Guna Sijil Ijazah Palsu Satu Jenayah


SEBARANG tuduhan sijil atau ijazah palsu ataupun sijil atau ijazah yang diperolehi dari mana- mana universiti yang tidak wujud yang dilemparkan kepada mana- mana pihak perlu disiasat dengan teliti dan segera. Ini bagi mengelakkan sesetengah pihak daripada terus menggunakan sijil atau ijazah mereka yang tidak mempunyai nilai itu dalam negara kita. Isu sijil atau ijazah palsu ini bukan lah satu isu yang baru dalam negara kita. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, tuduhan sijil atau ijazah palsu ini mula muncul dalam negara kita. Tidak dapat dipastikan sebab-sebab utama penggunaan sijil atau ijazah palsu ini. Antara sebab- sebab yang boleh dikenalpasti adalah kerana terdesak untuk mendapatkan pekerjaan, kemunculan pelbagai jenis teknologi moden yang memudahkan proses pembuatan sijil atau ijazah palsu serta untuk tujuan melakukan aktiviti jenayah. Isu yang melibatkan sijil atau ijazah palsu ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh memberi kesan buruk terhadap negara kita.

Sekiranya seseorang yang memiliki sijil atau ijazah palsu ini mendapat sesuatu pekerjaan diatas sebab sijil atau ijazah palsu yang mereka yang miliki, mereka tidak akan berupaya melakukan sebarang jenis pekerjaan kerana mereka tidak memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran asas yang dimiliki oleh mereka yang dapat sijil atau ijazah yang tulen. Kesan negatif penggunaan sijil atau ijazah palsu bukan sahaja terhad terhadap diri pelaku malah turut memberi kesan kepada organisasi di mana di pelaku bekerja, kepada masyarakat sekeliling dan negara. Adalah penting untuk diketahui, penggunaan sijil atau ijazah palsu ini adalah satu bentuk kesalahan dan jenayah.

Sekiranya seseorang itu telah diambil bekerja berdasarkan sijil atau ijazah palsu ini, mereka boleh dianggap telah melakukan kesalahan besar yang boleh dikenakan hukuman berat termasuklah dibuang kerja terus oleh pihak majikan. Selain daripada dibuang kerja, kesalahan penggunaan sijil atau ijazah palsu ini juga boleh dianggap sebagai salah satu kesalahan jenayah dan boleh disiasat dan didakwa di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Antara seksyen yang boleh dipertimbangkan untuk digunakan bagi tujuan siasatan dan pendakwaan sebarang kes yang melibatkan jenayah pemalsuan sijil ataupun dokumen ini adalah Seksyen 463 Kanun Keseksaan [Akta 574]. Seksyen 463 Kanun Keseksaan [Akta 574] menyatakan tentang kegiatan jenayah pemalsuan ini dengan jelas iaitu ”Barang siapa membuat sesuatu surat atau sebahagian surat palsu dengan niat hendak menyebabkan kerosakan atau bencana kepada awam atau kepada seseorang, atau hendak menyokong apa-apa tuntutan atau hak, atau hendak menyebabkan seseorang melepaskan harta atau membuat apa-apa kontrak yang nyata atau yang disifatkan ada, atau dengan niat hendak melakukan tipuan atau supaya tipuan boleh dilakukan, adalah melakukan pemalsuan”.

Seksyen 465 Kanun Keseksaan [Akta 574] pula memperuntukkan hukuman terhadap kegiatan jenayah pemalsuan ini denganmenyatakan bahawa ”Barang siapa melakukan pemalsuan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya”. Oleh yang demikian, adalah penting supaya isu penggunaan sijil ataupun ijazah palsu ini dipandang serius oleh semua pihak dalam negara kita. Semua pihak perlu elakkan diri mereka daripada menggunakan sebarang jenis dokumen palsu dalam kehidupan mereka.

Ia bagi mengelakkan diri mereka yang terlibat daripada menyesal dikemudian hari kerana boleh berdepan dengan hukuman yang berat dan boleh menjejaskan reputasi serta masa depan mereka.Pihak majikan perlu memainkan peranan mereka dengan meneliti segala dokumen, sijil ataupun ijazah yang diberikan kepada mereka. Pihak majikan tidak boleh memandang ringan terhadap perkara ini kerana ia melibatkan reputasi organisasi mereka. Bahagian sumber manusia di setiap sektor pekerjaan perlu menjalankan proses pengesahan teliti terhadap semua jenis dokumen, sijil ataupun ijazah yang telah diberikan oleh pekerja bagi memastikan setiap dokumen, sijil ataupun ijazah yang telah diberikan oleh setiap pekerja mereka adalah sah serta diperakukan untuk penggunaannya dalam negara kita. Tidak boleh wujud sebarang kompromi dalam soal pengesahan sijil ataupun ijazah akademik ataupun kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu dalam negara kita.

Oleh: Dr. Muzaffar Syah Mallow
Guna Sijil, Ijazah Palsu Satu JenayahBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2022/03/guna-sijil-ijazah-palsu-satu-jenayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kematian Tangmo Adalah Satu Kemalangan

Kematian Tangmo Adalah Satu Kemalangan

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 289 hits
Kematian pelakon TV Nida Tangmo Patcharaveerapong adalah satu kemalangan berdasarkan bukti menurut Ketua Polis Thailand Suwar Jangyodsuk Pol Jen Suwat berkata pihak polis menjangkakan untuk mengetahui keputusan dengan lebih lanjut dalam beb...
Healife Satu Satunya Pusat Rawatan Yang Menawarkan Rawatan Gabungan Traditional Dan Moden

Healife Satu Satunya Pusat Rawatan Yang Menawarkan Rawatan Gabungan Traditional Dan Moden

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 242 hits
Healife Pusat Kesihatan intergratif yang pertama seumpamanya di Kuala Lumpur Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia Siapa yang tak nak sihat kan Saya pasti semua orang nak menjadi lebih cergas langsing lebih glowing dan lebih sihat ...
Banjir Bandang Landa Malang Satu Warga Hilang

Banjir Bandang Landa Malang Satu Warga Hilang

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 221 hits
Plt Kepala Pusat Data Informasi dan Komunikasi Kebencanaan Badan Nasional Penanggulangan Bencana Abdul Muhari menyampaikan saat ini pencarian korban hilang masih dilakukan Pencarian dilakukan tim Badan Penanggulangan Bencana Daerah Kabupate...
Hanya Satu Sop Kekal Dalam Fasa Peralihan Ke Endemik

Hanya Satu Sop Kekal Dalam Fasa Peralihan Ke Endemik

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 340 hits
Raja Noraina Raja Rahimrnoraina hmetro com myKuala Lumpur Hanya satu prosedur operasi standard kekal dikuatkuasakan dalam fasa peralihan ke endemik yang bermula pada 1 April ini berbanding 181 SOP Pelan Pemulihan Negara sebelum ini Menteri ...
Scones Ni Dimakan Panas Memang Tak Cukup Satu

Scones Ni Dimakan Panas Memang Tak Cukup Satu

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 211 hits
Ada sesiapa yang craving scones Makan dengan whipping cream dan jem strawberi memang layan Ada yang makan dengan butter terpulang kepada selera masing masing Scones ni sedap makan panas panas Masa panas ia lembut Kalau membuatnya banyak yan...
Sengaja Jual Tangmo Pada Vvip Pengurus Akhinrya Buat Satu Pengakuan Mengejutkan Ramai

Sengaja Jual Tangmo Pada Vvip Pengurus Akhinrya Buat Satu Pengakuan Mengejutkan Ramai

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 520 hits
Selepas dua hari mayat pelakon cantik Thailand Tangmo Nida 38 akhirnya dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu
Saya Tak Ambil Satu Sen Pun Tun Dr Mahathir Pertikai Tindakan Kerajaan Beri Hadiah Rm70 Juta Kepada Bekas Pm Ke 5

Saya Tak Ambil Satu Sen Pun Tun Dr Mahathir Pertikai Tindakan Kerajaan Beri Hadiah Rm70 Juta Kepada Bekas Pm Ke 5

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 707 hits
Dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Isnin 7 Mac 2022 Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir menyatakan beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan memberi hadiah bernilai RM70 juta kepada bekas perdana menteri kelima Tun Abdullah...
Harga Emas Lebih Rm2 000 Satu Auns Di Asia

Harga Emas Lebih Rm2 000 Satu Auns Di Asia

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 325 hits
HONG KONG Emas diniagakan dengan harga lebih AS 2 000 untuk satu auns dalam dagangan Asia pada pagi Isnin ekoran tercetusnya perang antara Ukraine dan Rusia Harga itu juga meningkat disebabkan oleh pelabur mencari komoditi yang selamat kera...
Saya Tidak Ambil Satu Sen Pun Walau Bekas Pm Tun Dr Mahathir

Saya Tidak Ambil Satu Sen Pun Walau Bekas Pm Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 190 hits
Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikai amalan pemberian hadiah lumayan kepada bekas Perdana Menteri yang diamalkan Malaysia ketika ini Bekas Perdana Menteri itu berkata keputusan tersebut dibuat tanpa rujukan kepada Dewa...
Gadget Baru Semangat Baru Infinix Raikan Merdeka Dengan Hadiah Eksklusif

As Kesan Kes Pertama Jangkitan Parasit Pemakan Daging Pada Manusia

Projek Ets3 Ke Johor Bahru Dijangka Beroperasi Dis 2025 Loke

Pelajar Lelaki Jatuh Asrama Tiga Tingkat Polis Mula Siasatan

From Kk Mart Sock Gate To Flag Gaffe Dap Mca Have Walked Straight Into Akmal S Trap

Makan Makan Di The Komunal Eco Grandeur

Printing Kotak Sachet Juice Botanical Pilihan Terbaik Untuk Branding Lebih Menonjol

Lahad Datu Police Safely Detonate World War Ii Era Bomb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menebus Baucer Buku Guru Madani

Ww Yummy Ice Cream Cake By Slice Dari Inside Scoop

Amazing Beef Kebab Recipe Persian

10 Kesilapan Biasa Calon Temuduga Kerajaan Elak Gagal Awal

Dirty Intentions Prepping A Harley Sportster For Off Road

Road Kraken Rough Crafts Gives The Fat Boy The Wide Wheel Treatment