Gunung Cikuray Via Kiara Janggot




Setelah selesai mendaki Gunung Guntur, Kang Yodi menghantar kami ke Basecamp Gunung Cikuray jalur Kiara Janggot. Kami bermalam di sebuah gerai berhampiran Basecamp Kiara Janggot secara percuma pada malam ke lima xpdc July saya di Jawa Barat. Setelah mendaki Gunung Gede , Pangrango dan Guntur, saya dan seorang teman meneruskan pendakian ke Gunung Cikuray. Pagi itu kami memulakan pendakian seawal jam 04:40 pagi. Saya agak keberatan memulakan perjalanan memandangkan cuaca tidak begitu baik, hujan renyai menitis membasahi bumi semasa kami memulakan perjalanan. Tetapi sahabat pendaki saya seorang yang rajin dan sentiasa mengikuti schedule perjalanan yang telah kami susun dan persetujui menyebabkan saya seperti trekking "rela dalam paksa". Di awal perjalanan kami berhenti di beberapa tempat seperti di luar rumah penduduk desa dan pondok baja sebagai tempat berteduh ketika hujan agak lebat dan meneruskan perjalanan setelah hujan berhenti seketika. Kami sampai di Pos 1 pada jam 06:05 pagi.


Pos 1 cuma ada penanda di pokok dan walaupun hujan renyai masih turun, kami meneruskan perjalanan ke Pos 2 tanpa berehat. Kami sampai di Pos 2 sekitar jam 06:40 pagi dan seperti juga di Pos 1, tiada pondok di Pos 2. Kami meneruskan perjalanan ke Pos 3 secara perlahan-lahan sambil bercerita.


Kami sampai di Pos 3 pada jam 07:15 pagi. Kami berehat sekitar 15 minit di Pos 3 dan ketika ini hujan renyai telah berhenti namun cuaca tetap berkabus. Dalam hati saya berdoa semoga cuaca cerah di puncak nanti, namun sekiranya ke puncak tanpa hujan juga saya amat bersyukur.


Kami meneruskan perjalanan ke Pos 4 dan sampai di sana pada jam 07:50 pagi. Sesekali saya mendongak ke langit, mengintai dari celah-celah pohon yang berdaun jarang. Kelihatan sekali-sekala langit seperti terbuka tetapi tidak lama kemudian kabus kembali menutup langit.


Kami sampai di Pos 5 sekitar jam 08:40 pagi. Pada masa itu saya agak positif bila ternampak tompok berwarna biru di langit sambil menunjuk arah ke atas pada teman pendaki saya. Kami berfikir dan berharap cuaca cerah di puncak pagi itu dan merancang masa ketibaan kami di puncak. Kami berharap sampai di sana pada jam 12:00 tengahari nanti.


Sambil berharap, kami meneruskan pendakian ke Pos 6 dan kami sampai di Pos 6 pada jam 09:40 pagi. Terdapat beberapa buah khemah pendaki di Pos 6 ini dan mereka baru turun dari puncak. Menurut mereka, cuaca cerah di puncak menyebabkan saya bersemangat untuk meneruskan perjalanan walapun mereka mempelawa kami singgah minum-minum dahulu.


Dalam perjalanan ke Pos 7, kami berselisih dengan ramai pendaki yang dalam perjalanan turun. Sambil bertegur sapa, berbagai kata-kata semangat dilemparkan kepada kami seperti adat para pendaki. Kami sampai di Pos 7 pada jam 11:15 pagi dan kami meneruskan pendakian ke Pos 8 tanpa berehat memandangkan jarak Pos 7 ke Pos 8 yang dekat


11:20 pagi kami sampai di Pos 8 yang berjarak 5 minit dari Pos 7. Di sini terdapat kawasan rata yang redup dan luas untuk berkhemah. Beberapa khemah pendaki santai masih berdiri tanda mereka masih berehat-rehat. Mendongak ke atas pokok menyebabkan saya tersenyum bila melihat mereka masih berayun di dalam buaian kain pelikat.




Lima minit meneruskan perjalanan dari Pos 8, kami sampai di puncak. Beberapa meter ke puncak, saya tidak sabar-sabar memandang ke belakang kerana samudera awan terbentang luas. Kami sampai di puncak Gunung Cikuray sekitar jam 11:25 pagi, 30 minit lebih awal dari target masa kami. Bererti kami punya banyak masa di puncak untuk melihat pemandangan indah ciptaan MAHA PENCIPTA.




Subhanallah, terpukau saya dengan pesona samudera awan di puncak Gunung Cikuray 2821 mdpl. Sampai di puncak, saya meninjau pemandangan dari berbagai arah, kami seolah-olah dikepong awan putih bak kapas. Kelihatan puncak Gunung Papandayan dari tempat kami berdiri. Kami merakam gambar kenangan dari berbagai sudut semahunya.



Di puncak Gunung Cikuray terdapat sebuah pondok berdinding batu. Penghuninya menjual minuman dan barang aksoseri. Saya memesan kopi hitam dan membeli sebuah gelang tangan sebagai sokongan kepada peniaga gerai tertinggi di daerah Garut ini. Setelah puas merakam gambar, kami bergerak turun pada jam 12:30 tengahari.




Kami turun melalui jalur kami mendaki tadi berpandukan tanda arah yang diletakkan di pokok. Dikatakan Gunung Cikuray boleh didaki dari sembilan jalur dan kami berwaspada kerana terdapat simpang ke Jalur Pemancar. Sampai di Pos 6, kami dikejutkan bila disambut oleh 2 ekor babi yang memang selalu dijumpai pendaki di gunung ini. Pendaki di Pos 6 mengajak kami singgah dahulu sementara menuunggu pasangan babi itu beredar dari laluan kami. Saya sedikit gentar bila babi itu seolah memandang tepat ke arah saya. Lebih 20 minit babi itu mengambil masa kami, memberi ruang untuk kami berehat.



Setelah pasti pasangan babi itu beredar dan jalur selamat dilalui, kami meneruskan perjalanan turun ke Basecamp Kiara Janggot. Selepas melalui Pos 1, kami melalui kawasan pertanian dan perkebunan penduduk desa yang luas. Kami sampai di Basecamp Kiara Janggot sekitar jam 15:40 petang. Sambil berehat dan bersiap, kami memesan minuman dan mie di gerai tempat kami tumpang bermalam. Tidur di gerai ini walaupun nampak ringkas, tetapi aman dan nyaman. Pemiliknya juga ramah dan baik.




Sebelum berangkat pulang, pihak Basecamp Kiara Janggot menyerahkan sekeping sijil penghargaan kepada kami. Petang itu kami dijemput Kang Yodi dan dia mempelawa kami bermalam di rumahnya. Keesokkan jadual kami mendaki Gunung Papandayan pula.


Dengan kenangan dan pemandangan indah di puncak Gunung Cikuray, mungkin saya akan mengulangi pendakian ke sini lagi di masa akan datang jika ada rezeki. Terima kasih Allah.

Itinerary:
Day 5 xpdc July, Jawa Barat
04:40- Start mendaki Gunung Cikuray
06:05 Pos 1
06:40 Pos 2
07:15 Pos 3, rehat 15 minit
07:50 Pos 4
08:40 Pos 5
09:40 Pos 6
11:15 Pos 7
11:20 Pos 8
11:25 Puncak Gunung Cikuray
12:30 Mulai turun
15:40 Sampai Basecamp Kiara Janggot

Nota:
1- Transport di Garut: Kang Yodi- +62 81321255763



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2019/08/gunung-cikuray-via-kiara-janggot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gunung Guntur Via Seureuhjawa Citiis

Gunung Guntur Via Seureuhjawa Citiis

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 832 hits
Saya dan seorang teman pendaki sampai di Garut sekitar jam 22 05 malam setelah selesai mendaki Gunung Gede dan Pangrango Di Garut kami menyewa sebuah kereta bersama pemandu untuk memudahkan pergerakkan kami di sana Kami merancang mendaki ti...
Dua Lelaki Dilaporkan Sesat Di Hutan Gunung Pulai Ditemukan Selamat

Dua Lelaki Dilaporkan Sesat Di Hutan Gunung Pulai Ditemukan Selamat

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 276 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kawasan Gunung Berembun Tempat Mayat Nora Di Temui Licin Permukaan Bumi Menegak Malim Gunung

Kawasan Gunung Berembun Tempat Mayat Nora Di Temui Licin Permukaan Bumi Menegak Malim Gunung

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 815 hits
Kawasan Gunung Berembun Tempat Mayat Nora Di Temui licin permukaan bumi menegak Malim Gunung
Kami Warga Pantai Pun Tak Berani Nak Pergi Ke Gunung Itu

Kami Warga Pantai Pun Tak Berani Nak Pergi Ke Gunung Itu

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 308 hits
Kami Warga Pantai Pun Tak Berani Nak Pergi Ke Gunung Itu Umum mengetahui bahawa jasad milik gadis Ireland yang telah hilang iaitu Nora Anne Quoirin selamat ditemui Menurut pihak berkuasa badan remaja berusia 15 tahun itu ditemui tanpa seura...
Lelaki Ini Kongsi Kisah Hitam Yang Berlaku Di Gunung Berembun Tempat Mayat Nora Anne Ditemui

Lelaki Ini Kongsi Kisah Hitam Yang Berlaku Di Gunung Berembun Tempat Mayat Nora Anne Ditemui

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 781 hits
Percutian bersama keluarga bertukar menjadi tragedi hitam apabila mayat seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne ditemui tidak jauh dari resort penginapannya Mayat gadis yang mengalami masalah pembelajaran itu ditemui dalam keadaan ...
Bnpb Karhutla Terjadi Di Gunung Batukaru 300 Meter Persegi Kawasan Terbakar

Bnpb Karhutla Terjadi Di Gunung Batukaru 300 Meter Persegi Kawasan Terbakar

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 223 hits
Agus mengaku saat ini tim gabungan yang berjumlah 99 personel dari Badan Penanggulangan Bencana Daerah Kabupaten Tabanan TNI Polri SAR dan Orari Sedang berupaya menuju titik lokasi dengan berjalan kaki dalam estimasi waktu sekitar enam jam
Kami Pun Tak Berani Nak Ke Gunung Berembun Dakwa Pernah Ragut Puluhan Nyawa Penduduk Kongsi Rahsia Lokasi Nora Ditemui

Kami Pun Tak Berani Nak Ke Gunung Berembun Dakwa Pernah Ragut Puluhan Nyawa Penduduk Kongsi Rahsia Lokasi Nora Ditemui

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 507 hits
Penafian Dakwaan ini tidak menggambarkan apa yang terjadi kepada Nora Anne namun sekadar perkongsian kisah misteri yang berlaku di Gunung Berembun dan kawasan sekitarnya Gunung Berembun merupakan salah satu tumpuan pendaki dan pelancong yan...
Brewok Kenang Kenangan Setnov Selama Di Rutan Gunung Sindur

Brewok Kenang Kenangan Setnov Selama Di Rutan Gunung Sindur

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 209 hits
Mantan Ketua Umum Partai Golkar itu memang sempat mendekam di Rutan Gunung Sindur selama 15 hari Pemindahan sementara itu karena ulahnya keluar Lapas Sukamiskin Bandung tanpa izin malah ketahuan
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik