Gulai Tempoyak Ikan Kembung Perak
Assalamualaikum semua. Hari ini saya ingin kongsikan resipi mudah negeri Perak yang sedap. Sebelum itu, jangan lupa klik iklan ya g keluar di blog dan klik follow blog tau. Seperti biasa, kita masuk sedikit bab perkongsian ilmu. Hmm tak perlu jadi orang alim ulamak atau ustazah untuk melaksanakan pesanan baginda Rasulullah iaitu kongsikan dariku walaupun hanya sepotong ayat. Betul tak?
Saya kongsikan petikan dari kuliah Ustaz Auni di youtube berkenaan sejarah Bangsa Yahudi disebutkan Abul Anbiya atau bapa segala nabi ialah Nabi Ibrahim yang tinggal di kawasan Babylon Kuno.
Dalam surah Al Baqarah ayat 132, Nabi Ibrahim telah berwasiat pada anaknya dan anaknya juga diwasiat pada anak mereka antara wasiat penting wahai anak ku Allah telah memuliakan keturunan kita dengan agama ini. Jangan lah kamu mati kecuali hanya di dalam agama Islam dan mati sebagai seorang muslim.
Hakikatnya sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad SWA, tiada agama lain yang diajar oleh nabi nabi rasul dan para utusan Allah kecuali Islam. Cuma penamaan mengikut suasana dan waktu. Zaman Nabi Musa dipanggil Yahudi, Nabi Isa dipanggil Nasrani. Zaman Nabi Muhammad Islam.
Apa pun bawa mesej dan risalah yang sama iaitu Islam. Baki di tengah perjalanan kematian dan kemunculan nabi baru, iblis tak henti cuba sesatkan manusia. Dicelah kewafatan dan kemunculan nabi baru muncul agama yang sesat dan direka. Semua agama selain dari itu, adalah sesat sehingga kemunculan Nabi Muhammad SAW.
Setiap kemunculan Nabi baru muncullah iblis cuba menyesatkan manusia dicelah kewafatan dan sebelum kemunculan nabi baru muncul agama yang sesat. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya belajar memasak gulai tempoyak ini dari arwah Bonda Mertua. Cara menyediakannya sangat mudah. Tapi rasanya tetap tak sama bila kita sediakan sendiri. Maklumlah saya bukan orang Perak jadi masakan ini adalah masakan baru untuk saya.
Selain ikan kembung, sekali sekala saya melihat arwah menggunakan ikan sungai tapi bukan lah ikan patin. Ikan sungai seperti ikan lampan dsb.
Gulai masak tempoyak versi Perak dengan versi Pahang sedikit berbeza. Kuahnya sedikit kemerahan mungkin sebab penggunaan cili merah berbanding kekuningan versi Pahang. Kalau Pahang, yang pasti akan menggunakan ikan patin. Di Perak banyak menggunakan ikan laut. Ini saya menulis berdasarkan apa ya g saya tengok di rumah mertua saya. Saya tak pasti dengan rumah orang lain.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..
Gulai Tempoyak Versi PerakOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 ekor ikan kembung1 biji timun 1 batang serai2 ½ sudu besar tempoyakSedikit gula
Bahan tumbuk:1 biji cili merahSerbuk kunyitGaram kasar
Cara cara:Masukkan tempoyak ke dalam lesung batu dan gaul bersama cili yang ditumbuk bersama garam kasar.
Masukkan tempoyak ke dalam periuk. Masukkan timun dan ikan. Nota: nak sedap, gaul sebati semua bahan ini.
Tuang air kocak dari lesung batu ke dalam periuk. Tambah air secukupnya.
Masukkan serai dan nyalakan api. Masak atas api sederhana sehingga mendidih. Jika tempoyak lama, masukkan sedikit gula.
Biarkan merenih seketika dan boleh tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Nota:Timun boleh juga diganti dengan taugeh besar.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2023/07/gulai-tempoyak-ikan-kembung-perak.html