Gusi Bayi Perlu Dijaga Walaupun Belum Tumbuh Gigi Ini 8 Tips Penting



Jangan ingat anda hanya perlu menjaga kesihatan gigi bayi hanya selepas mereka tumbuh gigi. Sepatutnya, sejak bayi lahir lagi penjagaan mulut bayi patut dititikberatkan. Ibu bapa juga harus mengetahui cara bersihkan gigi bayi dengan betul.
Berikut adalah perkongsian yang boleh dijadikan panduan oleh doktor Nurfarahin Sufri.
8 Tips Penjagaan Dan Cara Bersihkan Gigi Bayi Yang Betul
Disebabkan ramai kawan-kawan saya yang baru dapat baby, ramai anak kecil, dan ada yang dah besar sampai gigi kekal nak tumbuh tapi masih tak pernah bawa jumpa dentist lagi, ini saya share sedikit tips untuk jaga gigi susu.
1. Penjagaan Gusi Penting Walaupun Belum Ada Gigi
Gusi anak perlu dijaga walaupun gigi belum tumbuh. Ini kerana susu mengandungi karbohidrat yang berkanji dan ada yang bergula. Kalau sisa susuan tidak dibersihkan, ia menyebabkan mulut anak akan berbau masam dan gusi/lidah boleh menjadi keputih-putihan dan tidak sihat. Anak pun tak selesa. Sambil-sambil membersihkan gusi/lidah bayi, niatlah nanti gigi anak aku tumbuh sihat dan kuat.
Ada juga ibu-ibu yang mengadu anaknya nak tumbuh gigi, tapi saya ditanya mengapa mereka yang sakit gigi? “Macam mana boleh berjangkit? Seminggu dah sakit ni…” Wahai ibu-ibu, masalah gigi ibu tak ada kaitan dengan anak ya. Mohon pergi jumpa doktor gigi dengan kadar segera!
2. Gosok Gigi Seawal Gigi Pertama Tumbuh
Gigi pertama akan tumbuh lebih kurang pada usia 6 bulan. Nampak saja gigi mula timbul, bersihkan gigi itu menggunakan kain bersih yang dibasahkan (guna air masak lagi baik).
Kalau bayi dah pandai gigit, boleh belikan berus khas yang sesuai untuk umur mereka. Takut nanti mereka gigit jari kita. Sakitnya!
3. Elak Anak Hisap Botol Susu Sambil Tidur
Ini sebenarnya paling penting. Jangan ajar anak hisap botol susu sambil tidur. Susu badan pun tak boleh.
Ini kerana kandungan kanji atau karbohidrat dalam susu akan membentuk lapisan melekit (plak) pada permukaan gigi yang menyebabkan gigi rosak. Karat-karat warna coklat.
Ada ibu bapa cakap, “Gigi anak saya reput doktor, makin saya berus makin reput.” (Cehh banyak laa..)
4. Bilas Mulut Bayi Setiap Kali Selepas Menyusu
Untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas, sebaiknya beri minum air masak sedikit selepas menyusu. Tak perlu banyak. Ala-ala membilas saja.
Bagi bayi di bawah 6 bulan yang belum boleh minum air suam, memadai lap saja menggunakan kain lembap yang bersih.

5. Jangan Isi Air Bergula Dalam Botol Susu
Ini sememangnya kesalahan besar yang patut dielakkan. Ada ibu bapa yang letak air sirap, teh o, milo, dan sebagainya.
Siapa yang dah mulakan tabiat begini, masih sempat lagi untuk hentikan ya!
6. Bawa Anak Jumpa Doktor Gigi Seawal Usia 6 Bulan
Masa anak 6 bulan, seeloknya mereka dah dibawa berjumpa misi atau doktor gigi. Di sini nanti, lebih banyak penjelasan yang dapat disampaikan dengan jelas. Ada dental kit boleh tunjuk demo sekali.
Janganlah takutkan budak-budak dengan doktor. “Haa nanti doktor cabut gigi…” Dah kenapa pula tak ada angin, tak ada ribut, kami nak pergi cabut gigi budak. Bagilah anak cerita yang baik tentang doktor gigi dan staf di klinik gigi. Contohnya, “Jangan takut anakku. Doktor semuanya baik, cantik, sopan-santun, penyayang…. Misi baik tau, nanti dia tolong sapu ubat kalau ada gigi yang nak rosak tu.” Barulah anak tak takut. (Boleh abaikan yang tak penting.)
7. Jangan Kongsi Makanan Dengan Anak
Jangan salah faham ya. Nampak macam menghalang keakraban seorang ibu dan anaknya. Sebenarnya bukan begitu.
Cuma, gigi orang dewasa macam kita, gigi dah penuh. Jadi, ada bakteria lebih kurang 1000+ jenis yang duduk dalam mulut kita. Bila kita kunyah-kunyah makanan dan beri pada anak, dengan jayanya kita telah memindahkan bakteria dalam mulut kita pada anak. Secara tak langsung, gigi mereka pun tak selamat jugalah.
8. Elak Puting Tiruan
Akhir sekali, jangan bagi puting tiruan atau elakkan anak hisap jari. Nanti gigi jongang tak cantik.
Pentingnya Menjaga Gigi Susu
Mungkin ada yang beranggapan gigi susu akan diganti dengan gigi kekal. Namun sebenarnya gigi susu bayi dapat mempengaruhi perkembangan bayi. Apabila gigi anak sihat, maka anak tidak akan mengalami kesulitan untuk mengunyah makanan yang diberikan. Oleh itu, keperluan nutrisi dapat dilengkapi sejak kecil.
Selain itu, mulut merupakan gerbang bagi makanan sebelum ianya sampai ke organ pencernaan. Sekiranya cara bersihkan gigi bayi tidak dilakukan dengan betul, maka bakteria dan kuman pun akan bersarang dan ikut masuk ke dalam pencernaan bersama makanan. Jika keadaan ini berterusan, sedikit sebanyak ia turut akan menjejaskan kesihatan anak, bukan?
 
Sumber: ohsemput.com
The post Gusi Bayi Perlu Dijaga Walaupun Belum Tumbuh Gigi. Ini 8 Tips Penting! appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/gusi-bayi-perlu-dijaga-walaupun-belum-tumbuh-gigi-ini-8-tips-penting/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Tumbuh Ruam Lepas Demam Doktor Terangkan Jenis Cara Penjagaan Paling Penting Mesti Rawat Segera

Bayi Tumbuh Ruam Lepas Demam Doktor Terangkan Jenis Cara Penjagaan Paling Penting Mesti Rawat Segera

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 494 hits
Demam suhu tinggi dan tiba tiba anak tumbuh ruam Apakah jenis jenis ruam yang selalu muncul selepas demam Ruam selepas anak demam sering berlaku Menurut ruam terbahagi kepada beberapa jenis yang biasa dihadapi si kecil seperti campak chicke...
Deria Rasa Bayi Sangat Kuat Jangan Tambah Perasa Dalam Makan Buah Pinggang Bayi Belum Cukup Matang

Deria Rasa Bayi Sangat Kuat Jangan Tambah Perasa Dalam Makan Buah Pinggang Bayi Belum Cukup Matang

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 475 hits
Kita mungkin tak rasa tapi bayi akan rasa kerana deria rasa bayi sangat kuat Penambah rasa dalam makanan bayi sangat dilarang keras kerana boleh menyebabkan pelbagai kemudaratan kepada bayi Permulaan pemakanan yang baik bagi bayi enam bulan...
Wanita Berusia 27 Tahun Buat Pengguguran Bayi Sebanyak 17 Kali Kerana Belum Bersedia Menjadi Ibu

Wanita Berusia 27 Tahun Buat Pengguguran Bayi Sebanyak 17 Kali Kerana Belum Bersedia Menjadi Ibu

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 532 hits
The ReporterGambar kiri Dr ZhaoSeorang wanita muda di China dimaklumkan oleh doktor bahawa dia berkemungkinan tidak akan dapat hamil lagi di masa akan datang selepas menjalani pengguguran bayi sebanyak 17 kali dalam tempoh enam tahun Rahim ...
Suntikan Matangkan Paru Paru Bayi Penting Elak Masalah Pernafasan Pendarahan Otak Bayi Lahir Tak Cukup Bulan

Suntikan Matangkan Paru Paru Bayi Penting Elak Masalah Pernafasan Pendarahan Otak Bayi Lahir Tak Cukup Bulan

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 314 hits
Bagi ibu yang berkemungkinan melahirkan bayi pramatang suntikan ini sangat penting Menurut pegawai perubatan Obstetrik Ginekologi Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Kehamilan suntikan amat penting untuk ibu yang berkemungkinan melahirkan ba...
3 Bulan Pertama Penglihatan Bayi Belum Jelas Tapi Boleh Baca Emosi Ibu Bapanya

3 Bulan Pertama Penglihatan Bayi Belum Jelas Tapi Boleh Baca Emosi Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 393 hits
Bayi seperti melihat kita tetapi hakikatnya bayi kecil itu masih kabur penglihatannya Bayi yang baru dilahirkan hanya mampu melihat sesuatu objek pada jarak yang terhad iaitu 20 25 sm dan memerhati dengan penuh minat pada wajah ibu yang mem...
Bila Dapat Bayi Baru Terlupa Anak Sulung Belum Puas Bermanja Kesilapan Ini Selalu Ibu Ayah Buat

Bila Dapat Bayi Baru Terlupa Anak Sulung Belum Puas Bermanja Kesilapan Ini Selalu Ibu Ayah Buat

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 474 hits
Selalu dipersalahkan dipaksa matang awal mengalah Hati hatilah 6 kesilapan ini selalu ibu ayah buat kepada anak sulung tanpa sedar Dialah penghuni pertama rahim ibu yang mengajar ibu ayah menjadi ibu bapa sehingga terbinanya sebuah keluarga...
4 Tips Rangsang Otak Bayi Ketika Mandi

4 Tips Rangsang Otak Bayi Ketika Mandi

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 415 hits
Dah lama juga saya tak kongsikan tips berkaitan keibubapaan Hmm walaupun saya ni bukannya pakar dalam bab ini tetapi berdasarkan pengalaman dan juga pembacaan tak salah kot nak berkongsi kepada pembaca blog saya Lagipun saya perasan masih r...
Bila Scan Doktor Kesan Ada Kebocoran Jantung Bayi Ibu Ini Nasihat Buatlah Detailed Scan Lebih Penting Dari 3d4d

Bila Scan Doktor Kesan Ada Kebocoran Jantung Bayi Ibu Ini Nasihat Buatlah Detailed Scan Lebih Penting Dari 3d4d

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 935 hits
Ramai yang teruja dan tak sabar untuk membuat ujian imbasan kehamilan tertutama 3D4D scan Kebanyakkan pasangan ingin melihat wajah anak dengan jelas ketika dalam kandungan Namun ramai yang tidak tahu tentang detailed scan dan kepentinganya ...
Gigi Susu Anak Anda Rosak Bukan Sebab Tumbuh Awal Atau Rapuh Rajinkan Diri Bawa Anak Untuk Dental Checkup

Gigi Susu Anak Anda Rosak Bukan Sebab Tumbuh Awal Atau Rapuh Rajinkan Diri Bawa Anak Untuk Dental Checkup

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 499 hits
Penjagaan mulut dan gigi anak anda perlu bermula sejak gigi pertama tumbuh lagi Kerosakan gigi atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut Penjagaan gigi sangat penting untuk memas...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri