Guru Dukalara Tangguh Untuk Ada Anak Kerana Berjauhan


Gambar hiasanJOHOR BAHRU - "Saya masih belum mengandung sehingga kini, susah nak merancang untuk ada anak sebab kekangan masa dan jarak yang jauh macam ini," luah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di bandar raya ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Yana, 29, memberitahu, sejak mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu, sebanyak lima permohonan bertukar tempat mengajar telah dibuat.

Namun, katanya, sehingga kini dia tidak menerima sebarang perkhabaran baik.

"Masuk tahun ini dah lima kali saya mohon. Saya mengajar di sini dan suami pula di Selangor. Selain daripada jauh, masa yang kami ada untuk menghabiskan masa bersama adalah singkat.

"Sampai kami pun susah mahu merancang keluarga, kalau ikutkan memang terasa juga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Yana yang mengajar subjek Pendidikan Seni Visual turut memberitahu, ketetapan hari cuti berbeza dengan suaminya juga menjadi sebab mengapa dia memerlukan pertukaran.

"Cuti hujung minggu kami tidak sama, di sini Jumaat Sabtu, sana pula Sabtu Ahad. Saya memang tidak boleh duduk lama di sana, selalu masa cuma dihabiskan atas bas sahaja, Sabtu pagi dah balik.

"Bila dah jadi macam ini, saya sendiri pun susah nak luangkan masa untuk suami tercinta, malah jarang nak dapat peluang sertai hal keluarga terutamanya belah mertua," katanya.

Selain itu, dia juga berpendapat dengan kehidupan dan kos sara hidup yang dihadapi sekarang, duduk bersama dilihat lebih menjimatkan dan selesa.

"Macam sekarang kos ulang-alik, Johor ke Selangor dalam RM80 sekali perjalanan empat kali dah RM320. Kadang-kadang saya bergilir dengan suami, dia pula datang sini untuk jimat.

"Tambah macam saya, sebagai pendidik saya perlu belanja banyak, untuk anak murid saya seperti bahan bantu mengajar, alat tulis dan sebagainya.

"Dalam masa sama saya juga perlu fikir nak bayar kereta, rumah, bil utiliti dan perbelanjaan ibu bapa. Jadi saya fikir kalau duduk bersama dapat juga kami berjimat," katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai adakah masalah itu akan mengganggu prestasi kerja semasanya, Yana memberitahu, ia tidak menjejaskan, tetapi amat berharap permohonannya dapat diterima.

"Bagi saya kerja adalah tanggungjawab, saya perlu buat yang terbaik untuk kerjaya dan anak murid saya terutamanya. Tetapi saya tetap berharap saya dapat berpindah untuk mempunyai lebih masa bersama keluarga dan suami tercinta," katanya.

Sumber: Sinar Harianloading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2018/11/guru-dukalara-tangguh-untuk-ada-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Lelong Anak Maszlee Janji Akan Teliti Kes

Guru Lelong Anak Maszlee Janji Akan Teliti Kes

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 394 hits
SHAH ALAM Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau akan melihat dengan segera dilema seorang guru yang dilaporkan terpaksa menyerahkan enam orang anaknya kepada orang lain disebabkan permohonan pertukaran sekolah tidak diluluskan ...
Nasib Guru Dukalara Makin Terpinggir

Nasib Guru Dukalara Makin Terpinggir

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 385 hits
PADA 12 November lalu keputusan permohonan pertukaran guru diumumkan Khabarnya daripada 23 000 guru yang memohon hanya 2 245 sahaja diluluskan Sementara kita memahami kekangan dihadapi Kementerian Pendidikan dalam soal ini pada masa sama ki...
Tujuh Tahun Derita Isteri Guru Dukalara Memanjang

Tujuh Tahun Derita Isteri Guru Dukalara Memanjang

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 261 hits
Tanggal 12 November lalu adalah hari yang dinanti nanti dengan sejuta harapan di dada setelah dia menghadapi malam malam panjang tanpa insan tercinta di sisi Namun doa yang dipanjatkan belum jua termakbul Dia terpaksa meneruskan hidup sama ...
Apa Dah Jadi Guru Terpaksa Lelong Enam Anak Kerana Kecewa Gagal Pertukaran

Apa Dah Jadi Guru Terpaksa Lelong Enam Anak Kerana Kecewa Gagal Pertukaran

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 414 hits
Paparan Facebook Cikgu Izzat Pastinya berita gembira buat para guru yang berjauhan dari keluarga setelah Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan sebanyak 4 525 permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2019 Bagaimanapun perkhabaran ge...
Gagal Pertukaran Guru Wanita Lelong Anak

Gagal Pertukaran Guru Wanita Lelong Anak

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 646 hits
SHAH ALAM Pastinya berita gembira buat para guru yang berjauhan dari keluarga setelah Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan sebanyak 4 525 permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2019 Bagaimanapun perkhabaran gembira yang dimaklum...
13 Tahun Permohonan Pindah Ditolak Guru Kecewa Mau Lelong 6 Orang Anak

13 Tahun Permohonan Pindah Ditolak Guru Kecewa Mau Lelong 6 Orang Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 645 hits
SHAH ALAM Pastinya berita gembira buat para guru yang berjauhan dari keluarga setelah Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan sebanyak 4 525 permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2019 FB cikgu IzzatBagaimanapun perkhabaran gembira...
Anak Khinzir Berwajah Seram

Anak Khinzir Berwajah Seram

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 294 hits
Penduduk di Yanan Bandar Nanning China digemparkankan dengan kelahiran babi berwajah aneh Masyarakat mengelarkan bayi itu mempunyai wajah mirip dengan manusia Saya merupakan salah satu dari puluhan orang yang pergi ke sana untuk melihat ana...
Anak Anak Tak Selamanya Kecil Bergaduh Menangis Biasa Bila Besar Inilah Mama Akan Rindu

Anak Anak Tak Selamanya Kecil Bergaduh Menangis Biasa Bila Besar Inilah Mama Akan Rindu

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 516 hits
Waktu anak kecil ramai yang merungut penat Tidur tak cukup tak boleh nak rehat dengan aman dan macam macam lagi Hari hari mesti terkeluar cakap cepatlah besar Senang mama nak uruskan nanti Tapi Ingatlah anak anak kita tak selamanya kecil Ka...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua