Draf Pinda Had Umur Minimum Perkahwinan Dibentang Ke Kabinet Akhir Tahun


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kementeriannya dalam peringkat akhir menyiapkan draf Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur yang dijangka dibentangkan kepada Kabinet dalam bentuk memorandum pada hujung tahun ini
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu berkata, draf berkenaan membabitkan pindaan Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) bagi menaikkan had umur minimum wanita dibenarkan berkahwin kepada 18 tahun dan pelan terbabit mengandungi program tindakan melibatkan 61 agensi kerajaaan persekutuan serta negeri
“Kerajaan telah mengambil beberapa langkah dalam usaha mengekang perkahwinan bawah umur, iaitu melalui perundangan dan mengenal pasti punca-punca berlakunya perkahwinan bawah umur
“Undang-undang keluarga Islam, termasuk hukum syarak, perkahwinan dan adat negeri terletak di bawah bidang kuasa negeri dalam Jadual Kesembilan, Bahagian Dua – Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan,” katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini
Beliau berkata, Putrajaya masih memerlukan persetujuan kerajaan negeri sebelum melaksanakannya
“Draf pindaan sedang dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
“Manakala Enakmen Undang-undang dan had umur minimum perkahwinan hanya boleh dipinda sekiranya negeri-negeri bersetuju dengan cadangan pindaan tersebut,” katanya menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) tentang usaha kerajaan menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun
Beliau berkata, undang-undang keluarga Islam, termasuk hukum syarak, perkahwinan dan adat negeri terletak di bawah bidang kuasa negeri
Katanya, sehingga kini hanya Selangor yang meminda enakmen itu, sementara Wilayah Persekutuan dalam proses pindaan
“Lima negeri lain yang telah bersetuju untuk meminda adalah Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak
“Masih terdapat tujuh negeri yang tidak bersetuju untuk meminda perundangan berkaitan, iaitu Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan
“Manakala bagi bukan Islam pula, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan tiada keperluan meminda peruntukan berkaitan had umur pendaftaran perkahwinan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.”Ini kerana, katanya, undang-undang sedia ada sudah jelas had umur minimum perkahwinan bagi lelaki dan perempuan adalah 18 tahun
“Pengecualian hanya diberikan kepada perempuan berumur 16 dan 17 tahun yang perlu mendapat kebenaran daripada ketua menteri atau menteri besar.”Terdahulu, Syed Ibrahim bertanya kenapa kerajaan tidak boleh menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun sedangkan Indonesia sudah menetapkan had itu pada 19 tahun
Wan Azizah berkata, Indonesia boleh meminda undang-undangnya melalui keputusan secara berpusat tanpa memerlukan persetujuan di peringkat kerajaan negeri
“Bagaimanapun, ingin saya memperjelaskan pindaan perundangan Indonesia ini masih membenarkan perkahwinan di bawah umur 19 tahun dengan melalui proses mahkamah serta mengemukakan justifikasi yang kukuh.”Banyak kes Orang Asli, bukan Islam kahwin bawah umurWan Azizah berkata, kerajaan masih mencari kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai perkahwinan bawah umur dan cara menyelesaikan isu itu yang turut membabitkan jumlah tinggi dalam kalangan Orang Asli serta orang bukan Islam
“Kita memang nak meneliti statistik ramai mana sudah dipaksa kahwin, kahwin muda dan sebagainya dan berakhir dengan penceraian. Kita ada kekangan, tidak ada cara mana kita nak ambil data kahwin dan cerai (bawah umur), ini masalah kita hadapi
“Kes cerai melibatkan umur 25 tahun kita tidak boleh kata ia disebabkan kesalahan kahwin bawah umur, ada sebab-sebab lain misalnya kemiskinan, pendidikan dan sebagainya.”Beliau menjawab soalan tambahan Siti Zailah Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai statistik penceraian membabitkan perkahwinan bawah umur kerana media sosial mendakwa kadar penceraian di bawah umur 25 tahun meningkat dan apa pendekatan kerajaan bagi menyelesaikan isu itu
Wan Azizah berkata, kes perkahwinan bawah umur membabitkan bukan Islam mencatatkan jumlah tinggi, khususnya di Sabah dan Sarawak
“Kita mahu satu cara bagaimana kita dapat menyelamatkan mereka daripada terjebak dengan kahwin bawah umur
“Kalau kita boleh dapat data, kita boleh teruskan dengan penyelesai. Kita dalam perancangan nak teliti bagaimana nak tolong mereka.” - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/11/draf-pinda-had-umur-minimum-perkahwinan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Lulus Had Umur 18 Tahun Boleh Mengundi

Sabah Lulus Had Umur 18 Tahun Boleh Mengundi

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 350 hits
KOTA KINABALU Impian anak anak muda dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tempatan untuk menceburi bidang politik akhirnya mampu direalisasikan selepas usul menurunkan had umur mengundi dan menjadi calon pilihan raya kepada usia 18 tahun dil...
Jamuan Akhir Tahun Bertemakan Hawaiian

Jamuan Akhir Tahun Bertemakan Hawaiian

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 442 hits
AssalamualaikumJamuan Akhir Tahun Bertemakan Hawaiian Bila tiba hujung tahun maka semakin hampirlah dengan waktu persekolahan yang bakal tamat Buku teks pun sudah selamat dipulangkan minggu lepas 5 November 2019 Jamuan akhir tahun bagi SKTR...
Stok Masih Cukup Pemerintah Tak Akan Impor Pangan Hingga Akhir Tahun

Stok Masih Cukup Pemerintah Tak Akan Impor Pangan Hingga Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 257 hits
Menteri Perdagangan Agus Suparmanto mengatakan pihaknya belum melihat perlunya impor bahan pangan hingga akhir tahun Sebab dari pantauan Kemendag ketersediaan dan pasokan bahan pangan dalam negeri masih cukup
Ini Promo Akhir Tahun Dfsk Dp Mulai Rp 9 Juta Hingga Cicilan Ringan

Ini Promo Akhir Tahun Dfsk Dp Mulai Rp 9 Juta Hingga Cicilan Ringan

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 262 hits
Selain meresmikan 11 outlet baru sekaligus di DFSK Pondok Indah Jakarta pada hari ini DFSK juga menyiapkan program promo akhir tahun untuk mendongkrak penjualannya di akhir tahun ini Ini promo akhir tahun DFSK Indonesia
Fitur Syariah Linkaja Ditargetkan Rampung Akhir Tahun Ini

Fitur Syariah Linkaja Ditargetkan Rampung Akhir Tahun Ini

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 236 hits
Direktur Utama LinkAja Danu Wicaksana mengatakan perusahaan akan merambah fitur baru yakni fitur syariah Selain memperluas lini bisnis LinkAja juga perlu merambah segmentasi pasar pasar tertentu seperti komunitas pesantren
Jelang Akhir Tahun Stok Beras Di Jakarta Capai 110 000 Ton

Jelang Akhir Tahun Stok Beras Di Jakarta Capai 110 000 Ton

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 287 hits
Direktur Utama Badan Usaha Milik Daerah PT Food Station Tjipinang Jaya sekaligus pengelola tunggal Pasar Induk Beras Cipinang Arief Prasetyo Adi memastikan stok beras untuk kebutuhan pangan warga DKI Jakarta dalam taraf aman
Isteri Shukri Yahaya Beri Hadiah Paling Bermakna Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

Isteri Shukri Yahaya Beri Hadiah Paling Bermakna Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 520 hits
Baru baru ini isteri kepada Shukri Yahaya Tya Adnan berkongsi sebuah video di Instagramnya menerusi IGTV Sempena anniversary diorang yang keempat Tya memberi sebuah hadiah yang paling bermakna untuk suaminya Allah is the best planners Alham...
Keputusan Exam Akhir Tahun Najiha Buat Ibu Tersenyum

Keputusan Exam Akhir Tahun Najiha Buat Ibu Tersenyum

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 636 hits
Alhamdulillah Petang semalam ustazah Najiha whatsapp saya keputusan exam akhir tahun sekolah agama Walau PSRA dah berlalu tapi exam akhir tahun tetap dijalankan juga Selepas baca whatsapp tu saya memang tersenyum Alhamdulillah dalam hati Al...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti