Guna Rakyat Nak Pru Lepas Menang Bolot Kekayaan




Guna rakyat nak PRU, lepas menang bolot kekayaanPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 03, 2022 ShareKebosanan dan kelesuan rakyat terhadap politik disentuh oleh pembicara penutup Sidang Nadi Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun berbanding kritikan yang dilontarkan oleh para pembicara awal terhadap ahli politik dan kelesuan tindakan mereka, Presiden KEADILAN itu memberi peringatan kepada rakyat, sama ada berubah bersama ahli politik yang baik atau terima kepimpinan sedia ada yang bobrok.
Katanya, ahli politik Pakatan Harapan (PH) akan berusaha untuk menjadi lebih baik dan mereka juga pernah berusaha dalam kerajaan 22 bulan lalu untuk memperbaiki keadaan tetapi disabotaj oleh ahli politik pengkhianat.
“Kita punyai pilihan. Semuanya diberikan pilihan. Memilih yang baik atau membiarkan yang bobrok.
“Parti politik, gerakan rakyat, NGO, budayawan, pekerja grab semua tidak boleh terlepas. Kita ada tanggungjawab.
“Sekarang banyak yang sinis kepada politik kerana perangai segelintir yang rasuah, biadap dan zalim. Tetapi jika kita menolak politik, kita memilih untuk menghumbankan masa depan anak anak kita ke satu lembah yang hina dan ditentukan oleh orang yang korup memimpin.
“Kita ada pilihan, jangan izinkan rakyat dihumbankan. Reform itu bermula dari diri kita, apakah kita senang dengan kebobrokan yang berlaku.
“Kenyataan yang tidak boleh dimungkiri, kesempatan itu pernah dimanfaatkan oleh beberapa tokoh (Menteri PH) dalam mengendalikan kementerian dengan baik dan cemerlang, dan prihatin terhadap permasalahan rakyat,” katanya.
Pengerusi PH itu turut membariskan beberapa jasa PH ketika memerintah. Termasuk Menteri Pertahanan ketika itu membongkar skandal dan penyelewengan di kementeriannya sendiri.
Bagi Anwar, rakyat tidak banyak pilihan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang untuk mengurangkan kemiskinan, merapatkan kesenjangan jurang kekayaan dan menolak amalan rasuah berleluasa.
“Ini bukan soal kaum, ada elit politik khianat, ada ahli politik Cina fikir kekayaan, ada ahli politik India mengaut keuntungan termasuk dari pekerja dari Bangladesh. Semua terpalit dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
“Sebab itu ada langkah sekarang mula menyerang badan kehakiman kerana takut kepada badan kehakiman yang bebas. PH berdiri dan tegak dari awal untuk menegakkan keadilan. Dari awal menyuarakan denyut nadi rayat
“Saya syorkan gerakan ini turun ke bawah. Tiap negeri, daerah, dengar pesawah, pemandu grab, teksi, pekerja, penganggur, wanita semua keresahan mereka,” katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga memberi amaran agar rakyat sedar mereka telah dan akan dipergunakan oleh elit politik BN dan PN terutama menjelang PRU ke 15.
Isu perkauman, agama dan sebagainya, kata Anwar, sengaja ditimbulkan untuk membuai minda dan jiwa rakyat serta melupakan realiti pahit di sekitar kehidupan. Kemudian menyokong politikus khianat, untuk kemudian selepas menang rakyat dilupakan sehinggalah 5 tahun berikutnya.
“Rakyat ini ibarat dalam pusi Khairil Anwar ‘binatang jalan dari kumpulannya terbuang’. Digunakan satu detik dalam pilihan raya.
“Masa itu berdegar degar soal kaum, agama. Mana isu kaum sekarang ini? Kemudian kekayaan dikaut oleh sekelompok kecil.
“Oleh yang demikian kerja kita ialah bangkit selamatkan negara ini. Tolak perasuah dan penzalim. Menang kalah soal lain, soal kerja, kita perlu laksanakan sepenuhnya,” katanya lagi.
Beliau juga mahu teguran yang dilontarkan terhadap sebarang kelemahan Kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dicatat, dan mengarahkan Pengerusi Sekretariat Sidang Nadi Rakyat, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyampaikan teguran tersebut bagi pihak rakyat jelata.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/guna-rakyat-nak-pru-lepas-menang-bolot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhenti Bagi Bantuan Bkm Kami Minta Turunkan Harga Barang Rakyat Mula Bengang Bila Pm Nak Tambah Bantuan Bkm Untuk B40

Berhenti Bagi Bantuan Bkm Kami Minta Turunkan Harga Barang Rakyat Mula Bengang Bila Pm Nak Tambah Bantuan Bkm Untuk B40

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 450 hits
Berhenti bagi bantuan BKM Kami minta turunkan harga barang Rakyat mula bengang bila PM nak tambah bantuan BKM untuk B40Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mungkin akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia sekiranya isu kenaikan ...
Seks4nya Nak Hilangkan Perut Lepas Bersalin Elak Pembed4han Pot0ng Usus Fasha Gigih Dapatkan Flat Tummy

Seks4nya Nak Hilangkan Perut Lepas Bersalin Elak Pembed4han Pot0ng Usus Fasha Gigih Dapatkan Flat Tummy

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 241 hits
Pelakon Fasha Sandha mendengar pesanan gurunya bahawa tiada jalan singkat untuk dapatkan perut yang rata Kata Fasha dia perlu bekerja keras dengan cara semula jadi untuk mendapatkan bentuk badan idaman Cikgu saya kata there is no short cut ...
Mereka Bukan Nak Kisah Rakyat Boleh Hidup Atau Tidak Mereka Mereka Makan Rasuah Kuat

Mereka Bukan Nak Kisah Rakyat Boleh Hidup Atau Tidak Mereka Mereka Makan Rasuah Kuat

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 366 hits
Kenaikan elaun pengerusi pengarah FGV tak sensitif derita rakyat June 26 2022 Menurut notis Mesyuarat Agung Tahunan FGV Holdings Bhd baru baru ini elaun pengerusi bukan eksekutif dan pengarah bukan eksekutif dinaikkan mulai 24 Jun 2022 PETA...
Kos Sara Hidup Tinggi Satu Peluang Untuk Pembangkang Menang Pru

Kos Sara Hidup Tinggi Satu Peluang Untuk Pembangkang Menang Pru

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 391 hits
Hanya tinggal lebih kurang 11 bulan lagi sebelum pilihanraya terjadual terpaksa dilaksanakan dan tempoh tersebut sangat cepat Setakat manapun kerajaan berusaha peningkatan kos sara hidup tidak akan selesai dan sebahagiannya akan menjadi ter...
Wanita Ditinggalkan Lepas 3 Hari Nikah Diceraikan Setahun Kemudian Sebab Mentua Nak Menantu Kerja Doktor

Wanita Ditinggalkan Lepas 3 Hari Nikah Diceraikan Setahun Kemudian Sebab Mentua Nak Menantu Kerja Doktor

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 252 hits
Setiap pasangan yang bercerai itu pasti adalah sebab yang tersendiri Seperti kisah dari negara seberang ini yang mendapat perhatian ramai warganet di aplikasi TikTok var currentUrlTwo window location hostname window location pathname con
Guna Ayat Double Meaning Drama Ini Dikritik Netizen Abang Nak Melur Tak Malam Ni

Guna Ayat Double Meaning Drama Ini Dikritik Netizen Abang Nak Melur Tak Malam Ni

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 371 hits
Drama Melur Untuk Firdaus sememangnya menjadi fenomena sejak ia mula ditayangkan Mana tidaknya gandingan hero dan heroin muda Meerqeen dan Anna Jobling telah melonjakkan drama tersebut sehingga digilai penonton dari Indonesia juga Cuplikan ...
Cuti Santai 2 Hari 1 Malam Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Makan Rehat Lepas Penat

Analisis Perlawanan No 32 Liga Wanita Nasional 2025 Pertarungan Kekuatan Dan Taktik

Criticise Education System Not Solehah

Rasa Kosong Bila Kawan Nak Berhenti

Hiburan Ni Tak Lawak Tapi Biadab Netizen Kritik Nabil Ahmad Bergurau Dengan Sherry Alhadad Isu Tak Ada Rumah Tangga

Don T Miss Out 70 Pdrm Traffic Compound Discount Is Happening Now

Kerjasama Antarabangsa Siasatan Terhadap Prince Holding Group Oleh As Uk Dan Negara Asia Tengah

Tefal Cookware 5pcs Cookware Periuk Non Stick Terbaik Dengan Harga Mampu Milik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisikan Qarin Di Sebalik Seram Terselindung Pesanan Akidah

Mencari Sejadah Dan Ole Ole Di Kota Madinah

Paf Bijan Besar Snek Tradisi Yang Menggoda

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba

Shaffiq Erwin Janjir Chord