Habis Sudah Penatmu Di Dunia Ini Bekerja Siang Malam Uruskan Anak Anak Menjaga Maruah Suamimu


'Habis sudah penatmu di dunia ini bekerja siang malam, uruskan anak-anak & menjaga maruah suamimu'


Ketika hayatnya, dia menguruskan segala-gala perbelanjaan keluarga. Dia adalah ibu dan ayah kepada anak-anaknya setelah suaminya dipenjarakan. Arwah dikatakan tidak pernah berehat, masa yang ada diisi untuk menambah pendapatan. Tetapi kini, dia telah direhatkan buat selama-lamanya. Apa yang menyedihkan, nasib anak-anaknya yang tiada tempat bergantung, hanya mampu meraih simpati saudara mara

Kisah ini dikongsikan kembali agar nasib anak-anak kecil ini terbela dan juga memberikan pengajaran kepada kita yang masih bernafas. Dan sebagai ketua keluarga, seharusnya memikirkan kesan perbuatan baik buruk yang dilakukan kepada isteri dan anak-anak

SAYA bukan penulis sebenar, saya sekadar memanjangkan kisah anak-anak syurga ini agar dapat bantuan sewajarnya. 
Ini kisah anak-anak arwah staff saya yang meninggal dunia semalam. Mereka enam beradik.  Sulung darjah enam, yang bongsu satu tahun setengah. Hari ini mereka kehilangan mama tersayang. Kematian yang amat menginsafkan. Ini kisah mereka sekelurga

Saya dan suami sampai ke rumah abang ipar arwah selepas solat Jumaat tadi. Jenazah belum sampai. Masih di hospital

Suaminya di dalam penjara. Sebelum ini telah beberapa kali ditahan dan arwah yang membayar wang denda sehinggalah yang kali terakhir ini arwah sudah tidak sanggup dan tidak mempunyai wang untuk membayar denda. 
Arwah, mama hebat. Siapa sangka seawal jam 10 malam sudah mula membuat persiapan menyiapkan nasi lemak. Arwah menghantar nasi lemak setiap pagi ke Stesen Petronas. Pulang semula ke rumah menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Bayangkan bagaimana kalutnya setiap pagi. 
Selesai menghantar anak ke sekolah, beliau terus ke tempat kerja. Bekerja sebagai cleaner di sebuah bank. Jarak perjalanan ke tempat kerja antara 30-45minit. Setiap Sabtu dan Ahad arwah akan part time pula di Sultan Salai. Juga jarak perjalanan antara 30-45 minit. Baru saya tahu. Tiada sehari pun hari rehat buat beliau. Arwah bekerja siang dan malam untuk menampung hidup beliau tujuh beranak

Sedihnya Ya Allah bila tahu anak sulung baru berusia 12 tahun perlu menjaga sendiri adik-adik bila pulang dari sekolah. Tiada mak yang menghidangkan makan dan minum apabila balik dari sekolah. Semuanya telah disediakan mamanya dari awal pagi

Hari ini, rezeki Allah beri pada kami. Dapat menunggu jenazah sampai ke masjid. Sepanjang menunggu saya mendengar cerita-cerita baik tentang arwah

Sehinggalah selesai solat jenazah, apabila imam berkata bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab 'baik'. Imam bertanya lagi. Bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab baik. Kata Imam, ini adalah pengajaran untuk kita yang masih hidup. Sementara kita menunggu suami arwah tiba, bolehlah melihat dan mencium arwah buat kali terakhir. Hiba

Anak-anak arwah dipimpin oleh saudara mara ke hadapan. Mereka, usianya tidak lebih 12 tahun apatah lagi si bongsu masih menyusu badan. Hampir pasti tidak faham langsung apa yang berlaku. Ajaibnya apabila melihat wajah mama mereka terkujur kaku dan tersenyum anak-anak ini menangis semahunya

Selesai saudara mara dan sahabat melihat wajah untuk kali terakhir, kami semua diminta duduk. Menunggu sahaja ketibaan suami arwah. Sebak

Tiba-tiba terdengar esakan dan jeritan anak arwah. Mereka meluru dan memeluk susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berjalan masuk dari pintu masjid. Tanggannya bergari sebelah. Ditemani dua orang pegawai penjara

Allah.. air mata ini tidak dapat aku tahan. Sungguh, cerita seperti ini hanya dalam drama. Tetapi ini benar-benar terjadi kepada orang yang aku kenali

Suaminya terus dibawa ke hadapan jenazah. Menangis semahunya menatap wajah isteri, kemudian dibawa ke tepi dinding. Masa ini semua anak arwah memeluk ayah mereka. Barangkali rindu teramat kepada lelaki bergelar ayah ini. Si kecil juga sempat didukung ayahnya. Suasana di dalam masjid bertukar sangat hiba. Hampir semua yang ada sebak dan menangis menyaksikan moment ini

Tidak sampai 10 minit, lelaki ini terpaksa pergi. Dia terpaksa pulang ke tempat sementaranya, penjara! Tidak dapat menghantar arwah isteri ke tempat rehatnya yang abadi. 
Wahai pekerjaku yang baik budi dan berdedikasi, engkau meninggalkan senyuman di wajahmu. Sudah kerap kali kau mengadu penat pada kawanmu sekalipun tidak pernah engkau ceritakan masalah ini kepada majikanmu


Semalam, Allah SWT merehatkanmu. Habis sudah penatmu di dunia ini bekerja siang malam, menguruskan anak-anak dan menjaga maruah suamimu sehinggakan aku majikanmu tidak tahu langsung kamu bekerja seorang diri menyara keluarga

Wanita hebat, semoga Allah SWT lapangkan kuburmu menempatkan rohmu bersama orang-orang soleh

Kuatkanlah hati anak-anak ini. Masih terngiang perbualan terakhir saya bersama arwah minggu lepas di Sultan Salai, 
“Akak hantar semua anak-anak akak masuk sekolah cina. Sebab akak nak anak-anak akak pandai berdikari.”
Sehingga cacatan ini ditulis, sebak masih ada. Siapalah yang akan menjaga enam orang anak arwah sementara ayah mereka di dalam penjara. Arwah sudah tidak mempunyai bapa, ibu mertua dan ayah mertua

Catatan saya ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa, ambillah pengajaran daripada kisah benar ini. Sebelum melakukan apa-apa yang boleh merosakkan diri sendiri, ingat juga kesan yang akan terjadi kepada anak-anak dan isteri akibat perbuatan diri sendiri

Allah SWT susun jalan cerita seperti ini untuk memberikan pengajaran kepada kita semua yang masih bernyawa

SUMBANGAN DAN BANTUAN IKHLAS
Terima kasih pada yang cakna dan alert tentang  enam beradik kehilangan ibu dalam kemalangan motor pada 25 April 2019(Khamis) ketika baru pulang dari tempat kerja sebagai cleaner di sebuah bank di Rembau. Anak yang sulung berumur 12 tahun (darjah enam) dan yang bongsu berumur (setahun). Buat sementara waktu mereka kini tinggal bersama pakcik saudara di Kampung Legong Ulu, Kota, Negeri Sembilan

Sebarang pertanyaan lanjut atau mahu membuat sumbangan ikhlas pada anak-anak tersebut boleh berhubung dengan penjaga waris :
NORAZILA BT SAHRAN(IBU SAUDARA) No Tel: 0167534022
SAJIRIN BIN KASSIM(DATUK SAUDARA) No Tel: 0193508629Akaun : CIMB( 0504 000 5041205 )

Sebarang maklumat selain dari di atas adalah tidak benar sama sekali. Wallahualam. Sekiranya tidak mampu bantu, bantulah share, semoga ada insan-insan yang dapat membantu anak-anak kecil ini dan keluarga terdekat. Allah kira semua itu walaupun kita hanya sekadar share

Semoga semua urusan enam beradik ni dipermudahkan oleh Allah.. Aamiin. Saya bukan penulis sebenar dan bukan majikan Arwah. Saya hanya memanjangkan nukilan ini. Al fatihah untuk arwah ibunya

Sumber: Hamidah Sulaiman

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2019/05/habis-sudah-penatmu-di-dunia-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Keluar Satu Kenyataan Berani Kepada Tmj Ketika Tmj Menjaga Fam Dahulu Papagomo Seru Anak Johor Bangkit

Syed Saddiq Keluar Satu Kenyataan Berani Kepada Tmj Ketika Tmj Menjaga Fam Dahulu Papagomo Seru Anak Johor Bangkit

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 600 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman menyindir Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menggesa rakyat menolak kepimpinan Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak berbuat demikian ketika Najib Razak menjadi perdana menter...
Tidur Siang Penting Untuk Mental Fizikal Anak Rujuk Jadual Tidur Siang Ini

Tidur Siang Penting Untuk Mental Fizikal Anak Rujuk Jadual Tidur Siang Ini

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 316 hits
Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak Kanak kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan Begitu juga dengan tidur siang ia ...
Siang Ini Gunung Anak Krakatau Terpantau Erupsi

Siang Ini Gunung Anak Krakatau Terpantau Erupsi

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 213 hits
Erupsi ini terekam di seismogram dengan amplitudo maksimum 54 mm dan durasi 13 menit 6 detik Namun tidak terdengar suara dentuman
Ibu Bekerja Mungkin Anda Terlepas Banyak Permulaan Dalam Hidup Anak Tapi Anda Tetap Jadi Yang Pertama

Ibu Bekerja Mungkin Anda Terlepas Banyak Permulaan Dalam Hidup Anak Tapi Anda Tetap Jadi Yang Pertama

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 643 hits
Bagi ibu yang bekerja sangat berat untuk melepaskan anak dalam jagaan pengasuh Namun apakan daya ada tuntutan yang perlu diselesaikan setiap hari yang memerlukan komitmen yang tinggi Dr Tengku Ezulia berkongsi perspektifnya tentang ibu yang...
Dia Kecil Lagi Tapi Dari Kecil Kena Didik Maruah Perempuan Aliff Syukri Rotan Anak Sebab Buka Tudung

Dia Kecil Lagi Tapi Dari Kecil Kena Didik Maruah Perempuan Aliff Syukri Rotan Anak Sebab Buka Tudung

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 547 hits
Dato Seri Aliff Syukri Jutawan kosmetik berkongsi sebuah video di laman instagramnya Video tersebut dengan kepsyen yang panjang menerangkan kenapa dia berbuat demikian kepada anak perempuanya Qadejah atau lebih manja dipanggil Cess Dato Ali...
Mungkin Ramai Sukar Terima Tapi Lama Kelamaan Kita Akan Biasakan Diri Pm Cadang Tukar Waktu Kerja Siang Kepada Malam

Mungkin Ramai Sukar Terima Tapi Lama Kelamaan Kita Akan Biasakan Diri Pm Cadang Tukar Waktu Kerja Siang Kepada Malam

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 359 hits
Mungkin ramai sukar terima tapi lama kelamaan kita akan biasakan diri PM cadang tukar waktu kerja siang kepada malam Malaysia dalam kerangka menukar jam waktu kerja daripada siang kepada malam bagi industri tertentu untuk mengurangkan keber...
Pm Tun Dr Mahathir Cadang Tukarkan Waktu Kerja Siang Kepada Malam

Pm Tun Dr Mahathir Cadang Tukarkan Waktu Kerja Siang Kepada Malam

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 416 hits
Adakah anda sudah bersedia untuk bekerja di waktu malam Ya Malaysia dalam kerangka menukar waktu kerja daripada siang kepada waktu malam Namun pertukaran masa bekerja itu bagi industri tertentu sahaja untuk mengurangkan kebergantungan kepad...
Bila Ada Anak Ajaibnya Amyra Tak Terasa Penat Mampu Uruskan Semua Benda

Bila Ada Anak Ajaibnya Amyra Tak Terasa Penat Mampu Uruskan Semua Benda

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 463 hits
Pelakon jelita Amyra Rosli mendedahkan bahawa menjadi seorang ibu membuatkan dia menjadi seorang yang serba boleh dalam menguruskan banyak benda Dia mengakui mempunyai anak membuatkan dia rasa sangat ajaib kerana tidak terasa penat mengurus...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025