Gunung Reng Ada Banyak Gua


 Gunung Reng nama satu bukit batu kapur di Kampung Gunong, Batu Melintang. Kedudukannya sekitar 300 meter dari Jalan Raya Timur Barat. Jadi ia jelas kelihatan kepada sesiapa yang melalui jalan itu. jelas kelihatan, tambah lagi ia bukit tunggal di kawasan itu.
Gunung Reng mempunyai kisah legenda bagaimana ia terbentuk, selain dikaitkan Puteri Saadong. Kini, ia menjadi lokasi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negeri apabila ia dibangunkan sebagai taman dan hentian rehat.
Legendanya juga masih belum terungkap secara jelas dan hanya menjadi misteri serta tanda tanya kepada masyarakat hari ini tentang kewujudannya dengan keunikan struktur batu-batannya. Sebagaimana gua-gua yang terdapat di gunung-gunung lain yang ditemui dan diterokai oleh penggemar dan pencinta alam, Gunung Reng juga mempunyai keistimewaan tersendiri.
Berdasarkan kisah legenda, Gunung Reng yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Jeli pernah menjadi penempatan sebuah perkampungan iaitu Kampung Tala kira-kira 1,400 tahun yang lalu.
Perkampungan itu dibuka Tok Tadeh yang berketurunan Jawa. Kononnya pada satu hari ketua Kampung Tala mengadakan kenduri selama tujuh hari tujuh malam. Dalam kenduri itu turut diadakan pelbagai jenis permainan.
Malah, mereka juga mengadakan permainan laga anjing dan kucing atas bumbung rumah. Ketika haiwan itu berlaga tiba-tiba berlaku ribut taufan. Pada masa sama seorang wanita dan cucunya pulang ke rumah terletak di kampung berhampiran yang dinamakan sebagai Kampung Gantang untuk memunggah padi yang sudah kering.
Usai memunggah padi, wanita itu kembali semula ke Kampung Tala. Namun, kelihatan kampung berkenaan sudah diserkup sebuah batu yang besar sehingga melenyapkan segala isi kampung.
Batu besar itu dikatakan asalnya sebuah gunung terletak di Hulu Sungai Reng yang bersempadan dengan Kelantan dan Perak. Selepas kejadian, lokasi asal gunung itu menjadi sebuah kolam.
Menariknya, Gunung Reng sekarang ini terdapat 69 buah gua. Gunung Reng menjadi destinasi tarikan ekopelancongan di Jeli kerana pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak dan beriadah di kawasan gunung itu.
Pengunjung yang ingin melawat di dalam gua ada tangga disediakan bagi memudahkan pengunjung masuk ke dalamnya yang agak tinggi.
Setibanya dalam gua berkenaan ternyata ia begitu luas dan ada banyak gua kecil di sekitarnya. Malah, di bentuk-bentuk batu yang unik juga dapat dilihat dengan jelas.
Setiap batu yang terbentuk unik itu mempunyai hikayat tersendiri antaranya tempat bertapa pembesar terdahulu.
Di bahagian atas mempunyai kolam. Untuk menuju kawasan itu bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan pendakian yang amat berhati-hati. Kawasan yang dikatakan kolam itu mempunyai air yang tidak pernah surut dan mengalir dalam lubang yang lain.
Di bahagian puncak di luar gua, pengunjung berpeluang melihat melihat panorama sekeliling. Pemandangan sekeliling mudah dilihat kerana Gunung Reng adalah bukit tungal di kawasan berkenaan.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2024/10/ren.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walau F18 Lama Tapi Ianya Masih Banyak Digunakan

Walau F18 Lama Tapi Ianya Masih Banyak Digunakan

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 134 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Kuwait semalam untuk mengadakan lawatan kerja rasmi bertujuan memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Kuwait Lawatan ini peluang penting untuk...
Banyak Fikir Kahwin Muda Ini Respon Kim Bora Bila Ditanya Tentang Anak

Banyak Fikir Kahwin Muda Ini Respon Kim Bora Bila Ditanya Tentang Anak

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 171 hits
Pejam celik pejam celik dah 4 bulan sejak Kim Bo ra melangsungkan perkahwinannya dengan pengarah Cho Ba reun Artikel Berkaitan Dalam satu temu bual selepas tamat dramanya Black Out Kim Bo ra ada berkongsi sebab dia memutuskan untuk berkahwi...
Jangan Percaya Parti Munafik Banyak Dsh Janji Sampai Swkrang Yellek Masa Jadi Kerajaan Apa Pun Tak Buat

Jangan Percaya Parti Munafik Banyak Dsh Janji Sampai Swkrang Yellek Masa Jadi Kerajaan Apa Pun Tak Buat

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 197 hits
SEBELUM INI KAU ORANG TIBAI BUKAN ISLAM MACAM MACAM TERMASUK KK MART TIBA TIBA BUAT U TURN DAN PALING TERUK BERTEKAK DALAM PARLIMEN TAK NAK TARIK PERKATAAN KAFIR DAN SEKARANG BOLEH PULA GUNA PERKATAAN BUKAN ISLAM Bukan Islam tidak perlu uba...
Hiburan Yakin Allah Akan Beri Lebih Banyak Kebahagiaan Luahan Fazura Curi Tumpuan Prosiding Cerai Sambung Pagi Ini

Hiburan Yakin Allah Akan Beri Lebih Banyak Kebahagiaan Luahan Fazura Curi Tumpuan Prosiding Cerai Sambung Pagi Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 169 hits
Media hiburan hari ini pastinya akan lebih tertumpu kepada prosiding sebutan kedua kes perceraian antara pelakon sensasi dan suami Fattah Amin Seawal pagi hari ini aktres jelita dan juga usahawan itu dilihat berkongsi mengenai luahan hati d...
Indonesia Mahu Haramkan Aplikasi China Yang Pernah Dimuat Turun Paling Banyak Pengguna Di As

Indonesia Mahu Haramkan Aplikasi China Yang Pernah Dimuat Turun Paling Banyak Pengguna Di As

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 196 hits
Kerajaan Indonesia melalui Kementerian Koperasi dan Perusahaan Kecil Sederhana cuba mengeluarkan Temu aplikasi beli belah atas talian milik sebuah syarikat China daripada ditawarkan dalam stor aplikasi di Indonesia selepas aplikasi itu suda...
Bayi Banyak Air Liur Meleleh

Bayi Banyak Air Liur Meleleh

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 138 hits
Assalamualaikum Dr Zubaidi Saya ingin bertanya apa yang menyebabkan bayi berumur setahun mengalami air liur yang banyak meleleh Sejak usia 7 bulan air liurnya sentiasa meleleh sehingga membasahi baju Mengapa ini berlaku dan bagaimana cara u...
Azmin Banyak Tersasul

Azmin Banyak Tersasul

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 121 hits
Kata Azmin Ali undi diterima calon Perikatan Nasional pada PRK DUN Mahkota kelmarin tidak jauh berbanding diperoleh pada PRN Johor pada Mac 2022 Namun kecuali satu perkara itu yang tidak dapat disangkal banyak lagi modal kempen daripada ket...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord