Habib Jewels Festival Batu Permata Sempena Jualan Akhir Tahun 2019
Salam,Mari-mari dekat-dekat para peminat batu permata dan barang kemas, HABIB sedang mempamerkan koleksi terbesar barangan kemas batu permata mereka bermula hari ini sehingga 1 Disember 2019 di Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya. Terdapat lebih dari 1000 koleksi barangan kemas batu permata berharga bersempena dengan Jualan Akhir Tahun Malaysia. Jualan Akhir Tahun Habib turut disambut di semua 28 bilik pameran Habib seluruh negara, dengan potongan harga menarik sehingga 1 Januari 2020.
Sempena Jualan Akhir Tahun dengan tema ‘Magical Holiday Festivity’, HABIB telah mengadakan Majlis Pelancaran Festival Batu Permata dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan 12 Koleksi Batu Permata berharga terbaik Habib bertempat di Ground Floor IOI Mall, Putrajaya. Majlis bermula dengan ucapan aluan dari pengacara majlis, Ili Ruzana yang merupakan juruhebah Fly FM. Ili telah diserikan dengan indah, memakai barangan kemas dari koleksi berlian dan zamrud
Majlis pada petang ini diserikan lagi dengan persembahan khas dari Cassidy La Crème yang kelihatan begitu cantik dan menawan dengan koleksi eksklusif berlian dan batu permata terbaru HABIB
Ucapan dari Dato' Sri Meer Sadik HabibPengarah Urusan perniagaan barang kemas tempatan terkenal, Habib Jewels
Pertunjukan fesyen yang menampilkan 12 koleksi batu permata berharga terbaik HABIB digayakan oleh model-model seperti seorang Puteri Istana.
Begitu menawan sekali melihat si pemakai menggayakan batu permata berharga terbaik HABIB.
Ini merupakan kali pertama HABIB menyambut musim festival secara besar-besaran dan jenama ini menawarkan pelbagai pilihan barang kemas antaranya berlian pelbagai bentuk, potongan dan karat, Emas 916 (koleksi eksklusif Oro Italia 916), Jongkong Emas, Batu Permata Berharga dan Mutiara dengan harga yang berpatutan. Untuk koleksi 2020, koleksi istimewa yang dinamakan Koleksi Eksport, mempunyai rekaan yang unik dan eksklusif dengan berlian terpilih. Koleksi ini sangat dinantikan oleh penggemar emas setiap hujung tahun kerana ia hanya ditawarkan pada Jualan Akhir Tahun HABIB.
Tagline Jualan Akhir Tahun HABIB adalah ‘Hadiah Kebahagiaan’, kerana ini ialah masa yang paling sesuai kerana bermulanya musim cuti sekolah, musim perkahwinan, pertukaran hadiah ketika Krismas yang akan datang dan sambutan Tahun Baru tidak lama lagi
Turut memeriahkan majlis adalah Duta HABIB; Rozita Che Wan bersama si ciliknya, Aaisyah Dhia Rania
Dato' Sri Meer Sadik Habib bersama isteri tercinta Datin Sri' Zarida
Diantara artis yang hadir dan memeriahkan majlis adalah Ryzal Jaafar, Adeline Tsen dan Cassidy.
Terima kasih kerana menjemput Nova Leeza untuk melihat dengan lebih dekat koleksi-koleksi istimewa dari HABIB. Sungguh teruja melihat koleksi yang cantik-cantik belaka
Trend fesyen terkini adalah rekaan barang kemas yang lebih ringkas, moden, elegan dan berkelas tinggi. Malah, batu permata pelbagai warna sedang menjadi trend hangat pada masa kini. Oleh itu, HABIB telah menggabungkan fesyen Eropah dalam rekaan barangan kemas mereka. Koleksi batu permata HABIB jarang diberi diskaun kerana ini ialah koleksi berharga. Namun, sempena Jualan Akhir Tahun ini, buat pertama kalinya, HABIB memberikan sesuatu yang istimewa untuk pelanggannya, tawaran harga yang mampu milik untuk koleksi permata.
Permintaan terhadap batu permata berwarna seperti zamrud, delima, dan nilam sangat tinggi dalam industri fesyen masa kini
HABIB kini membawa barangan kemas batu permata yang menjadi trend global ke Malaysia
Koleksi Berlian Putih Sarat menghiasi diri bak seorang puteri kayangan
Permata Biru, tampak cantik dari jauh
Untuk seorang yang bakal menjadi raja sehari, diri dihiasi permata agar nampak memukau dan anggun bergaya.
Memang sungguh menguji keimanan melihat batu-batu permata koleksi HABIB, untuk anda, apakah Birthstone anda? Sudahkan anda dapatkan seutas sebagai koleksi peribadi? Jangan lupa, HABIB sedang mengadakan Jualan Akhir Tahun dan cepat-cepat ke IOI Mall Putrajaya untuk melihat batu permata dan berlian yang cantik-cantik belak
Koleksi subang yang menawan
Ini adalah batu Garnet, buat di Januari seperti Nova 😊
atau adakah anda seorang Sapphire?
Pelbagai rekabentuk yang menarik dengan harga yang berpatutan.
Rambang mata melihat, pastikan datang ke HABIB bawak suami 😃
Cincin emas bertatah permata, menjadi kegilaan wanita
Diantara cincin-cincin HABIB yang menjadi pilihan Nova
Rekaan yang unik dan cantik sangat
Gabungan emas putih dan emas kuning bertatahkan batu permata
Untuk lelaki pun ada tau. Kalau nak dekat anniversary tu bolehla belikan untuk suami tercinta.
MENS RINGProduct code: LE157081Price: RM 685Material : Batu permata tourmaline hijau, berlian putih, palladium dan perak ⏬
MENS RINGProduct code: 11953 (PLD)Price: RM 739Material: Safir Biru, palladium dan perak ⏬
Rambang mata 😉
Product code: 67780-RYPrice: RM 1,498Material : BATU DELIMA
wah... koleksi yang menggugat iman
Rekaan halus Gelang Tangan Oro Italia 916
Cantiknya kilauan emas memikat hati gabungan 3 warna.
Koleksi rantai emas 916 juga ada di sini
Pengunjung boleh mendapatkkan batu permata pelbagai bentuk, warna dan karat dalam loket, cincin, gelang dan anting-anting dengan harga serendah RM330, sesuai dijadikan sebagai hadiah.
Mari mari ke HABIB YES sehingga 1 Disember sahaja.
Tawaran menarik menanti semua pelanggan sehingga 1 Disember 2019 di Festival Batu Permata Habib antaranya:Potongan sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata Hadiah percuma dengan sebarang pembelian RM1000 dan keatas dalams satu resit (sementara stok masih ada)Potongan RM10 hingga RM20 per gram untuk emas 916
HABIB pilihan hati 😄
Jom meriahkan Festival Batu Permata sempena Jualan Akhir Tahun HABIB bermula hari ini sehingga 1 Disember 2019 di Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya. Jom ramai-ramai bawa suami, mak ayah dan sanak saudara.
Apa tunggu lagi jom jom.. HABIB Jewels SALE ni
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://novaleeza.blogspot.com/2019/11/habib-jewels-festival-batu-permata.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+NovaLeezaMyDiary+%28NOVA+LEEZA+%7C%7C+My+Diary%29