Gugurnya Siti Sarah Antara Korban Covid
GUGURNYA SITI SARAH.. ANTARA KORBAN COVID. Dua hari lepas menerima perkhabaran seorang kawan di media sosial Nur sharena atau lebih mesra di panggil cipis yang kembali kerahmatullah akibat jangkitan covid. Bagi seorang pesakit kronik, sememangnya jangkitan covid menjadi mimpi ngeri. Itulah yang berlaku pada Allahyarhamah Nur Sharena @ cipis. Akhirnya.. beliau menjadi salah seorang mangsa korban covid. Salam takziah saya ucapkan buat seluruh keluarga Nur Sharena atas pemergiaan insan tersayang.
Pagi ini Malaysia di kejutkan dengan pemergiaan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Allahyarhamah di masukan ke hukm pada Jumaat lepas kerana mengalami gangguan pernafasan akibat jangkitan covid. Beliau juga sedang mengandung 7 bulan & pembedahan terpaksa di lakukan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan. Beliau di tidurkan.. dan pagi ini beliau telah pergi buat selamanya meninggalkan empat orang cahayamata termasuk si kecil yang baru di lahirkan
Berita berita kematian macam ni.. sememangnya akan merentap hati seorang ibu. Jahatnya covid.. tiada simpati sesiapapun. Dia tidak memilih siapa untuk di jangkiti.. tiada tidak peduli hubungan kekeluargaan kamu. Jika kamu mendedahkan diri dan orang tersayang pada risiko jangkitan, dia pasti akan mengintai peluang
Kita tak ada kuasa untuk menutup sektor sektor yang menyebabkan peningkatan statistik kes harian tapi selagi kita masih ada pilihan untuk berusaha mengurangkan risiko di jangkiti atau menjangkiti orang lain, maka buatlah sebagai salah satu usaha mengelakan jangkitan
Pada yang sudah lengkap 2 dos vaksin, pada negeri negeri yang mula beralih ke fasa kedua.. Jangan terlalu meraikan. Semua masih berisiko di jangkiti atau menjangkiti orang lain. Tiada siapa yang kebal dari berisiko maka apa yang boleh kita buat adalah bekerjasama untuk mengawal penularan wabak dengan mengawal pergerakkan
Setiap hari membaca khabar khabar kematian akibat virus yang sangat jahat ni.. hati siapa tidak hancur. Mental koyak.. jiwa menjadi sesak. sedikit sebanyak pasti risau dengan nasib keluarga sendiri.
Di Fasa kritikal ni, apa yang boleh kita buat selain terus patuh pada SOP.. adalah memohon perlindungan dari Allah. Semoga Allah menghilangkan virus jahat ini dari mukabumi
Sungguh.. hati semakin rapuh mendengar nyawa nyawa gugur akibat covid. Semoga asbab pemergiaan Siti Sarah dapat membuka mata pihak pemerintah bahawa rakyat sedang menderita. Setiap hari rakyat meratapi kehilangan orang orang tersayang akibat covid. Lakukan sesuatu supaya dapat mengawal jangkitan covid
Semoga mereka yang gugur angkara covid bersemadi dengan Aman.. Bagi yang muslim semoga di tempatkan mereka bersama orang orang yang beriman. Amin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lekatlekit.com/2021/08/gugurnya-siti-sarah-antara-korban-covid.html