Guna Air Fryer Buat Telur Separuh Masak Punyalah Senang Pasti Jadi
Telur antara makanan yang mejadi kegemaran ramai orang. Selain rasanya yang sedap berlemak, resipinya juga boleh divariasikan. Buatlah masakan jenis macam mana pun, sedap semuanya! Khasiat pun banyak dan sangat bagus jika beri pada anak kerana ia baik untuk fungsi memori.
Artikel Menarik: [Rajin Doakan Anak, Dia Berjaya. Suka Puji, Jadi Yakin Diri & Berani!]
Telur mudah dimasak. Boleh digoreng, direbus atau dicampurkan dalam makanan lain untuk menambah rasa. Kalau tiba-tiba rasa lapar dan nak makan sesuatu yang simple tapi sedap, bolehlah buat telur separuh masak.
Biasanya kita akan didihkan air kemudian masukkan telur. Biarkan lebih kurang 7-8 minit untuk dapatkan telur separuh masak yang sesuai dinikmati begitu saja atau brsama roti bakar. Memang sedap!
Artikel Menarik: [Risaunya Ada Anak Perempuan. Jangan Sampai Ada 6 Sikap Buruk Ni!]
Perkongsian dari Arina Rashid via grup FB Resipi Air Fryer [Malaysia], dia berkongsi cara menyediakan telur separuh masak dengan cara yang lebih mudah;
Ada peminat telur separuh masak kat sini?
Ni kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah. Meh rina nak share cara paling senang. Takyah guna air atau bekas macam kat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer.
Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perati apa beza dia. Haa.. Ok cara rina buat telur separuh masak ni senang sangat. Basuh dulu telur bersih-bersih. Takyah lap, masuk je terus dalam bekas air fryer.
Telur straight amek dari counter (room temperature) bukan dari peti ais. Set kan suhu AF 100°C, masa 10 minit. Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas AF stop.
Tapi kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam AF tu. Biarkan jela dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas AF berbunyi tittt..tittt.
Artikel Menarik: [Anak Buat Salah, Tegur Elok-Elok. Tengking Tak Buat Dia Dengar Kata!]
Setting ni banyak kali dah rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah. Korang try and error dulu eh.
Rina lagi suka jenis A. Ini letak lada hitam, makan dengan roti sapu marjerin then bakar atas pan, fuhhhh..ke bintang pergi dia.
Memasak dengan cara ni mudah sangat, tak adalah berkecah dapur. Kalau ajarkan pada anak pun pasti mereka boleh buat sendiri lepas tu. Nak buat bersarapan pun sedap telur separuh masak ni, memang layan!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
The post Guna ‘Air Fryer’ Buat Telur Separuh Masak. Punyalah Senang, Pasti Jadi! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/guna-air-fryer-buat-telur-separuh-masak-punyalah-senang-pasti-jadi/