Dasar Utamakan Kaum Dana Rm1 1 Trilion Berakhir Dengan Penyelewengan Besar Besaran







Peruntukan ekonomi yang mengutamakan Bumiputera sejak puluhan tahun lalu terbukti tidak menjana ekonomi dan memperbaiki jurang kesenjangan antara kaum, sebaliknya menyuburkan penyelewengan berskala besar.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dalam perbahasan Belanjawan 2021 baru-baru ini mengungkapkan kegagalan dasar ekonomi berasaskan kaum itu dan tidak mahu kerajaan Perikatan Nasional mengulangi dasar yang gagal pada era BN.
Katanya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagaimana amalan kerajaan sebelum ini hanya menghasilkan segelintir kelompok elit Melayu tetapi memangsakan Melayu marhaen. Dasar itu tidak perlu dikitar semula dalam pandemik Covid 19 dengan mengutamakan peruntukan sebesar RM22 bilion untuk Bumiputera.
"Penerapan pendekatan baru diperlukan kerana serampang kedua DEB yang sepatutnya bertujuan untuk menangani keseimbangan ekonomi antara etnik dengan penggunaan kuota Bumiputera dalam perniagaan, pendidikan dan kegiatan ekonomi lain telah mengakibatkan politik patronage dan rent-seekingyang membawa kepada rasuah.
"Sebahagian besar daripada hasil kerajaan sebanyak RM1.1 trilion selama 20 tahun telah diberikan kepada kontraktor Bumiputera. Walaupun demikian, sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar tetap masih kurang daripada 9%
"Sekiranya jumlah hasil kerajaan selama 50 tahun dari tahun 1971 dikira, pemulangan sebanyak 9% tentunya terlalu kecil sebagai balasan kos DEB. Ini tidak termasuk penderitaan dan pengorbanan bukan Melayu yang kehilangan peluang untuk kehidupan yang lebih baik berlandaskan bakat dan usaha mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Hal itu, menurut William perlu diperbetulkan dalam Wawasan Kemakmuran 2030. Sebaliknya, kerajaan PN hari ini seolah-olah ingin mengulang semula pendekatan lama hanya kerana mahukan sokongan politik orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.
"Dengan hanya 2.1% daripada 20 golongan kaya teratas adalah Melayu, persoalannya siapakah yang memperoleh semua kekayaan itu apabila lebih daripada RM1.1 trilion dibelanjakan untuk Agenda Bumiputera? Pelaksanaan Agenda Bumiputera tidak dapat dicapai disebabkan oleh kleptokrasi, nepotisme, kronisme dan amalan rasuah.
"Cadangan dalam belanjawan kali ini yang bertujuan menerapkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dilihat merupakan lanjutan daripada dasar pengutamaan kaum yang mana ia hanya akan membawa kepada hasil yang sama buruk (dengan pemerintahan BN)," katanya.
Justeru, Wiliam mencadangkan pendekatan peruntukan ekonomi bagi semua kaum yang terkesan akibat Covid 19 diberi keutamaan.
Katanya, kerajaan perlu menyelesaikan isu pokok yang mengancam ekonomi. Sekiranya beberapa langkah perlu tidak dibuat maka kelemahan itu mungkin mengakibatkan penutupan lebih banyak industri dan perniagaan seterusnya merugikan semua kaum di Malaysia.
Beliau menggariskan 4 perkara utama yang perlu diberi perhatian, iaitu: memanjangkan moratorium sehingga Mac 2021; Program Subsidi Upah Bersasar yang tamat dalam 3 bulan akan menjejaskan 70,000 majikan dan 900,000 pekerja yang perlu diambilkira; RM50 juta untuk masalah pekerja sektor penerbangan yang diberhentikan namun tiada peruntukan untuk sektor pelancongan, perhotelan dan peruncitan serta 9,675 PKS ditutup semasa fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac hingga 9 Jun sementara 22,794 perniagaan ditutup dari Jun hingga September semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang memerlukan perhatian segera kerajaan.
William juga mencadangkan konsep Masyarakat Bersama diwujudkan bagi memastikan kemakmuran dikongsi oleh pelbagai kaum yang sama-sama membina semula ekonomi Malaysia pasca Covid 19.
"Masyarakat Bersama menjana keuntungan ekonomi dengan memanfaatkan kemahiran, kekuatan dan bakat seluruh rakyat. Masyarakat Bersama turut mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan sejahtera.
"Di mana setiap orang mempunyai kapasiti yang sama untuk terlibat dan memanfaatkan peluang ekonomi, politik dan sosial tanpa mengira bangsa, etnik, agama, bahasa dan lain-lain identiti, maka hubungan antara kumpulan akan menjadi damai dan semestinya wajar," katanya lagi.
William membuat kesimpulan, sekiranya Belanjawan 2021 tidak dipinda bagi membawa negara ke arah yang lebih baik maka sewajarnya belanjawan kali ini tidak disokong.




 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/dasar-utamakan-kaum-dana-rm11-trilion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjualan Etf Secara Besar Besaran Memberi Tekanan Kepada Emas

Penjualan Etf Secara Besar Besaran Memberi Tekanan Kepada Emas

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 251 hits
Menurut banyak penganalisis penjualan ETF secara besar besaran mempengaruhi harga emas Penjualan ETF pukal terus memberi tekanan pada logam berharga Oleh itu ETF emas yang dijejaki oleh Bloomberg mencatat aliran keluar 10 tan lagi semalam k...
Cabaran Besar Buat Kwsp Sediakan Dana I Sinar

Cabaran Besar Buat Kwsp Sediakan Dana I Sinar

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 272 hits
Nazir Hussin Akhtar Hussin KUALA LUMPUR Langkah kerajaan bersetuju memperluaskan pengeluaran program i Sinar daripada Akuan 1 Kumpulan Wang Simpan Pekerja sebenarnya menjadi satu cabaran besar kepada tabung persaraan pekerja itu Ketua Perge...
Habis Rm1 1 Trilion Bantu Melayu Kroni Yang Kaya Raya

Habis Rm1 1 Trilion Bantu Melayu Kroni Yang Kaya Raya

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 368 hits
Peruntukan ekonomi yang mengutamakan Bumiputera sejak puluhan tahun lalu terbukti tidak menjana ekonomi dan memperbaiki jurang kesenjangan antara kaum sebaliknya menyuburkan penyelewengan berskala besar Ahli Parlimen Selayang William Leong ...
Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 309 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sekiranya Belanjawan 2021 diteruskan tindakan itu akan membawa kepada peningkatan hutang negara sehingga RM1 3 trilion Pada sidang Dewan Rakyat sebentar tadi Tun Mahathir menyatakan kekagumannya terhadap ...
Hutang Kerajaan Akan Jadi Rm1 3 Trilion Macam Mana Nak Bayar

Hutang Kerajaan Akan Jadi Rm1 3 Trilion Macam Mana Nak Bayar

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 395 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa curiga terhadap unjuran kerajaan berkenaan pemulihan ekonomi tahun depan Kerajaan meramal pertumbuhan keluaran dalam negara kasar pada kadar 4 ke 7 5 peratus Tetapi menurut Mahathir r...
Covid 19 Indonesia Mulakan Kempen Vaksinasi Besar Besaran Bulan Depan Jokowi

Covid 19 Indonesia Mulakan Kempen Vaksinasi Besar Besaran Bulan Depan Jokowi

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 300 hits
JAKARTA Indonesia akan memulakan kempen vaksinasi COVID 19 secara besar besaran pada akhir tahun ini Presiden Joko Widodo memberitahu Reuters bahawa perancangan sudah dilakukan untuk mengedarkan vaksin ke seluruh negara Sekiranya Agensi Mak...
Announce Jer Akan Buat Sambutan Karpet Merah Besar Besaran Hahahaha

Announce Jer Akan Buat Sambutan Karpet Merah Besar Besaran Hahahaha

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 237 hits
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menjamin keselamatan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low untuk pulang ke Malaysia Ia selepas pendedahan rakaman yang antara lain menunjukkan Jho Low mendakwa dia...
Bayi Makin Besar Tidur Lasak Sampai Jatuh Katil Kalau Itu Berlaku Mak Ayah Jangan Cepat Panik Buat 5 Langkah Ni Dulu

Bayi Makin Besar Tidur Lasak Sampai Jatuh Katil Kalau Itu Berlaku Mak Ayah Jangan Cepat Panik Buat 5 Langkah Ni Dulu

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 420 hits
Kejadian bayi jatuh dari katil memang sering kita dengar kadang memang dah buat kubu dengan bantal di sekeliling anak yang tidur tapi kejadian jatuh katil masih lagi berlaku Bila anak jatuh katil mak ayah tentunya tak keruan Tak tahu apa na...
Menyambut Imam Besar Di Petamburan Iii

Menyambut Imam Besar Di Petamburan Iii

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 256 hits
Menyambut Imam Besar di Petamburan III Jelang kedatangan Imam Besar Front Pembela Islam Habib Rizieq Shihab warga dan anggota FPI dari berbagai daerah mulai mempersiapkan penyambutan dengan atribut poster dan baliho yang terpasang menghiasi...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit