norma Baharu Di Dewan Perdana Felda

Pakej Perkahwinan Norma Baharu Di Dewan Perdana Felda

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 595 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan rakan sekalian Walaupun masih dalam perintah kawalan pergerakan yang dikenalkan kita tetap kena patuh SOP yang ketat dan juga beberapa aca...
Mari Teliti Bersama Polisi Baharu Whatsapp

Mari Teliti Bersama Polisi Baharu Whatsapp

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 283 hits
Penelitian Polisi Baharu WhatsApp Setelah menelaah dan meneliti polisi tersebut berikut ialah apa yang dapat saya simpulkan Kumpulan informasi maklumat pertama yang diambil oleh WhatsApp adalah maklumat penggunaan dan log informasi pengguna...
Kuo Macbook Pro Baharu Menggunakan Rekaan Iphone 12 Tiada Touch Bar Dan Menyokong Magsafe

Kuo Macbook Pro Baharu Menggunakan Rekaan Iphone 12 Tiada Touch Bar Dan Menyokong Magsafe

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 222 hits
Ming Chi Kuo penganalisa Apple yang pandangan diambil berat kerana kerap menjadi kenyataan mengeluarkan kenyataan Menurut MacRumors beliau meramalkan perubahan yang akan berlaku pada MacBook Pro yang akan dilancarkan tahun ini Pertama sekal...
Tm Pemasangan Baharu Dan Baik Pulih Perkhidmatan Diteruskan Seperti Biasa Ketika Pkp

Tm Pemasangan Baharu Dan Baik Pulih Perkhidmatan Diteruskan Seperti Biasa Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 260 hits
Telekom Malaysia kini mengumumkan yang mana mereka akan meneruskan pemasangan baharu dan baik pulih perkhidmatan di premis pelanggan seperti biasa sepanjang PKP ini kecuali di zon PKPD dan Perintah Pemerhatian Dan Pengawasan Di Rumah Pihak ...
Covid 19 Jangkitan Baharu Empat Angka Setiap Hari Pm Dijangka Umum Pkp 2 0 Petang Ini

Covid 19 Jangkitan Baharu Empat Angka Setiap Hari Pm Dijangka Umum Pkp 2 0 Petang Ini

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman penting petang ini susulan kenaikan kes mendadak COVID 19 yang mencatat empat angka setiap hari Pada 8 Januari lepas Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismai...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport