Habis Rosak Budak Sekolah Netizen Kecam Pihak Sekolah Jemput Haqiem Stopa Beri Ceramah Motivasi Kepada Pelajar



Foto dari Urusetia Belia Mahir

Tindakan sebuah sekolah menengah di Sungai Besi menjemput ikon pemotoran yang tidak diiktiraf ramai (tetapi diiktiraf Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Haqiem Stopa, untuk memberi ceramah motivasi kepada para pelajar, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial. 

Terdahulu, Haqiem Stopa yang mempunyai lebih 860,000 followers di TikTok memuat naik video menunjukkan kehadirannya di sekolah tersebut untuk memberi ceramah motivasi. 


"Terima kasih SMK Sungai Besi," tulisnya pada kapsyen video berserta dengan hashtag #matrempit. 


@haqiemstopa Trima Kasih SMK Sungai Besi 🤙🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit ♬ original sound - Haqiem_stopa

Dalam satu kenyataan dari Belia Mahir, penganjur program perkongsian motivasi itu berkata, SMK Sungai Besi merupakan salah satu sekolah yang memberi kerjasama terhadap pihaknya, Belia Mahir, yang menlaksanakankan program 'Cerita Orang Gagal' di mana program tersebut bertujuan memberi peluang kepada anak muda untuk bangkit dari kegagalan dan maju di masa depan. 


"Haqiem Stopa, seorang influencer media sosial yang mana pengisiannya berkisarkan tentang permotoran. Berpendidikan sehingga Tingkatan 3 dan mula merantau ke Kuala Lumpur seawal usia enam tahun. 


"Nama beliau mula dikenali selepas mencetuskan provokasi di media sosial dan juga terperangkap dengan presepsi politik terhadap beliau. 


"Menerima kecaman, penghinaan, kutukan, ancaman yang hebat yang juga dikira sebagai buli di alam maya. Alami tekanan yang dahsyat dan di atas talian di atas kesilapan yang dilakukan dan perkara yang tidak dilakukan. Beliau hanyalah seorang peniaga kecil mencetak baju untuk aktiviti permotoran," kata kenyataan itu. 


Video itu mendapat banyak perhatian netizen dan salah seorangnya, Kuro Bikeseller yang mempertikaikan tindakan pihak sekolah yang dikatakan tidak mengkaji latar belakang individu berkenaan sebelum diundang untuk memberi motivasi. 


"Kenapa dia dijemput? Atas dasar apa? Cemerlang dalam pendidikan? Cemerlang dalam usahawan? Cemerlang dalam dunia permotoran? 


"Saya tidak setuju orang seperti ini diberi peluang untuk bercakap di depan budak-budak lapisan zaman akan datang. Orang seperti ini sepatutnya kita abaikan, bukan diberi perhatian. 


"Sudah lama saya menahan diri dari memuat naik post tentang budak hingusan ini. Hari ini saya dapat video ini, this is last la bro. Kau nak tunjuk kebodohan kau aku tak kisah, tetapi untuk pelapis, aku tak setuju," katanya. 





Netizen turut menyalahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal yang menjadi punca kepada bermulanya masalah kerosakkan ahlak di kalangan pelajar sekolah. 

"Mat Jargon woi! Habis rosak murid sekolah pasal kau angkat sampah ini sebagai ikon anak muda. Kau ni jelas makhluk perosak agama dan bangsa," kata Anas Abd Jalil. 


Guru sekolah berkenaan juga tidak terkecuali menerima tempias kemarahan netizen. 


"Cikgu mana bodoh gampang jemput dia ni? Jadi cikgu guna sijil tipu ke?" soal Nik Mohamad Khairi. 


"Kalau aku jadi mak ayah budak-budak sekolah ini, aku dah complaint dah. Memang mesyuarat PIBG tu dengar suara aku memekak je sebab nak doktrin anak-anak aku dengan idola tak berguna macam ni," kata Siti Norbaizura. 





Sumber: Haqiem Stopa, Kuro Bikeseller, Cerita Orang Gagal

source https://www.thereporter.my/2022/07/video-habis-rosak-budak-sekolah-netizen.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/07/video-habis-rosak-budak-sekolah-netizen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Haqiem Stopa Datang Bagi Ceramah Kpm Akan Siasat Pihak Sekolah

Tular Haqiem Stopa Datang Bagi Ceramah Kpm Akan Siasat Pihak Sekolah

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 318 hits
Kehadiran TikToker yang sering berkongsi konten berkenaan motosikal di media sosial Haqiem Stopa ke sekolah tempoh hari telah menjadi perbualan netizensejak beberapa hari kebelakangan ini Dia yang hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai...
Haqiem Stopa Datang Sekolah Bagi Motivasi Netizen Luah Rasa Tak Setuju

Haqiem Stopa Datang Sekolah Bagi Motivasi Netizen Luah Rasa Tak Setuju

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 258 hits
Sekitar beberapa bulan lalu nama Haqiem Stopa telah mendapat perhatian media selepas dia diberi kesempatan bertemu dengan Timbalan Menteri Perpaduan Wan Ahmad Fayhsal Mana tidaknya ramai yang mengecam pemuda tersebut kerana diberi jolokkan ...
Kita Pun Tak Ajar Mereka Bawa Main Motor Keberadaan Di Sekolah Haqiem Stopa Lerai Kekeliruan Jelaskan Situasi Sebenar

Kita Pun Tak Ajar Mereka Bawa Main Motor Keberadaan Di Sekolah Haqiem Stopa Lerai Kekeliruan Jelaskan Situasi Sebenar

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 386 hits
Video yang memaparkan pensohor media sosial yang sinonim dengan konten permotoran Haqiem Jaafar atau Haqiem Stopa yang dilihat hadir ke sebuah sekolah di Kuala Lumpur untuk memberikan ceramah motivasi menerima reaksi pelbagai netizen Ini ke...
Haqiem Stopa Kongsi Kisah Bangkit Dari Kegagalan Tak Ajar Pun Budak2 Bawa Motor

Haqiem Stopa Kongsi Kisah Bangkit Dari Kegagalan Tak Ajar Pun Budak2 Bawa Motor

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 210 hits
Sejak semalam video seorang TikToker yang terkenal dengan konten permotoran Haqiem Stopa sekali lagi menerima kecaman netizen di media sosial apabila hadir ke sekolah untuk memberikan motivasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi Perk...
Hiburan Tolonglah Guna Carseat Child Lock Netizen Seriau Tengok Budak Tercicir Atas Jalan

Hiburan Tolonglah Guna Carseat Child Lock Netizen Seriau Tengok Budak Tercicir Atas Jalan

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 127 hits
Viral di media sosial baru baru ini satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aishah Lokman yang memaparkan kejadian mengejutkan telah mendapat perhatian orang ramai Menerusi video rakaman dashcam tersebut dilihat sebuah ke...
Hiburan Macam Drama Tv Shuk Sahar Buat Tiktok Ketika Urusan Di Mahkamah Netizen Kecam Seolah Cari Publisiti

Hiburan Macam Drama Tv Shuk Sahar Buat Tiktok Ketika Urusan Di Mahkamah Netizen Kecam Seolah Cari Publisiti

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 185 hits
Seolah memberi bayangan bahawa perkahwinannya kini sudah sampai ke penghujung pelawak Shuk Sahar baru baru ini ada memuat naik video yang memaparkan dia berada di mahkamah bersama seorang peguam pada pagi Jumaat Mengenakan kemeja hitam dan ...
Enam Pelajar Sekolah Inanam Ditahan Kerana Didakwa Memukul Rakan Sekolah

Enam Pelajar Sekolah Inanam Ditahan Kerana Didakwa Memukul Rakan Sekolah

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 312 hits
7 pembuli ala gengster sudah ditahan polis Pesanan saya kepada keluarga mangsa jangan termakan rayuan nangis mintak simpati daripada pemangsa biar mereka tahu tingginya langit dan bumi SALAH TETAP SALAH Sekumpulan pelajar perempuan ditahan ...
Aku Kenal Diorang Ni Diorang Ni Tak Pakai Tudung Pun Dah Kena Kecam Youtuber Salahkan Netizen Tak Buat Kajian

Aku Kenal Diorang Ni Diorang Ni Tak Pakai Tudung Pun Dah Kena Kecam Youtuber Salahkan Netizen Tak Buat Kajian

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 326 hits
Aku kenal diorang ni diorang ni tak pakai tudung pun Dah kena kecam YouTuber salahkan netizen tak buat kajianSusulan viral video prank tarik tudung perempuan YouTuber Nick Channel tampil memberi penjelasan bahawa video yang diterbitkan itu ...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al Quran Dan Fardu Ain Tahun 2023

Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah