Guna Gambar Beruk Passport Palsu Pun Boleh Masuk Malaysia Secara Sah





Ini bukan  troll atau jenaka tetapi sesuatu yang bakal mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. 
Ikuti pendedahan wartawan ini:
GUANGZHOU (China): Kemudahan Electronic Travel Registration & Informatian (eNTRI) untuk rakyat China memasuki Malaysia tanpa visa bagi tempoh 15 hari didapati tidak menepati matlamatnya sebagai satu sistem saringan atau tapisan awal, sebagaimana yang diuar-uarkan

Sebaliknya, kemudahan itu dikesan sekadar menyalurkan wang secara mudah kepada sebuah syarikat yang diberi hak eksklusif oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menguruskannya pada 2016 sehingga sekarang. 
Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang diberi akses penuh untuk mengeluarkan eNTRI didapati membolot semua hasil kutipan fi iaitu RMB160 atau RM100 untuk satu permohonan tanpa sedikitpun menjadi hasil kerajaan. 
Malah, urusan permohonan eNTRI secara dalam talian dilakukan sambil lewa dengan kelulusan dalam masa cuma lima minit dan aspek keselamatan negara nyata diabaikan apabila individu yang disenarai hitam serta ada rekod jenayah turut diberi kelulusan masuk ke negara ini. 
Ketirisan itu terbongkar hasil maklumat yang disalurkan kepada Harian Metro oleh sumber boleh dipercayai dan wartawan akhbar ini datang ke sini selama beberapa hari untuk memperoleh maklumat lebih terperinci. 
Untuk rekod, eNTRI adalah kemudahan pendaftaran atas talian disediakan kerajaan Malaysia untuk memudahkan kemasukan warga China yang tinggal di Tanah Besar China ke Malaysia di bawah Program Pengecualian Visa. 
Untuk memiliki eNTRI pelancong China perlu membayar wang pemprosesan atau fi sebanyak RMB160 (RM100) bagi setiap permohonan yang hanya boleh dibuat melalui laman web  www.windowmalaysia.my. 
Sejak eNTRI diperkenalkan pada Mac 2016 hingga September 2018, UKSB sudah mengutip lebih RMB329,337,280 (RM198,066,952) membabitkan kelulusan permohonan kepada 2,058,358 orang
Difahamkan, UKSB juga melantik 20 ejen di seluruh China bagi menguruskan sistem permohonan eNTRI. 
BERUK GUNA PASSPORT PALSU PUN BOLEH MASUK MALAYSIA. 
Bagi membuktikan ketirisan dan kelemahan sistem ini, wartawan Harian Metro membuat permohonan eNTRI dengan menyertakan foto seekor beruk, nombor tiket palsu dan alamat sebuah agensi pihak berkuasa di Malaysia. 
Dengan bantuan ejen pelancongan, satu pasport palsu turut digunakan dan permohonan itu diluluskan kurang dari lima minit sebaik fi dibayar. 
Ini menunjukkan begitu mudah borang kemasukan atau tapisan awal itu diberi tanpa mengambil kira foto, alamat dan tujuan lawatan. 
“Sesiapa sahaja boleh memohon eNTRI ke Malaysia melalui Internet. Mereka hanya perlu melayari laman web khas untuk mengisi data peribadi dan dokumen perjalanan lain yang dikehendaki sebelum membuat bayaran. Kelulusan antara lima hingga 10 minit. Kadang-kala, (kelulusan) tidak lebih lima minit selepas membuat bayaran,” katanya

Raymond menegaskan, disebabkan kewujudan eNTRI itu berlakunya penipuan oleh individu tertentu termasuklah mereka yang disenarai hitamkan

“Kamu bayangkan, mereka yang disenarai hitam kerana diusir dari Malaysia membuat pasport baharu dan melakukan permohonan melalui eNTRI. Sediakan sahaja dokumen perjalanan seperti tiket, malah tiket penerbangan palsu, pasti akan lulus,” katanya

Raymond turut memberikan salinan surat pekeliling dikeluarkan JIM mengenai lantikan syarikat berkenaan

Bagi memastikan kesahihan dakwaan Raymond, wartawan memintanya membantu membuktikan kelemahan sistem eNTRI itu dengan melakukan permohonan bagi seorang warga China yang disenarai hitam

Selepas langkah itu diikuti, dengan bantuan Raymond, wartawan berjaya memperoleh eNTRI selepas memuat naik imej pasport dan gambar terkini seorang warga China yang namanya sudah disenarai hitam untuk memasuki Malaysia

Raymond mendakwa, kelemahan sistem berkenaan menyebabkan ramai wanita China yang terbabit dengan sindiket pelacuran dan disenarai hitam boleh masuk semula ke Malaysia

Caranya, membuat pasport baharu selepas diusir keluar dari Malaysia dan mendaftar melalui eNTRI untuk masuk semula

Selanjutnya disini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://naimnikmat.blogspot.com/2020/05/guna-gambar-beruk-passport-palsu-pun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 552 hits
Tengah fikir nak buat kuih apa untuk berbuka harini Ini dia kuih cara berlauk dengan inti daging cincang yang sungguh lembut dan sedap Baca Yang paling penting walaupun tiada sarang kuih cara anda tetap boleh membuat kuih ini menggunakan ku...
Bojan Hodak Pemain Malaysia Boleh Menyinar Di Indonesia

Bojan Hodak Pemain Malaysia Boleh Menyinar Di Indonesia

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 273 hits
Ketua jurulatih PSM Makassar Bojan Hodak mengakui bahawa pemain dari Malaysia mampu untuk menyinar sekiranya beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia Kenyataan itu ada benarnya apabila Safee Sali pernah menjadi fenomena di Indonesia apabila b...
Tengku Emma Diburu Netizen Akibat Gesa Malaysia Benarkan Pelarian Rohingya Masuk

Tengku Emma Diburu Netizen Akibat Gesa Malaysia Benarkan Pelarian Rohingya Masuk

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 1775 hits
Baru baru ini pula terdapat beberapa kapal yang dipercayai cuba menyeludup masuk lebih ramai lagi pelarian Rohingya ke Malaysia namun telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Sementara itu Duta TERC ke Malaysia Tengku Emma Zuriana Tengku...
Anda Rajin Ambil Gambar Guna Smartphone Ini 5 Trick Yang Patut Anda Cuba Untuk Hasil Gambar Yang Cantik

Anda Rajin Ambil Gambar Guna Smartphone Ini 5 Trick Yang Patut Anda Cuba Untuk Hasil Gambar Yang Cantik

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 941 hits
Zaman sekarang kebanyakan orang lebih suka mengambil menggunakan smartphone kerana selain lebih kompak dan mudah dibawa kemana mana spesifikasi yang diletakkan pada kamera smartphone berkenaan sudahpn setanding dengan sebuah kamera DSLR Tap...
Xiaomi Mengesahkan Merancang Untuk Membawa Masuk Mitv Ke Malaysia Dalam Tahun Ini

Xiaomi Mengesahkan Merancang Untuk Membawa Masuk Mitv Ke Malaysia Dalam Tahun Ini

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 304 hits
Pengurus Xiaomi Malaysia Nicolas Shi kini telah mengesahkan kepada Amanz mengatakan mereka merancang untuk membawa masuk televisyen pintar Mi TV ke pasaran tempatan pada tahun ini Buat masa ini tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh beli...
Rakyat Malaysia Di Singapura Yang Mahu Pulang Perlu Dapatkan Permit Masuk

Rakyat Malaysia Di Singapura Yang Mahu Pulang Perlu Dapatkan Permit Masuk

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 303 hits
RAKYAT Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanah air dari Singapura melalui jalan darat perlu mendapatkan Permit Masuk daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini bermula 27 April Menurut notis umum di laman Facebook pemohon perlu meng...
Kereta Mini Guna Tenaga Elektrik Kini Mula Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Bayaran Serendah Rm160 Sebulan

Kereta Mini Guna Tenaga Elektrik Kini Mula Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Bayaran Serendah Rm160 Sebulan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 737 hits
Kereta mini guna tenaga elektrik kini mula memasuki pasaran Malaysia dengan bayaran serendah RM160 sebulanDilaporkan kereta elektrik mini ini hanya boleh memuatkan dua orang dan memerlukan 5 jam untuk mengecas sehingga 80 tenaga elektrik Ke...
Rupanya Bukan Gambar Palsu Atau Berita Palsu

Rupanya Bukan Gambar Palsu Atau Berita Palsu

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 299 hits
Foto FacebookGambar dan video penumpang berhimpit himpit macam sardin dalam tin dalam tren Keretapi Tanah Melayu semalam cukup menakutkan ramai pihak Dalam keadaan penularan Covid 19 semakin terkawal situasi seperti dalam gambar yang tular ...
Halang Pendatang Rohingya Masuk Malaysia Pegawai Tudm Dinaikkan Pangkat

Halang Pendatang Rohingya Masuk Malaysia Pegawai Tudm Dinaikkan Pangkat

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 387 hits
Juruterbang pesawat C 130H Tentera Udara Diraja Malaysia yang berjaya mengesan bot pendatang tanpa izin Rohingya di perairan Langkawi pada minggu lepas antara enam pegawai kanan dinaikkan pangkat semalam Menurut Portal Rasmi TUDM Mejar Faiz...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Henry Ridley Kuala Tembeling Jerantut 1911

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Sarapan Pagi

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity