Guna Dron Untuk Pos


THE MALAYSIAN TIMES 

PUTRAJAYA: Penggunaan dron secara komersil dalam industri pos dan kurier mampu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini.

Beliau berkata teknologi dron mempunyai kelebihan dalam beberapa bidang seperti kesihatan, pertanian dan perubatan malah boleh membantu membawa bekalan makanan kepada mereka yang terperangkap dalam banjir.

Katanya penggunaan inovasi ‘Unmanned Aerial Vehicle’ (UAV) dron sedang giat dilaksanakan di pelbagai negara seperti Switzerland di mana Swiss Post telah menggunakan dron secara komersil bagi menghantar sampel atau spesimen makmal di antara klinik dan hospital sejak 2018.

“Malaysia sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam arus permodenan itu, dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyuarakan pendapat bahawa negara kita mesti meneroka teknologi baharu seperti dron dan kepintaran buatan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Parcel Drone 2019 di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini hari ini.

Gobind berkata contoh kegunaan dron di negara ini ialah untuk menghantar bekalan ubat-ubatan ke kawasan terpencil dan luar bandar pada masa kecemasan, atau melihat jenis pokok serta membawa baja bagi kawasan luas dalam industri pertanian.

Pertandingan Parcel Dron yang dianjurkan oleh Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), itu berlangsung selama dua hari bermula semalam, melibatkan 40 peserta termasuk daripada beberapa institusi pengajian tinggi.

Para peserta diberi dua kesempatan bagi menerbangkan dron dengan muatan seberat dua kilogram dan mereka perlu menerbangkan bungkusan tersebut sejauh dua kilometer merentasi Tasik Putrajaya dan kembali semula ke tapak pelancaran dalam masa terpantas.

Dalam pada itu, Gobind berkata pihaknya akan terus memberikan sokongan dan dorongan yang diperlukan pihak Pos Malaysia dan MCMC dalam usaha meningkatkan keupayaan negara dalam bidang penghantaran bungkusan agar keupayaan negara setanding dengan negara-negara maju.

“Kita juga tetap akan mengutamakan isu keselamatan penggunaan dron dalam perkhidmatan pos dan adakalanya boleh berlaku kemalangan disebabkan isu teknikal. Ini adalah selaras dengan peraturan sedia ada seperti yang ditetapkan dalam industri penerbangan,” katanya.

Mengenai pertandingan itu, Gobind berkata program ini sangat bertepatan dengan hasrat kementerian di bawah Pelan Strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia 2019-2023 bagi memacu ekonomi digital serta menggalakkan penggunaan teknologi tinggi, dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

“Melalui program ini, kita juga dapat mencungkil bakat-bakat tempatan yang berpotensi dalam bidang UAV untuk diberikan sokongan dan pengiktirafan agar mereka dapat terus maju ke peringkat lebih tinggi pada masa depan. Gobind turut menyampaikan hadiah utama bernilai RM25,000 kepada Syarikat System Consultancy Services Sdn Bhd yang muncul juara dalam pertandingan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Syed Md Najib Syed Md Noor berkata pertandingan tersebut merupakan langkah pertama Pos Malaysia untuk meneroka peluang bagi memperkenalkan teknologi dron dalam segmen penghantaran bungkusan syarikat berkenaan.

Di negara ini, katanya dron lebih popular bagi tujuan fotografi dan videografi udara selain tujuan rekreasi.

“Perkembangan pesat teknologi dron telah membuka ruang bagi kita untuk menguji teknologi ini menghantar barangan dari satu tempat ke tempat yang lain. Untuk merealisasikan inisiatif ini, kita perlu mereka dron yang berkeupayaan menghantar barangan dalam pelbagai saiz,” katanya.

Pertandingan Parcel Dron diadakan di Putrajaya hanya bagi tujuan menguji keupayaan dron kerana Putrajaya merupakan kawasan larangan penerbangan dron.–Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/guna-dron-untuk-pos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penggunaan Dron Untuk Pos Dan Kurier Boleh Diimplementasi Dalam Tempoh 5 Tahun Lagi

Penggunaan Dron Untuk Pos Dan Kurier Boleh Diimplementasi Dalam Tempoh 5 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 284 hits
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh hari ini telah pun melancarkan Parcel Drone Competition anjuran Pos Malaysia dan juga SKMM Ketika acara berkenaan beliau turut mengatakan yang mana penggunaan dron secara komersil dala...
Mingguan Amanz Maybank Mae Realme 3 Pos Malaysia Dron Maxis 5g

Mingguan Amanz Maybank Mae Realme 3 Pos Malaysia Dron Maxis 5g

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 277 hits
Minggu ini menyaksikan pihak Maybank memperkenalkan sokongan dompet digital mereka tersendiri dinamakan MAE Ia boleh digunakan bukan sahaja pengguna Maybank tetapi turut dibuka untuk pendaftaran oleh pengguna tanpa akaun Maybank Selain itu ...
Resepi Air Ajaib Sedap Guna 3 Bahan Sahaja Untuk Buang Angin Dalam Badan Rileks Media

Resepi Air Ajaib Sedap Guna 3 Bahan Sahaja Untuk Buang Angin Dalam Badan Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 407 hits
Ramai di antara yang mengalami masalah angin di dalam badan yang kadang kadang kedatangannya telah menganggu aktiviti dan rutin seharian sehingga kita tidak mampu untuk bergerak dek kerana angin yang banyak Bahan bahannya 3 batang serai 4cm...
Unit Test Junit4 Mock Slf4j Logger Atau Log4j Guna Powermockito

Unit Test Junit4 Mock Slf4j Logger Atau Log4j Guna Powermockito

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 298 hits
Sekarang Tedi cuba menulis beberapa unit test untuk kod kod legasi dengan pilihan tiada pilihan untuk menukar kod tersebut kepada kod mesra unit test Salah satu kes apabila menulis unit test untuk kod macam ini ialah nak cover bahagian yang...
Sony Xperia 1 Smartphone Pertama Guna Skrin Oled 4k

Sony Xperia 1 Smartphone Pertama Guna Skrin Oled 4k

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 352 hits
Jika sebelum ini Sony pernah menjadi pengeluar pertama di dunia yang hadir dengan telefon pintar menggunakan skrin 4K menerusi Xperia XZ Premium kali ini perkara yang hampir sama juga berlaku apabila Sony hadir dengan telefon pintar pertama...
Terkedu Tengok Uri Dibiar Kering Di Sebelah Bayi Ibu Meroyan Selepas Bersalin Guna Khidmat Doula

Terkedu Tengok Uri Dibiar Kering Di Sebelah Bayi Ibu Meroyan Selepas Bersalin Guna Khidmat Doula

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 371 hits
Terkedu tengok uri dibiar kering di sebelah bayi ibu meroyan selepas bersalin guna khidmat doula
Jika Anda Guna Vaseline Hanya Untuk Bibir Kering Anda Silap

Jika Anda Guna Vaseline Hanya Untuk Bibir Kering Anda Silap

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 563 hits
Jika Anda Guna Vaseline Hanya Untuk Bibir Kering Anda Silap Sebenarnya banyak lagi kegunaan lain yang korang tak tahu Mana taknya kita selalu tahu ia untuk bibir sahaja kan 1 Untuk pisau cukur Untuk mencegah pisau cukur kamu daripada berkar...
Sanggup Rakam Video Dari Bantu Mngsa Kp Bomba Sedih Mngsa Boleh Diselamatkan Jika Orang Ramai Guna Kaed H Ini

Sanggup Rakam Video Dari Bantu Mngsa Kp Bomba Sedih Mngsa Boleh Diselamatkan Jika Orang Ramai Guna Kaed H Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 295 hits
Insiden pemandu lori tangki minyak yang rentung hingga tular perlu dijadikan sebagai iktibar oleh semua pihak bagi menggelak kes seumpama itu berulang Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Mohmmad Hamdan Wahid berkata r...
Guna Celcom Untuk Memiliki Samsung Galaxy S10e Secara Percuma Pratempah Bermula Sekarang Sehingga 28 Februari Sahaja

Guna Celcom Untuk Memiliki Samsung Galaxy S10e Secara Percuma Pratempah Bermula Sekarang Sehingga 28 Februari Sahaja

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 242 hits
Telefon pintar Samsung Galaxy S10 baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu dan telahpun habis dipra tempah Sekiranya anda salah seorang yang berminat mendapatkan telefon pintar terkini ini anda masih sempat mendapatkannya dengan mudah dari ...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Bila Duit Nak Masuk

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Vanny Vabiola Sudahi Saja Chord

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

Lemas Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi Manda Di Sungai Balak

Peminat Tempatan Puas Oneus Gegar Kuala Lumpur Di Konsert Jelajah Ke 2 La Dolce Vita