Gunung Jerai Bukan Hutan Simpan Jangan Mudah Guna Takdir



Jawapan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat semalam mengelirukan dan mengandungi fakta yang salah terutama merujuk Gunung Jerai terletak di dalam kawasan hutan simpan dan tiadanya aktiviti pembalakan.
Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdasarkan semakan, Gunung Jerai tidak terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Muda dan ketiadaan aktiviti pembalakan di kawasan hutan simpan di Kedah sebagaimana yang dijawab oleh Menteri tidak terpakai bagi kes berkenaan.
“Merujuk kepada insiden kepala air yang berlaku di kawasan berkenaan sebelum ini, pihak kementerian harus melaksanakan siasatan menyeluruh apakah berlaku sebarang aktiviti pencerobohan hutan di kawasan tersebut.
“Ini kerana Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) sebelum ini mengenalpasti kira-kira 3,500 hektar kawasan hutan simpan di seluruh negeri itu telah diteroka secara haram sejak 2011.
“Menurut pakar hidrologi Chan Ngai Weng dari Universiti Sains Malaysia, perubahan iklim hanyalah faktor sampingan kepada musibah tersebut.
“Tambah beliau lagi, faktor-faktor utama adalah pembalakan, aktiviti pembinaan dan penanaman (agro) serta penukaran status hutan dara ke kawasan penempatan,” katanya hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu, fakta yang sama juga dikongsi oleh pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan kelestarian alam sekitar.
“NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyebut air yang berselut (tragedi Gunung Jerai) adalah bukti nyata bahawa aktiviti pembalakan terus berlaku dengan kadar yang melampau. Kerajaan negeri Kedah, kerajaan Persekutuan serta kementerian harus memantau dan bertindak.
“Saya mendesak menteri bertanggungjawab agar lebih serius melakukan pemantauan dan hentikan salahguna konsep ‘takdir’ kerana faktor-faktor utama adalah berpunca dari kerakusan dan ketamakan manusia,” kata Anwar lagi.
Semalam dalam berbahas melibatkan insiden kepala air di kawasan Gunung Jerai baru-baru ini, Takiyuddin membariskan fakta terdapat kawasan hutan simpan yang diluluskan untuk pembalakan di Kedah namun sehingga 2021 tiada satu pun yang dikeluarkan lesen pembalakan.
Bagaimanapun Takiyuddin membayangkan Gunung Jerai terletak dalam kawasan hutan simpan yang tiada aktiviti pembalakan berlesen mahu pun haram.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33117

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 518 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Kepala Air Pemimpin Pas Jangan Mudah Tunding Takdir Allah

Kepala Air Pemimpin Pas Jangan Mudah Tunding Takdir Allah

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 249 hits
Kenyataan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat semalam yang mengakhiri perbahasan beliau berkenaan pembalakan haram dan tragedi kepala air di Gunung Jerai sebagai takdir Allah dibidas Angkatan Muda KEA...
Bencana Di Gunung Jerai Takdir Allah Takiyuddin

Bencana Di Gunung Jerai Takdir Allah Takiyuddin

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 148 hits
Bencana di Gunung Jerai takdir Allah Takiyuddin Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan memberitahu Dewan Rakyat bahawa bencana kepala air di kawasan sekitar Gunung Jerai Yan baru baru ini sebagai takdir Allah Kita amat dukacita de...
Anwar Bidas Kenyataan Takiyuddin Anggap Bencana Gunung Jerai Sebagai Takdir Allah

Anwar Bidas Kenyataan Takiyuddin Anggap Bencana Gunung Jerai Sebagai Takdir Allah

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 136 hits
Hasimi MuhamadKenyataan Takiyuddin bahawa bencana kepala air Gunung Jerai di Yan Kedah pada Ogos lalu sebagai takdir Allah SWT dibidas Anwar Ibrahim Gambar fail KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membi...
Peka Berterima Kasih Kerajaan Membatalkan Aktiviti Guna Tanah Di Hutan Simpan Lentang

Peka Berterima Kasih Kerajaan Membatalkan Aktiviti Guna Tanah Di Hutan Simpan Lentang

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 291 hits
BENTONG Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia menyambut baik dan berterima kasih pada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dan Kerajaan Negeri Pahang yang membatalkan pembukaan dan kemusnahan Hutan Simpan ...
Jangan Ganggu Lagi Hutan Simpan Di Selangor

Jangan Ganggu Lagi Hutan Simpan Di Selangor

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 185 hits
HARAKAH DAILY MUAFAKAT Nasional Negeri Selangor mengalu alukan langkah Kerajaan PH Negeri Selangor yang akhirnya bersetuju mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara setelah menyahwartakannya secara tergesa gesa dan tanpa mengambil k...
Sanusi Pembalakan Di Hutan Simpan Ulu Muda Tertakhluk Pada Syarat

Sanusi Pembalakan Di Hutan Simpan Ulu Muda Tertakhluk Pada Syarat

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 152 hits
Kerajaan Kedah meneruskan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda hanya melibatkan kawasan seluas 25 000 hektar yang telah dikeluarkan lesen pembalakan sebelum ini dan ia tertakluk kepada beberapa syarat khusus Menteri Besar Muhammad S...
Selangor Batal Nyahwarta Hutan Simpan

Selangor Batal Nyahwarta Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 330 hits
Kontroversi nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara selesai hari ini apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang memutuskan beberapa ketetapan Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari terdapat 3 keputu...
Duit Selit Selit Bantu Belanja Hujung Bulan Jangan Salah Simpan Ini Cara Nak Selit Duit Supaya Tak Terpakai

Duit Selit Selit Bantu Belanja Hujung Bulan Jangan Salah Simpan Ini Cara Nak Selit Duit Supaya Tak Terpakai

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 254 hits
Bila bilangan anak semakin bertambah lagi bertambahlah kos perbelanjaan keluarga Dan sudah semestinya ada waktunya mak ayah berdepan dengan masalah tidak cukup duit untuk berbelanja dihujung bulan Mengamalkan perbelanjaan berkhemah dan kons...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment