Guna Ubat Gigi Berflourida Elak Gigi Anak Cepat Rosak Jangan Biar Anak Berus Sendiri Kena Bantu Pantau


Masalah gigi nampak kecil tapi boleh menggganggu perkembangan anak. Bukan sahaja masalah pertuturan dan penghadaman, ia juga boleh menyebabkan trauma apabila sakit gigi menyerang! Pemilihan ubat gigi berflourida dan tindakan membantu & memantau anak semasa memberus gigi adalah disarankan.
Dr Mohd Khairul Izwan Bin Abdul Wahab berkongsi mengenai masalah penjagaan gigi anak yang sering dihadapi ibu bapa. Ada ibu bapa yang takut untuk menggunakan ubat gigi berflourida kerana tabiat anak suka menelan ubat gigi kerana tidak pandai untuk meludah semasa memberus gigi.

Sebenarnya pemantauan daripada ibu bapa amat penting kerana anak kecil masih belum pandai memberus gigi dengan baik. Ini supaya semua bahagian gigi dapat dibersihkan dengan baik. Berikut ialah perkongsian beliau;
BOLEH KE GUNA UBAT GIGI BERFLUORIDA UNTUK KANAK-KANAK? Seorang ibu membawa anaknya yang berumur 2 tahun ke klinik gigi kerana risau gigi anaknya mengalami kerosakan (karies). Walaupun anaknya belum pernah mengadu sakit gigi, tetapi si ibu risau dengan keadaan gigi anaknya yang mulai hitam-hitam.
“Doc, saya perasan gigi anak saya sekarang ni banyak yang hitam-hitamlah.”
“Anak Puan menyusu botol ke?”
“Aah Doc. Dia hisap susu botol. Tapi tidaklah sampai dia tertidur. Kalau dia tidur pun saya akan cabut botol tu dari mulut dia.”
“Oh macamtu. Puan ada berus atau bersihkan gigi anak tak ya setiap hari?”
“Ya ada Doc. Saya memang berus gigi dia setiap hari guna ubat gigi K***** **** tu. Tapi hairan sebab gigi dia rosak juga. Kenapa ya Doc boleh jadi macamtu? Risau pula tengok gigi dia dah tak cantik dan hitam-hitam gitu.”
“Maaf Puan. Ubat gigi yang Puan guna untuk anak tu, mengandungi fluorida tak ya?”
“Haa tak Doc. Saya tak guna ubat gigi yang berfluorida sebab saya dengar fluorida tu bahaya. Anak saya pula memang suka telan ubat gigi tu. Tu yang saya tak berani nak guna ubat gigi berfluorida.”

PENGGUNAAN UBAT GIGI BERFLOURIDA PENTING WALAU PUN ANAK MASIH KECIL Sebenarnya ubat gigi berfluorida ini boleh dan perlu digunakan untuk anak-anak kecil yang sudah mempunyai gigi susu.
Fluorida yang terkandung di dalam ubat gigi bermanfaat untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat bagi mencegah gigi tersebut menjadi mudah rosak.
Seperti yang kita tahu, lapisan enamel gigi susu pada kanak-kanak tidak sepadat seperti gigi kekal yang ada pada gigi orang dewasa dan ianya mudah rosak.
Risiko kerosakan akan semakin meningkat jika anak terdedah kepada diet yang tinggi gula serta penggunaan botol susu untuk tempoh waktu yang lama.
Jadi, penggunaan ubat gigi berfluorida dan ditambah dengan teknik memberus gigi yang betul berupaya untuk menjadi langkah yang berkesan bagi mencegah terjadinya kerosakan gigi.
BAHAYAKAH KALAU ANAK TERTELAN UBAT GIGI? “Tapi Doc, takpe ke kalau ubat gigi berfluorida tu ditelan oleh anak-anak? Tak bahaya ke?”
Ubat gigi bukanlah sejenis makanan. Ianya adalah bahaya untuk ditelan tidak kira sama ada ianya mengandungi fluorida ataupun tidak kerana ia turut mengandungi bahan kimia yang lain. Jadi jangan biarkan atau biasakan anak anda menelan ubat gigi walaupun ianya tidak mengandungi fluorida.
Disebabkan hal tersebut, maka adalah penting untuk anda memantau dan membantu anak anda untuk memberus gigi.
Jangan biarkan mereka memberus gigi sendiri kerana:
Mereka belum pandai dan tahu meludah. Dikhuatiri mereka akan menelan ubat gigi ketika memberus gigi. Mereka belum pandai memberus gigi sendiri dan tidak tahu cara memberus gigi yang betul. Akibatnya bahagian gigi yang tidak diberus akan mengalami kerosakan.
PANTAU KUANTITI UBAT GIGI ANAK Kuantiti ubat gigi juga perlu diperhatikan. Ini bagi mengurangkan risiko anak menelan sisa lebihan ubat gigi tersebut.
Untuk anak yang berusia 1-3 tahun, gunakan kuantiti ubat gigi sebesar butir beras atau selapis tipis sahaja. Untuk anak berusia 3 tahun ke atas, kuantiti ubat gigi yang perlu digunakan adalah sebesar biji kacang pea. Kuantiti ubat gigi ini adalah penting untuk diperhatikan kerana jika anda membiarkan anak anda menggunakan ubat gigi secara berlebihan, buih yang terhasil akan lebih banyak dan anak akan lebih cenderung untuk menelan sisa ubat gigi tersebut.
Oleh yang demikian, jika anda belum memperkenalkan ubat gigi berfluorida kepada anak anda, mulai sekarang mulalah beralih kepada ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida agar anak anda mendapat manfaat daripadanya dalam usaha kita untuk mencegah gigi mereka daripada mudah menjadi rosak.

PILIH UBAT GIGI MENGANDUNGI FLOURIDA UNTUK ANAK Terdapat pelbagai jenama ubat gigi kanak-kanak yang berada di pasaran sekarang dengan pelbagai perisa yang sesuai dengan cita rasa mereka. Pilihlah jenama ubat gigi apa sekalipun yang digemari oleh anak anda, asalkan ianya mengandungi fluorida.
Jangan kerana sentimen anti fluorida dan fakta yang salah mengenai fluorida yang dilaungkan oleh kelompok-kelompok tertentu membuatkan anda takut untuk menggunakan ubat gigi berfluorida kepada anak anda.
Ingat, fluorida mengandungi kebaikan yang boleh dimanfaatkan asalkan ianya diguna dalam kuantiti yang betul. Sebab itulah pentingnya anda untuk memantau dan membantu anak anda ketika mereka memberus gigi.
Sekali lagi perlu diingatkan bahawa ubat gigi bukanlah makanan dan ianya adalah berbahaya untuk ditelan tanpa mengira sama ada ianya mengandungi fluorida ataupun tidak.
Jadi jangan abaikan kebaikan serta manfaat fluorida terutama terhadap anak-anak anda hanya kerana anda dimomokkan oleh fakta yang salah berkenaan bahan tersebut.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dr Mohd Khairul Izwan Bin Abdul Wahab ~
Pegawai Pergigian KKM
The post Guna Ubat Gigi Berflourida Elak Gigi Anak Cepat Rosak. Jangan Biar Anak Berus Sendiri, Kena Bantu & Pantau! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/guna-ubat-gigi-berflourida-elak-gigi-anak-cepat-rosak-jangan-biar-anak-berus-sendiri-kena-bantu-pantau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Sebut No Atau Jangan Bila Larang Anak Buat Sesuatu Guna 6 Ayat Ganti Lebih Positif

Elak Sebut No Atau Jangan Bila Larang Anak Buat Sesuatu Guna 6 Ayat Ganti Lebih Positif

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 453 hits
Bila ada anak kecil perkataan wajib yang kita selalu sebut adalah No atau Jangan Bukan apa kalau budak tu nak buat benda yang bahaya mestilah mak bapa automatik akan larang dengan perkataan Jangan atau No Tapi ramai pakar psikologi anak cak...
Anak Mengamuk Jangan Cepat Melatah Yana Samsudin Kongsi Tip Anak Tantrum

Anak Mengamuk Jangan Cepat Melatah Yana Samsudin Kongsi Tip Anak Tantrum

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 367 hits
Anak anak selalunya mula meragam mengamuk dan buat tantrum apabila mereka tak dapat apa yang mereka nak Situasi ini biasa berlaku bila anak dah capai umur setahun setengah Jadi bila anak anak sudah mula buat perangai dan menangis anda sebag...
Dah Lebih Setahun Lahirkan Anak Tapi Haid Masih Belum Datang Mama Jangan Biar Je Kena Periksa

Dah Lebih Setahun Lahirkan Anak Tapi Haid Masih Belum Datang Mama Jangan Biar Je Kena Periksa

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 463 hits
Proses perubahan hormon semasa kelahiran dan melahirkan anak membuatkan haid terhenti seketika Namun jika haid masih belum lagi datang walaupun selepas setahun melahirkan anak ada baiknya mama pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan Dengark...
Anak Hidap Asma Kronik Lan Dan Isteri Minta Petua Untuk Elak Anak Bergantung Pada Neb Dan Ubat

Anak Hidap Asma Kronik Lan Dan Isteri Minta Petua Untuk Elak Anak Bergantung Pada Neb Dan Ubat

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 354 hits
Anak ketiga penyanyi Lan Solo iaitu Muhammad Akid Qassyaff telah disahkan doktor menghidap penyakit kronik asma Bimbang dengan keadaan anaknya yang perlu mengambil nebulizer sekurang kurangnya dua kali sehari isteri Lan iaitu Nur Sheila Has...
Bila Anak Mula Menggigit Jangan Biar Saja Tapi Ada Sebabnya Mama Papa Kena Tahu

Bila Anak Mula Menggigit Jangan Biar Saja Tapi Ada Sebabnya Mama Papa Kena Tahu

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 411 hits
Tanyalah mana mana mama sekalipun pasti pernah berdepan dengan gigitan anak Sakit usah cakaplah Tapi selalunya kita pandang remeh dan biarkan sahaja masalah ini Sebenarnya bila anak menggigit ada sebabnya yang mama kena tahu Perkongsiandari...
Scha Kongsi Tipnya Bawa Lara Jumpa Doktor Gigi Biasakan Dari Awal Jangan Paksa Anak

Scha Kongsi Tipnya Bawa Lara Jumpa Doktor Gigi Biasakan Dari Awal Jangan Paksa Anak

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 425 hits
Anak anak antara pengalaman yang paling menakutkan buat mereka adalah masa makan ubat atau jumpa doktor Namun sebagai ibu bapa kena pandai ambil hati dan sentiasa berikan kata kata positif supaya anak tak fobia hadapi situasi tersebut Tinda...
Kasut Sekolah Yang Betul Bantu Elak Sakit Belakang Anak

Kasut Sekolah Yang Betul Bantu Elak Sakit Belakang Anak

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 982 hits
Kasut sekolah yang betul sesuai membantu mengurangkan sakit belakang anak sekolah Bila anak ke sekolah bawa beg yang berat ianya menyebabkan beban bertambah pada anak Jadi kasut sekolah memainkan peranan membantu kesihatan kaki yang sihat d...
Ubat Gigi Perlu Atau Tak Masa Memberus Gigi Anak Tip Dari Doktor Ini Sangat Penting

Ubat Gigi Perlu Atau Tak Masa Memberus Gigi Anak Tip Dari Doktor Ini Sangat Penting

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 889 hits
Sebut sahaja bab gosok gigi anak kebanyakan ibu bapa mula persoalkan berapa banyak perlu diletakkan ubat gigi Boleh atau tak anak telan ubat gigi Sejak usia bila anak boleh guna ubat gigi dan macam macam lagi Penjelasan dari mengenai tip me...
9 Trik Merawat Kaktus Dan Sukulen Hias Biar Nggak Cepat Busuk Bahkan Sampai Berbunga

9 Trik Merawat Kaktus Dan Sukulen Hias Biar Nggak Cepat Busuk Bahkan Sampai Berbunga

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 287 hits
Bukan sekadar nggak boleh terlalu banyak menyiramnya dengan air kamu juga harus rutin menyiangi daun daun yang layu biar nggak nular ke daun lain yang masih segar lo Siapa tahu kamu berkesempatan melihatnya berbunga
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu