Habis Rm1 1 Trilion Bantu Melayu Kroni Yang Kaya Raya



Peruntukan ekonomi yang mengutamakan Bumiputera sejak puluhan tahun lalu terbukti tidak menjana ekonomi dan memperbaiki jurang kesenjangan antara kaum, sebaliknya menyuburkan penyelewengan berskala besar.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dalam perbahasan Belanjawan 2021 baru-baru ini mengungkapkan kegagalan dasar ekonomi berasaskan kaum itu dan tidak mahu kerajaan Perikatan Nasional mengulangi dasar yang gagal pada era BN.
Katanya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagaimana amalan kerajaan sebelum ini hanya menghasilkan segelintir kelompok elit Melayu tetapi memangsakan Melayu marhaen. Dasar itu tidak perlu dikitar semula dalam pandemik Covid 19 dengan mengutamakan peruntukan sebesar RM22 bilion untuk Bumiputera.
“Penerapan pendekatan baru diperlukan kerana serampang kedua DEB yang sepatutnya bertujuan untuk menangani keseimbangan ekonomi antara etnik dengan penggunaan kuota Bumiputera dalam perniagaan, pendidikan dan kegiatan ekonomi lain telah mengakibatkan politik patronage dan rent-seeking yang membawa kepada rasuah.
“Sebahagian besar daripada hasil kerajaan sebanyak RM1.1 trilion selama 20 tahun telah diberikan kepada kontraktor Bumiputera. Walaupun demikian, sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar tetap masih kurang daripada 9%
“Sekiranya jumlah hasil kerajaan selama 50 tahun dari tahun 1971 dikira, pemulangan sebanyak 9% tentunya terlalu kecil sebagai balasan kos DEB. Ini tidak termasuk penderitaan dan pengorbanan bukan Melayu yang kehilangan peluang untuk kehidupan yang lebih baik berlandaskan bakat dan usaha mereka,” katanya dipetik.
Hal itu, menurut William perlu diperbetulkan dalam Wawasan Kemakmuran 2030. Sebaliknya, kerajaan PN hari ini seolah-olah ingin mengulang semula pendekatan lama hanya kerana mahukan sokongan politik orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.
“Dengan hanya 2.1% daripada 20 golongan kaya teratas adalah Melayu, persoalannya siapakah yang memperoleh semua kekayaan itu apabila lebih daripada RM1.1 trilion dibelanjakan untuk Agenda Bumiputera? Pelaksanaan Agenda Bumiputera tidak dapat dicapai disebabkan oleh kleptokrasi, nepotisme, kronisme dan amalan rasuah.
“Cadangan dalam belanjawan kali ini yang bertujuan menerapkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dilihat merupakan lanjutan daripada dasar pengutamaan kaum yang mana ia hanya akan membawa kepada hasil yang sama buruk (dengan pemerintahan BN),” katanya.
Justeru, Wiliam mencadangkan pendekatan peruntukan ekonomi bagi semua kaum yang terkesan akibat Covid 19 diberi keutamaan.
Katanya, kerajaan perlu menyelesaikan isu pokok yang mengancam ekonomi. Sekiranya beberapa langkah perlu tidak dibuat maka kelemahan itu mungkin mengakibatkan penutupan lebih banyak industri dan perniagaan seterusnya merugikan semua kaum di Malaysia.
Beliau menggariskan 4 perkara utama yang perlu diberi perhatian, iaitu: memanjangkan moratorium sehingga Mac 2021; Program Subsidi Upah Bersasar yang tamat dalam 3 bulan akan menjejaskan 70,000 majikan dan 900,000 pekerja yang perlu diambilkira; RM50 juta untuk masalah pekerja sektor penerbangan yang diberhentikan namun tiada peruntukan untuk sektor pelancongan, perhotelan dan peruncitan serta 9,675 PKS ditutup semasa fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac hingga 9 Jun sementara 22,794 perniagaan ditutup dari Jun hingga September semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang memerlukan perhatian segera kerajaan.
William juga mencadangkan konsep Masyarakat Bersama diwujudkan bagi memastikan kemakmuran dikongsi oleh pelbagai kaum yang sama-sama membina semula ekonomi Malaysia pasca Covid 19.
“Masyarakat Bersama menjana keuntungan ekonomi dengan memanfaatkan kemahiran, kekuatan dan bakat seluruh rakyat. Masyarakat Bersama turut mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan sejahtera.
“Di mana setiap orang mempunyai kapasiti yang sama untuk terlibat dan memanfaatkan peluang ekonomi, politik dan sosial tanpa mengira bangsa, etnik, agama, bahasa dan lain-lain identiti, maka hubungan antara kumpulan akan menjadi damai dan semestinya wajar,” katanya lagi.
William membuat kesimpulan, sekiranya Belanjawan 2021 tidak dipinda bagi membawa negara ke arah yang lebih baik maka sewajarnya belanjawan kali ini tidak disokong.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30684

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dasar Utamakan Kaum Dana Rm1 1 Trilion Berakhir Dengan Penyelewengan Besar Besaran

Dasar Utamakan Kaum Dana Rm1 1 Trilion Berakhir Dengan Penyelewengan Besar Besaran

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 216 hits
Peruntukan ekonomi yang mengutamakan Bumiputera sejak puluhan tahun lalu terbukti tidak menjana ekonomi dan memperbaiki jurang kesenjangan antara kaum sebaliknya menyuburkan penyelewengan berskala besar Ahli Parlimen Selayang William Leong ...
Rm1 5 Juta Diperuntuk Bantu Nelayan Terlibat Bencana

Rm1 5 Juta Diperuntuk Bantu Nelayan Terlibat Bencana

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 238 hits
Disalurkan bagi bantuan segera ringan beban akibat musibah TUMPAT Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memperuntukkan RM1 5 juta bagi bantuan bencana dan kebajikan nelayan yang terlibat dengan bencana di seluruh negara tahun ini Timba...
Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 279 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sekiranya Belanjawan 2021 diteruskan tindakan itu akan membawa kepada peningkatan hutang negara sehingga RM1 3 trilion Pada sidang Dewan Rakyat sebentar tadi Tun Mahathir menyatakan kekagumannya terhadap ...
Najib Tanya Siapa Di Belakang Portal Yang Kaya Raya

Najib Tanya Siapa Di Belakang Portal Yang Kaya Raya

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 296 hits
MALAYSIA DATELINEBekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan dari mana punca kewangan portal MalaysiaNow yang amat kaya raya sehingga mampu bermula beroperasi di tengah tengah krisis COVID 19 Katanya pada ketika ini media...
Eur Usd November 11 Laporan Cot Debat Di Antara Donald Trump Dan Joe Biden Berlanjutan Topik Pilihan Raya Belum Habis

Eur Usd November 11 Laporan Cot Debat Di Antara Donald Trump Dan Joe Biden Berlanjutan Topik Pilihan Raya Belum Habis

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 342 hits
EUR USD 1H Pada 10 November pasangan EUR USD melakukan penurunan harga dalam tahap pembetulan 76 4 namun dengan cepat melakukan pembalikan yang memihak kepada mata wang EU dan kembali ke tahap 76 4 Oleh itu penutupan harga baru di bawah tah...
Hutang Kerajaan Akan Jadi Rm1 3 Trilion Macam Mana Nak Bayar

Hutang Kerajaan Akan Jadi Rm1 3 Trilion Macam Mana Nak Bayar

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 354 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa curiga terhadap unjuran kerajaan berkenaan pemulihan ekonomi tahun depan Kerajaan meramal pertumbuhan keluaran dalam negara kasar pada kadar 4 ke 7 5 peratus Tetapi menurut Mahathir r...
Mengapa Dahulu Orang Putih Kata Bangsa Melayu Pemalas

Mengapa Dahulu Orang Putih Kata Bangsa Melayu Pemalas

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 873 hits
Orang Inggeris bila datang ke Tanah Melayu mereka sedar orang Melayu memang rajin dan pantang duduk diam Mereka nampak orang Melayu masuk hutan mencari akar kayu mengharung laut mencari ikan meredah sungai mencari bijih dan turun ke bendang...
Mat Sabu Gives The Raja Raja Melayu A Subtle Warning

Mat Sabu Gives The Raja Raja Melayu A Subtle Warning

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 212 hits
Royalty in Malaysia should not be dragged into any conflict that arises among politicians said Amanah president Mohamad Sabu alluding to the ongoing anti monarchy protests in Thailand The Kota Raja MP in his debate on the Supply Bill 2021 a...
Resepi Talam Berlauk Berinti Daging Kisar Kuih Melayu Zaman Berzaman

Resepi Talam Berlauk Berinti Daging Kisar Kuih Melayu Zaman Berzaman

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 911 hits
RESEPI TALAM BERLAUK BERINTI DAGING KISAR KUIH MELAYU ZAMAN BERZAMANTALAM BERLAUK ADALAH SEJENIS KUIH MELAYU TRADISIONAL SEJAK ZAMAN BERZAMAN
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya