Azmin Banyak Tersasul


 
Kata Azmin Ali, undi diterima calon Perikatan Nasional (PN) pada PRK DUN Mahkota kelmarin tidak jauh berbanding diperoleh pada PRN Johor pada Mac 2022. Namun, kecuali satu perkara itu yang tidak dapat disangkal, banyak lagi modal kempen daripada ketua penerangan Bersatu itu yang meleset.
Calon PN Haizan Jaafar meraih 7,347 undi — hanya kurang sedikit daripada 7,614 undi yang diperoleh calon PN Mohamad Nor Lingan dalam PRN Johor pada Mac 2022. Calon BN Sharifah Azizah Syed Zain (16,611 undi) menang pertarungan empat penjuru ketika itu dengan majoriti 5,166 undi.
Namun, apa yang Azmin berat untuk buat perbandingan ialah calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah menang besar PRK kelmarin dengan meraih 27,995 undi — majoriti 20,648 undi miliknya kira-kira empat kali ganda daripada pencapaian parti itu pada PRN 2022.
Sebaliknya, kata bakal setiausaha agung Bersatu itu — jika beliau bersetuju dengan pelan perdamaian partinya — Umno menang kerana menggunakan jentera kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan untuk meraih sokongan dalam PRK kali ini.
Apa yang terlalu mudah disimpulkan Azmin ialah walaupun mengalami kekalahan besar, sokongan kepada PN tidak berubah. Ia tidak lebih daripada kenyataan menyedapkan hati sendiri — sesuatu yang disokong oleh Azmi Hassan dari Akademi Nusantara yang menyimpulkan sokongan akar umbi PN di Johor masih terhad apabila calonnya hanya mampu meraih 7,347 undi.
BN dan Pakatan Harapan (PH) yang bergabung menampilkan calon kerajaan perpaduan kali ini meraih 27,995 undi — juga kurang sedikit daripada gabungan undi BN dan PH berjumlah 28,056 pada 2022. Ini bagaimanapun boleh diperjelaskan oleh peratusan keluar mengundi 53.84% kelmarin lebih rendah daripada 57.34% pada PRN Johor 2022.
Kata Azmin lagi, PN dari awal menyatakan Mahkota adalah kawasan PH-BN — menepati ramalan awal Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS Annuar Musa pada 8 Sept lalu bahawa BN akan menang dengan lebih 20,000 undi berdasarkan gabungan undi BN dan PH sekitar 28,000 undi pada 2022 itu.
Ini mendorong Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi mencadangkan agar Annuar memujuk Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak meletakkan calon — hujah yang disanggah oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PN akan berhabis-habisan seperti PRK di tempat lain dan tidak akan beri kemenangan percuma.
Beban beratnya tergalas di bahu Azmin selaku pengarah pilihan raya berkenaan. Selain tetap berusaha sedaya-upaya menyantuni seramai mungkin pengundi seperti dikatakannya, ketiadaan isu untuk dijaja mendorong mereka mencipta apa saja, yang kemudian satu-persatu dapat dipatahkan.
Dari awal kempen PRK ini lagi, Azmin menimbulkan isu dengan mencabar supaya Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi mewujudkan kerajaan perpaduan di Johor — berbanding kerajaan BN dengan 39 kerusi DUN tapi tidak bergabung dengan 12 Adun PH ketika ini — jika calon BN menang, sama seperti di peringkat kerajaan pusat.
Alasannya ialah Umno akan menjadi semakin angkuh jika calonnya menang PRK Mahkota. Ini bagaimanapun disanggah oleh menteri besar yang menyatakan ‘orang luar’ seperti Azmin tiada hak untuk campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri sambil menyifatkan kenyataan yang cuba memecah-belahkan seperti itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Lagipun, tambah Onn Hafiz, kerajaan BN Johor lebih dahulu terbentuk pada Mac 2022 berbanding kerajaan perpaduan di peringkat pusat pada Nov 2022.
Semakin hampir ke hari mengundi, Azmin tampil pula mempertahankan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard yang membangkitkan dalam satu ceramahnya mengenai satu kes jenayah didakwa membabitkan Syed Hussien.
Chegubard yang mendakwa sekadar bertanya mengenai perkara itu turut menunjukkan dokumen yang didakwanya laporan polis yang menyatakan Syed Hussien terlibat dengan kes itu, yang dijelaskan Pengerusi BN Zahid Hamidi bahawa Syed Hussien cuma mempertahankan orang buta yang diganggu sekumpulan individu dalam kes berkenaan.
Ini disusuli kenyataan Ketua Polis Kluang Bahrin Mohd Noh bahawa siasatan membabitkan Syed Hussien telah dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya yang memutuskan tiada tindakan lanjut.

Kita tak menyerang peribadi (calon BN), kita tak membuat sebarang hukuman, kita tak buat sebarang tuduhan. Kita hanya melaporkan apa yang dilaporkan berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh satu pihak, kata Azmin.
Menghangatkan lagi keadaan, Puad mendakwa hanya Azmin berkempen untuk Haizan yang merupakan calon pilihannya sedangkan rakan gabungan PAS menjauhkan diri. 
Azmin terkial-kial mencari isu. Mujur ada Chegu Bard pakar cerita palsu untuk spin isu peribadi calon dan Umno kononnya diresapi komunis. Kali ini PN mati akal nak main isu ekonomi, katanya.
Kenyataan itu dinafikan Azmin dengan menegaskan jentera Pas sudah berkampung di DUN Mahkota sebelum hari penamaan calon lagi, termasuk kehadiran Tuan Ibrahim.
Penganalisis pula merumuskan tumpuan Bersatu kepada kempen negatif terhadap Umno dan calonnya menunjukkan ia ketandusan idea. Kata Ahmad Fauzi Abdul Hamid, penganalisis dari Universiti Sains Malaysia (USM), tumpuan terhadap serangan sedemikian ternyata tidak menarik minat pengundi di samping mendedahkan PN tidak mempunyai sebarang tawaran besar.

Apabila anda memberi tumpuan kepada kempen negatif terhadap lawan anda, ia hanya menunjukkan bahawa anda kekurangan idea, katanya.

PN nampaknya mengambil sikap lebih defensif, terutama selepas kenyataan rakan gabungan PAS mengenai tindakan keras terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), tambah Fauzi, merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menyuarakan harapan agar rangkaian perniagaan GISBH tidak akan disasarkan secara tidak adil di tengah-tengah siasatan polis terhadap dakwaan buruh paksa dan serangan seksual kanak-kanak.
Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula berkata kekalahan PN pada Sabtu berisiko menggugat hubungan Bersatu dengan PAS, yang membuktikan kelemahan gabungan itu di kerusi campuran.

Sebenarnya kekalahan ini lebih spesifik adalah kekalahan Bersatu. Kebanyakan kerusi besar PN menang sebab PAS. Jadi, PAS sepatutnya menjadi ‘abang besar’ (dalam pimpinan PN). Tapi selepas semua keputusan ini, PAS masih jadi nombor dua dengan Muhyiddin Yassin masih pengerusi PN. Dalam erti kata lain memang (kekalahan) ini akan merenggangkan hubungan Bersatu dengan PAS, katanya.
Ketika BN menang PRK Nenggiri pada 17 Ogos, ia mengangkat semangat menjelang Perhimpunan Agung Umno dari 21-24 Ogos, namun yang sama tidak boleh dikatakan terhadap Bersatu menjelang pemilihannya Oktober ini.
Buat Azmin pula, sindiran paling tajam datangnya tidak lain daripada Puad yang bertanya sama ada keputusan PRK Mahkota akan menyebabkan wujudnya pemberontakan dalam pembangkang seperti ketika Bersatu tewas pada PRK Tanjung Piai 16 Nov 2019: 
Kita tunggu jika Azmin akan melakukan langkah Sheraton 2.0. Kali ini DAP bukan lagi alasan. Mesti ada ‘kambing hitam’ baharu. - FMTArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/a_10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rate 4 2 Terlalu Banyak Custard Berani Bagi Kieda Crepe Rating Rendah Influencer Makanan Dipuji Jujur

Rate 4 2 Terlalu Banyak Custard Berani Bagi Kieda Crepe Rating Rendah Influencer Makanan Dipuji Jujur

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 151 hits
Baru baru ini tular di platform media sosial seorang pempengaruh yang sering reviu makanan dikenali sebagai Jason dipuji ramai selepas memberi rating rendah kepada Kieda Crepe 8216 Kecewa 8217 rasa tak seperti digambarkan Melalui hantaran v...
Lebih Murah Tapi Lebih Banyak Manfaat Kesihatan Ini 3 Air Mineral Jenama Dari Malaysia

Lebih Murah Tapi Lebih Banyak Manfaat Kesihatan Ini 3 Air Mineral Jenama Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 130 hits
Secara umum setiap air yang kita minum mungkin kelihatan serupa dan sering dirujuk sebagai air kosong atau air putih Tanpanya tubuh badan kita tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik Tidak dapat dinafikan kebanyakan manusia di seluruh dun...
Banyak Betul Duit Dia Boleh Hidup Lama Overseas

Banyak Betul Duit Dia Boleh Hidup Lama Overseas

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 101 hits
Zainuddin OmarBanyak betul duit dia boleh hidup lama overseas Macam mana dia boleh elak dari dikesan oleh Interpol Tentu takkan lama dia duduk sesuatu negara kecuali dia pegang paspot Antigua and Barbuda Dominica Grenada St Lucia atau St Ki...
Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 165 hits
Sedapnya Salted Egg Crab Ketam Telur Masin Andai menikmatinya di restoran harga pastinya sangat mahal Untuk lebih jimat anda boleh hasilkan sendiri di rumah Tapi tip untuk masak seafood yang sedap paling penting ialah guna ketam yang segar ...
Akhir Zaman Banyak Pendusta Agama

Akhir Zaman Banyak Pendusta Agama

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 70 hits
ISLAHRasulullah pernah memperingatkan kita tentang kemunculan pendusta agama yang akan menyesatkan umat dengan ajaran ajaran sesat Hari ini kita menyaksikan bagaimana individu individu ini memperguna agama untuk kepentingan sendiri menyalah...
Tersasul Atau Memang Nak Lepas Diri

Tersasul Atau Memang Nak Lepas Diri

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 82 hits
W Faudzin Wallahi satu sen pun saya tak ambil Semua duit tu saya masuk dalam akaun parti Jeng jeng jeng Wallahi duit rompakan itu saya tak ambil Semuanya saya masuk dlm tabung masjid Kehkehkehkeh
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah