Guna 3 Ayat Ini Jika Anda Nak Buatkan Prospek Baca Iklan Anda Sampai Habis
Menulis ayat iklan bukanlah susah sangat
Yang susah, nak pastikan mereka baca sampai habis, berminat dan rasa nak beli dari kita
Jadi pada hari ini, saya nak kongsikan 3 idea kepada anda.
Bagaimana nak rampas perhatian prospek dan buatkan mereka baca iklan kita sampai habis
Ok jom kita lihat idea penulisan yang pertama
1. Ayat pertikai faktaMasukkan ayat yang mempertikai fakta semasa
Kenapa? Sebab manusia pantang ditegur; lagi-lagi berkait dengan kepercayaan
Bayangkan, fakta yang dia percaya bertahun-tahun, tiba-tiba ada orang kata benda itu salah. Sudah tentu mereka nak tahu alasannya
Jika anda masukkan poin ini dalam ayat iklan, anda mampu buatkan prospek rasa nak tahu & baca sehingga habis
Contoh niche kecantikan, fakta semasa yang mereka terima mungkin:“Sirip ikan yu terbukti melicinkan kulit kurang 7 hari” <— Ini fakta semasa!Tapi anda ada bukti atau pandangan yang bertentangan;“Betul ke sirip ikan yu boleh licinkan kulit?”Tajuk seperti ini selalunya buatkan prospek jadi serba tak kena, lagi-lagi kalau mereka dah lama guna produk Sirip Ikan Yu
Jadi tugas kita senang jer;Mempertikai fakta sedia ada.Buat ia jadi sedikit kontroversi.Kemudian, bagi bukti.Terangkan sama ada kita bersetuju ataupun tidak dengan fakta tersebut
Jika tak bersetuju, lampirkan bukti-bukti sokongan. Baru lah mesej kita mudah diterima akal & berpengaruh
Boleh dapat setakat ini
Awas! Jika idea tidak disampaikan dengan baik, anda bakal dikecam! Saya ingatkan jer. 2. Ayat ingatkan ‘The Big Why’ + TipsApa itu Big Why
Big Why adalah sebab utama anda buat keputusan untuk lakukan sesuatu perkara
Saya percaya. Setiap manusia mesti ada impian yang ingin dicapai. Namun, disebabkan beberapa kali mencuba tidak berhasil, impian tersebut kian kabur dalam ingatan
Jadi, kita boleh gunakan kesempatan ini, untuk ingatkan semula “Big Why” mereka, dalam ayat iklan kita
Contoh niche kewangan. Kita kena tentukan dulu;Siapa prospek kita?Apa sebab utama mereka buat sesuatu keputusan?Kenapa mereka perlu berjaya?Selepas buat kajian. Kita jumpa bahawa prospek yang ada dalam niche kewangan, biasanya Big Why mereka adalah mampu bagi duit kepada ibu & ayah di kampung
Seterusnya, tugas kita hanya perlu tanya dibahagian tajuk iklan;“Dah mampu belum, nak bagi duit belanja dekat ibu di kampung? Jika belum, ini caranya.”Selepas anda ingatkan Big Why mereka, bagi lah tip yang mereka boleh guna serta merta
Mudah jer kan cara no.2 ini
Ingatkan Big Why.Kemudian, bagi tip.Pada akhir perenggan, buatlah Call to Action seperti“Berminat nak tahu lebih banyak? Hubungi saya.”Nota: Ayat jenis ini sebenarnya lebih selamat
3. Ayat info yang ‘ramai tak tahu’Selain daripada lupa, manusia ada lagi satu sifat iaitu; sukakan info terbaru
Berdasarkan kajian psikologi daripada Abraham Maslow pada tahun 1943 ada memberitahu benda ini; namanya ‘Self-Esteem’.Self Esteem ini maksudnya sentiasa inginkan peningkatan status diri
Atau dengan bahasa yang lebih mudah, manusia nak diri mereka ‘nampak lebih pandai’ daripada sebelum nya
Jika mereka dapat tahu sesuatu info sebelum orang ramai tahu, mereka akan berasa bangga & suka berkongsi info tersebut (ini yang page-page viral suka selitkan pada tajuk artikel mereka)
Contohnya kalau untuk niche hartanah:“7 tempat rahsia yang ramai orang tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”Anda akan lihat perbezaannya selepas menambah ayat ini – “Ramai orang tak tahu” – ditengah atau dihujung tajuk iklan
Nak jadikan ia lebih spesifik
Gantikan perkataan ‘orang’ dengan segmen market anda seperti Pelabur Hartanah
Secara tidak langsung anda telah menapis orang yang betul untuk baca info tersebut
Anda Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?Mahu belajar lebih lengkap? Dah penat langgar dinding
Jika anda nak belajar menulis iklan yang lebih tersusun dalam bentuk video step-by-step, anda boleh rujuk panduan video Mazhab Copywriting Junior 3.0 yang terbaru
Dalam 22 video tersebut, ada diterangkan lebih spesifik:Cara kenalpasti pelanggan kelaparanCara tanya soalan untuk kenal pelanggan.Cara simple untuk kenal produkCara untuk tarik perhatian pelangganCara buatkan prospek percayaCara buatkan prospek rasa rugi tak cuba produk andaDan banyak lagi.Lengkap dari zero sehingga anda boleh tulis ayat iklan sendiri
Ini antara hasil daripada amalkan ilmu ini;
Klik di sini untuk tonton video Copywriting Junior dan mula hasilkan copywriting yang boleh tingkatkan jualan anda hari ini!Apa-apa pun, saya doakan semoga artikel ini dapat membantu anda menulis iklan dengan lebih tersusun
Kita jumpa dalam artikel lain ya.
Untuk keterangan lanjut sila layari http://blogrb.net/rahaman/guna-3-perkataan-ini-jika-anda-nak-buatkan-prospek-baca-iklan-anda-sampai-habis/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.addindeen.com/2019/02/guna-3-ayat-ini-jika-anda-nak-buatkan.html